Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Wednesday, 9 March 2022

Dekorasi Idaman Part 3 - By Ikea

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kita ke Ikea lagi. Kali ini bersama Pakku dan nenek.

Nenek pun dah jatuh hati dengan dekorasi Ikea.

Amat-amat hebat kan!



Tapi, rak bukunya mana? Masih tak jumpa ke?

Ada, tengok ni, elok ke elok sangat?





Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.

Jumpa lagi.

Tuesday, 1 March 2022

Dekorasi Idaman Part 2 - By Ikea

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Misi mencari idea dekorasi untuk Run & Read Studio masih diteruskan. Tak jemu berkunjung ke Ikea kerana percaya masih banyak idea dekorasi yang belum diteroka.

Sebelum ini ada idea yang bermain di minda tapi rupa-rupanya idea kurang sesuai dengan keluasan ruang yang ada.

Jadi terpaksalah cuci mata lagi.

Apa boleh buat kan!






Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.

Jumpa lagi.

Monday, 28 February 2022

Dekorasi Idaman Part 1 - By Ikea

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom cuci mata!

Idea dekorasi mana yang menjadi idaman kalbu?




Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.

Jumpa lagi.

Friday, 25 February 2022

Jom Ke Ikea!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Siapa suka membeli-belah di Ikea?

Mesti ramai peminat dekorasi rumah Ikea kan. As salah seorang daripadanya. Kalau dapat menjamu mata di Ikea, sehari suntuk kat situ pun sanggup.

Kali ini As ke sana dengan misi utama untuk mencari rak buku baru. Rak buku lama semuanya dah rosak. Dahulu, semasa paip air pecah, air masuk sampai ke bilik. Habis terkena rak buku. Bukan sahaja rak rosak malah buku-buku dan majalah di bahagian bawah semua terkena air. 

Memang sedih sangat.

Tapi jangan sedih lama-lama. Tak baik tau.

Jom kita merawat hati yang sedih dengan mencari rak buku baru. Kebetulan pula pembinaan perpustakaan mini atau Run & Read Studio telah pun siap. Jadi As sudah tidak sabar untuk menghias ruangan tersebut.

Yang paling penting, jangan lupa bergambar di Ikea. Banyak sudut yang menarik. Kalau tak bergambar memang rugi. Kalau nak tahu, bukan sekali sahaja As berkunjung ke Ikea. Dua tiga kali pergi baru dapat idea dekorasi untuk Run & Read Studio.

Memang sengaja nak cuci mata kan!





Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.

Jumpa lagi.

Sunday, 11 July 2021

Barang Ikea Dah Sampai!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yeay, betapa senang dan mudahnya membeli-belah secara online di Ikea. Klik-klik saja barang apa nak beli, bayar dan tunggu barang sampai depan rumah.

Senangkan!

Kalau korang nak shopping kat Ikea boleh klik link di bawah.


Semua tahu kan, musim PKP Ikea tak buka. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh shopping ya. Shopping online saja. Memang mudah sangat. Order hari Khamis, hari Ahad lori Ikea dah sampai depan rumah. Cepatnya!!


Semua barang sampai dengan selamat. Barang pun cukup, sama dengan apa yang telah diorder. Bukan itu saja, barang-barang yang mudah pecah semuanya dibalut dengan kemas dan memang terbaik la wrapping dia. Lepas ni senang la kalau nak beli apa-apa lagi kan. 




Okeylah, nanti ada masa baru nak pasang semua barang ni. 

Jumpa lagi.