Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

Monday, 29 August 2016

Day 1 Hatyai: Hotel Greenview Hatyai

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Greenview Hotel Hatyai

Sekarang masa untuk check in hotel, kami check in kat Greenview Hotel Hatyai yang beralamat 85/4 ถ.แสงศรี หาดใหญ่ Songkhla 90110, Thailand. Masa naik tut tut tu memang suruh hantar terus ke hotel. Sebut jer nama hotel, depa nanti hantar kita terus kat depan hotel.

Greenview Hotel Hatyai ni bertaraf tiga bintang sahaja. Tapi kalau kat Thailand, tiga bintang hotel pun dah kira mewah dah tu. Harga untuk semalam lebih kurang RM89 sahaja. Semua bilik yang disediakan dilengkapi dengan penghawa dingin dan private bilik air. Tv, peti sejuk dan pelbagai lagi kelengkapan asas yang lain. Kira dah cukup sempurna duduk kat sini. Yang penting WiFi in all areas okay. Tu mesti maw...

Bilik yang disediakan tak lah luas tera mana tapi cukuplah untuk kami berdua. Jom kita tengok :)






Dan yang kelakarnya, towel ukiran angsa love tu... macam orang nak mai honeymoon pulak. Hihihi... boleh la... layan jer lah...







Okay, dah berehat melepaskan lelah... jom kita pi jalan-jalan ke Floating Market pula.

Adios!

Friday, 27 May 2016

Hotel Anum, Jalan Putra KL

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Booking.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya nak review Hotel Anum yang terletak di Jalan Putra Kuala Lumpur. Lokasinya amat strategik kerana ia hanya mengambil masa kurang dari 5 minit perjalanan ke Putra World Trade Center (PWTC). Sunway Putra Mall dan Stesyen LRT.

Sebenanrnya ini bukanlah kali pertama saya check in kat hotel ni. Rasanya dah lebih dari lima kali, termasuk persinggahan sebentar untuk hanya beberapa jam. Bukan apa, hotel ini lebih murah jika hendak dibandingkan dengan hotel lain di kawasan ini. Rate untuk bilik standard room hanya RM120 semalam, kira boleh lah. Nak kata murah sangat pun tidak juga.

Suasana di sini boleh tahan lah. Setiap kali nak masuk ke hotel, ada orang tolong bukakan  pintu. Stafnya ramai orang luar namun saya rasa selamat di sini. Biliknya sederhana besar, kebersihan biasa-biasa saja. Sekadar nak balik tidur tu kira boleh lah. Yang tak bestnya ada banyak nyamuk kat sini. Musim kot.

Pengalaman yang paling tak best kat hotel ni ialah air tak ada. Dan difahamkan selalu ada gangguan air kat sini. Sebab tu bila saya check in jer, soalan pertama yang saya tanya ialah... "air ada tak?". Hehe.... Dan, wifi kat sini memang teruk. Boleh connect jer tapi tak boleh guna pun. Baik guna data sendiri, hati pun tak sakit. Hahah~

Okaylah, jom kita tengok gambar Hotel Anum. Gambar ambil dari booking.com saja. Thanks ya Booking.com. Jangan marah saya.. saya ni Genius member tau. Eh, eh!





Adios!

Thursday, 31 March 2016

Star City Hotel Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jangan terkejut yea... saya bukan buat tour lepak-lepak hotel Alor Setar tapi memang kebetulan ada urusan kat sini. Kali ni saya check in Star City Hotel pula.

[STAR CITY HOTEL]


Star City Hotel terletak di Jalan Pintu Sepuluh Alor Setar. Hanya 05 minit berjalan kaki ke Aman Central Mall dan Menara Alor Setar. Memang berada betul-betul dalam kawasan strategik.

Hotel bertaraf tiga bintang ini mempunya 98 buah bilik berhawa dingin pelbagai jenis. Ia dilengkapi dengan peti sejuk mini, tv berkabel, kemudahan membuat kopi/teh, mini sofa, seterika, pengering rambut dan wifi yang laju. Kat sini juga disediakan surat khabar percuma. Surat khabar Star yang dihantar ke bilik seawal jam 6am.

Masa mula-mula masuk bilik,... Wow, I like! Bilik memang luas dan selesa. Dekorasi bilik ni amat cantik sekali dan kebersihan memang terjaga. Kira saya betul-betul suka la duduk kat hotel ni. Staf-staf kat hotel ni pun baik dan peramah. Kira nak tanya apa pun depa layan dengan baik. Dan yang paling penting sekali shower dia kuat okay. Nak mandi pun best kalau air laju.


Breakfast provided.... menu yang disediakan kat The Paddy Cafe ni kira not bad. Ada nasi lemak, makaroni bakar, aneka pilihan roti bakar dan jem, minuman panas dan jus dan macam-macam lagilah. Yang paling saya suka ialah kuih pau yang pelbagai warna. Rasa pun sedap. Dekorasi cafe ni memang cantik. Kerusi yang pelbagai warna memang menaikkan seri.


Kira saya enjoy la stay kat hotel ni.Yang pastinya lepas ni kalau ada event kat Alor Setar pasti akan pilih hotel ni untuk bermalam. Memang selesa sekali.





Okay, sekian review saya untuk Star City Hotel Alor Setar.

Adios!

Thursday, 24 March 2016

Hotel ASRC Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[HOTEL ASRC]


Hotel ASRC terletak di Lebuhraya Darul Aman, 5 minit berjalan kaki dari Muzium Alor Setar. Kira strategik jugalah. Dekat juga dengan Stadium Darul Aman. Jalan nak masuk ke sini agak terlindung, banyak kali terlepas simpang tu sebab terlalu dekat dengan traffic light. Tapi tak apa, boleh u-turn kat depan tu saja.

Hotel ini menawarkan bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan internet Wifi tapi wifi dia tak laju sangat pun. Nak upload gambar kat instagram pun tak lepas. Bilik yang tersedia dilengkapi dengan perabot kayu seperti kerusi dan meja. Bilik tak la besar sangat, kira standard saja.



Masalahnya kat sini nak naik ke tingkat atas kena guna tangga yer. Tinggi punya tangga. Lif tak ada, so toksah dok berangan. Panjat saja tangga tu. Penat kot. Yang membuatkan saya tempah hotel ni sebab ada kolam renang. Tapi malangnya masa saya duduk tu kolam renang ni ditutup untuk proses pengubahsuaian. Kira frust juga lah.



Hotel ASRC ni kira hotel budget yang selesa. Memang murah kalau nak dibandingkan dengan hotel lain. Dah la tu betul-betul kat town. Saya cuma tinggal semalam saja kat sini. Setiap kali pi Alor Setar sengaja tempah hotel lain-lain. Nak rasa duduk kat semua hotel kononnya. Hehe...

Okaylah, pada sesiapa yang nak bermalam di Alor Setar terutamanya Backpackers bolehlah menginap di hotel ini.

Adios!

Friday, 26 February 2016

Hotel Grand Crystal Alor Setar

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Booking.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hotel Grand Crystal Alor Setar terletak di Jalan Kampung Perak Alor Setar. Hotel bertaraf tiga bintang ini mempunyai 130 buah bilik pelbagai jenis. Harga yang ditawarkan dikira berpatutan juga lah. Tapi rasa macam mahal sikit la... eh eh...


We all book bilik Deluxe Double dan Deluxe Triple. Untuk Deluxe Double harga satu malam RM118 dan untuk Deluxe Triple RM194. Harga ni tak termasuk tax tau. Untuk dua-dua bilik ni tak ada beza pun, saiz sama sahaja cuma bilik air untuk Deluxe Triple menghala ke arah lain. Dan ada bath tab. Itu jer pun. Sebab tu rasa macam mahal...


Kebetulan book dua bilik yang berbeza sebab tu senang nak buat perbandingan. Rasa macam tak berbaloi sikit la. Biliknya sederhana besar dan kebersihan tu biasa-biasa saja. Perabot pun rasanya perabot yang dah berusia. Ada `smell' sikit dalam mini fridge. Macam dah lama tak buka dan cuci. Tapi saya dah inform kat pihak hotel la....


Hari tu masa pilih hotel ni sebab ada pool. Pool dia tak lah besar sangat tapi boleh la untuk budak-budak ni berenang tak ingat dunia. Hehe... Yang paling penting adalah wifi. Wifi kat sini boleh dikira baik dan tak banyak karenah. Boleh la nak layan Youtube 4-5 jam.


Apa-apa pun penilaian masing-masing. Sekadar nak tinggal semalam dua just untuk balik berehat dan tidur boleh juga la. Sebab hotel ni kira strategik dan dekat dengan Menara Alor Setar. Okay, boleh cuci mata tengok bilik hotel ni. Gambar ambil dari booking.com saja. Terima kasih booking.com :)





Adios!

Tuesday, 12 January 2016

Alora Hotel Penang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ini saya nak review tentang Alora Hotel yang terletak di Bukit Jambul Penang. Dulunya hotel ini dikenali sebagai B-Suite Hotel tapi kini dah tukar kepada Alora. Malah sampai sekarang pun, ramai yang lebih kenal B-Suite berbanding Alora. Cuma masa saya check in hari tu, hotel ni masih dalam proses pengubahsuaian. Lobi hotel pun kat tingkat dua, lobi sementara yang kecil dan serba ringkas.


Hotel ini berdekatan dengan Kompleks Bukit Jambul dan hanya 5minit memandu sahaja ke Queensbay Mall. Bukan itu sahaja, ia terletak dalam jarak 15 minit pemanduan dari Jambatan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jarak ke Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong pun dekat. Kira memang terletak di kawasan yang amat strategik la.

Yang bestnya kat hotel ni, biliknya amatlah besar dan luas. Masa pertama kali check in kat sini, rasa teruja sikit. Lantainya dilengkapi dengan lantai kayu berwarna coklat dan krim neutral. Ada sedikit suasana tradisional dengan warna-warna sebegini.


Kemudahan yang disediakan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas hinggalah kemudahan membuat kopi/teh. Ada peti ais mini, ruang berehat sambil berbual dan balkoni yang cukup besar untuk kita lepak di waktu malam sambil menikmati suasana malam Bayan lepas Penang.





Yang paling tak boleh lupa, pancuran air di hotel ini amatlah kuat. Terasa bagaikan mandi di rumah sendiri. Memang best sangat. Bukan apa, selalu kalau dok hotel time mandi tu memang sedikit stress kalau pancuran air tu macam tak nak bagi kita mandi jer.... Tapi kat sini memang tak ada masalah.


Kalau yang bawa kereta tu, memang tak perlu pening-pening fikir nak park kat mana sebab hotel ini menyediakan tempat letak kereta secara percuma. Cuma kalau parking kat luar hotel tu, kena letak kupon lah. Nanti tak pasal-pasal kena saman pula dengan MPPP.

Nak cari tempat makan pun senang. Kiri kanan depan belakang ada tempat makan yang best. Maklumlah, Penang kan dikenali sebagai 'Syurga Makanan'. Paling dekat ialah Kayu Nasi Kandar, Restoran Nasi 7 Benua, Bangkok Tomyam dan macam-macam lagilah.


Okay, pada sesiapa nak bercuti ke Penang bolehlah check in kat Alora Hotel. Pastinya ia akan memberikan keselesaan dan pengalaman yang berbeza.

Adios!