Wednesday 30 November 2022

Buku Foto UnIKH

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Buku Foto: Hati Berbunga Antara Senyum & Indah Pertemuan

Kepada penulis yang pernah datang ke bengkel tulis buku kisah hidup di seluruh Malaysia, ini ialah buku yang mesti beli.

Buku ini sangat mencuit kenangan kita.

Peserta bengkel di Jitra, di USM Pulau Pinang, di Sinaran Ilmu Skudai dan di Melaka, gambar kalian ada dalam buku setebal 246 mukasurat ini.

Tak lupa juga peserta bengkel di Terengganu. Begitu juga peserta dalam tiga bengkel di Kota Bharu dan lima bengkel di Shah Alam juga di Bangi dan Kuantan.

Gambar kita cantik tersusun dalam buku ini.
Editor bersama buku ini ialah Puan Nur Syukrina dan Cikgu Juhairiah Ali.

Semua halaman warna warni. Berkulit tebal. Kertasnya berkilat, 128 gms matt art.

Saya senaraikan antara gambar yang ada dalam buku ini:
  • Pelancaran buku kembar 10
  • Pelancaran di PBAKL 2019
  • Pelancaran di PBAKL 2022
  • Bengkel Penyelenggara Buku
  • Sesi Meet & Greet
  • Sesi di reruai
  • Sesi di Rehat & Baca
  • Gambar majlis di Pulai Spring
  • Pelancaran buku di Teras Dimensi
  • Trivia buat semua sahabat UnIKH yang telah pergi dahulu
  • ... dan banyak lagi gambar lain.
Ini ialah buku momen khusus selama kita berukh wah dalam jemaah buku kisah hidup. (2018 - 2022).

Buku foto ini terhad cetakannya. Memang tidak ada cetak ulang. Jadi kena tempah segera sebelum kehabisan.

Cepat ketik pautan di bawah supaya buku ini sahih milik kalian.


Jumpa lagi.

Tuesday 29 November 2022

Jurnal Penulisan 2023 dan Buku Foto UniKH

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Tempahan kini dibuka. Naskhah terhad. Jika habis tak ada cetakan tambahan.

Dua naskhah yang dinanti-nanti!
Cepat buat tempahan kerana naskhah ini terhad cetakannya.

Buku Foto: Hati Berbunga Antara Senyum & Indah Pertemuan

Ini ialah buku foto yang sangat cantik tentang momen pertemuan manis pengkarya antara tahun 2018 hingga 2022. Berkulit tebal dan semua warna warni. Ada 244 mukasurat.

Jurnal Penulisan 2023 (190 halaman)

Ini ialah naskhah mesti beli jika kalian memilih untuk konsisten dalam penulisan. Ada panduan, tutorial dan tugasan mingguan serta bulanan.

Konten yang berimpak untuk siapkan buku yang tercatat nama sendiri.

Paling Istimewa:
Ada servis selepas jualan. Bermakna, sesiapa sahaja pemilik jurnal ini akan bergabung dalam satu grup eksklusif.

Kedua-dua ini adalah edisi terhad. Jika habis maknanya tidak ada cetakan tambahan selepas ini.

Cepat ketik pautan di bawah untuk tempahan awal. 


Bersama kita terus konsisten menulis dan menggapai impian untuk memeluk buku sendiri.

Jumpa lagi.

PRU15 - 19 November 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Pilihan Raya Umum ke-15.

Alhamdulillah, selesai menunaikan tanggungjawab kepada negara. Kita memilih demi masa depan negara. Semestinya pilihan yang bijak.

P018 Kulim Bandar Baharu.

Kali ini, masih mengundi di tempat yang sama. SK Dato' Haji Zainuddin Serdang Kedah. Nanti ada masa baru kemaskini alamat terkini.

Irdina pula mengundi di SJKT Ladang Sungai Ular. Pengalaman pertama buat Irdina. 

"Irdina undi siapa?"

"Undi YB Nur Irdina Balqis."

Haha, undi adalah rahsia.

Jumpa lagi.

Wednesday 2 November 2022

Akan Terbit Tiga Judul Buku Anekdot PBAKL 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berita gembira buat semua.

Tidak lama lagi akan terbit tiga judul buku anekdot sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang lalu.

Buku yang ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung PBAKL 2022 dan bakal pengunjung PBAKL 2023.

Tiga judul iaitu Sesat, Hilang dan Jumpa yang memaparkan pelbagai tips dan info sebelum ke pesta buku, semasa berada di pesta buku dan selepas balik dari pesta buku.

Kaver page yang sangat sweet dan lovely gitu. Khabarnya, kaver sebenar lebih istimewa kerana ia bersambung dari buku satu, dua dan tiga. Jika dirapatkan akan terhasil satu imej yang cantik.

Wow, teruja kan!

Cepat tempah ketiga-tiga buku ini dan nantikan karya saya yang turut termuat dalam buku anekdot Sesat.

Jumpa lagi.