Showing posts with label Hatyai. Show all posts
Showing posts with label Hatyai. Show all posts

Monday, 19 December 2016

Day 3 Hatyai: Jalan-Jalan Hatyai Town & Kim Yong Market

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Jom kita Jalan-Jalan Hatyai Town dulu. Satgi nak balik dah. Weolls ambil Tut Tut lagi, bagitahu kat driver tu suruh hantar pi kat Kim Yong Market. Kat sini pagi-pagi ada pasar basah yang jual macam-macam la. Buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai jenis makanan. Masa kami sampai tu kira depa dah siap-siap dok kemas dah.

Tapi tak apa, kami bukan nak pi terjah pasar basah tu. Kami nak pi pasar kering. Haha... kat sini ada jual macam-macam la. Pakaian.... baju seluar macam-macam fesyen. Kawasan dia pun besar sangat. Sehari meronda pun tak habis.

Masa pun suntuk jadi kami tengok sat-sat saja la. Terus beli apa yang berkenan. Kalau nak belek satu-satu pakai tidoq kat Hatyai lagi la malam ni. Hahahah~ Tapi memang best shopping kat sini. Macam-macam ada. Kualiti pun okay tapi pandai-pandai la pilih kan.






Paling banyak borong baju kat kedai ni la. Ceq suka sangat!!


Pastu jalan-jalan lagi kat Lee Garden Plaza. Masuk kedai tu masuk kedai ni. Souvenir barang wajib beli, untuk family dan kawan-kawan. Ada la sikit-sikit, yang penting beli yang perlu saja. Jangan membazir.


Jalan-jalan lagi jumpa la makcik jual buah pauh ni. Buah pelam la.... besar-besar buah pelam tu. Tengok saja pun dah telan air liur. Semua tu THB200 ja. Pikir punya pikir mai la dua orang kita... terus suruh bungkus semua. Hahahah.... putih mata.... :D Eh, dak aihhh... tak putih mata pon. Sebab dok fikir kalau beli ingat senang ka nak bawa balik. Berat ya amat tuuu....


Dah penat jalan, tekak terasa haus pula. Weolls pun singgah minum green tea kat Restoren Hamid. Wow, sedapnya green tea kat sini! Lemak berkrim disukai ramai!!


Okaylah, dah tiba masa untuk gerak balik ke Malaysia. Ecewah... macam pi obersea la sangat. Haha... lepas ni mesti tak sabar nak pi Hatyai lagi sebab mesti rindu masakan kat sini. Tapi takpe, kami bukan saja bawa balik macam-macam souvenir tapi juga 1001 kenangan yang terindah.

Okay good bye Hatyai. See you next time.

Adios!

Friday, 16 December 2016

Day 3 Hatyai: Lunch Nasi Komok Di Kai Tod Daycha & Seafood

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Hari ni bangun lewat sikit. Bermalas-malas dulu sebab kejap lagi nak terus check out. Nak pi jalan-jalan cari makan... nak pi jalan-jalan shopping...

Dalam pukul 10am macam tu weolls check out. Ambil Tut Tut terus gerak ke Hatyai Town. Macam biasa Tut Tut THB20 yea. Tapi hari tu dapat uncle driver tu... dia siap bawa pusing pi fetch wife dia kat market pastu baru pi hantar kami. Masalahnya dia macam tak tau kami nak pi mana dok pusing merata. Alih-alih kami lak suruh dia berenti ja kat tepi jalan tu... and kena bayar THB40 sorang... haih... nasib baik uncle.... sedekah jer la....

Weolls terus pi kat kedai yang ambil tiket balik tu. Simpan semua beg kat situ. Sebab weolls nak pi jalan-jalan lagi. Van gerak balik pukul 4pm. Sempat la kami meronda dulu. Destinasi pertama sudah tentulah cari tempat makan. Ramai yang kata kalau pi Hatyai kena try Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood. So, jom la kita pi try!

[NASI KOMOK]

Nasi Komok ni sebenarnya nasi kuning yang dihidang bersama sup kosong, ayam goreng dan sos, acar timun dan ulam-ulaman. Nasi Komok kat sini memang sedap, nasinya lembut... kalau makan macam tu saja pun sedap. Ditambah pula dengan ayam goreng nya yang rangup. Tapi ayam goreng kat Hatyai ni memang dah terkenal dengan kerangupan dan kesedapannya. Kalau pi kat Danok tu pun dah boleh jumpa ayam goreng yang sedap cenggini.



Pertama kali cuba Nasi Komok memang saya suka. Boleh mai makan lagi lain kali. So uolls kalau ke Hatyai bolehlah cuba Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood.

Jom kita pi Jalan-Jalan Hatyai Town pula.

Adios!

Tuesday, 18 October 2016

Day 2 Hatyai: Lunch Di Salma Restaurant

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Masih di Hatyai... penat kot run 10km sempena Hatyai International Marathon 2016. Makan macam-macam dah kat sana tapi weolls still nak pi lunch juga. Jangan marah ya XD

Memandangkan dah letih bermarathon, so weolls decided nak terus ke Salma restaurant. Bukan apa, tadi dah banyak kalori hilang so kena makan lagi untuk tambah kalori balik la. Betul tak? Tadi kat Stadium Jiranakorn makan gitu-gitu saja, ni kena pi cari nasi la...

Kali ini weolls pilih menu Ala Carte pula. Senang. Ada macam-macam menu yang boleh dipilih. Dan tara.... inilah menu untuk lunch hari ini.

Nasi Putih + Paprik Ayam + Green Tea Ais.



Simple tapi sedap dan mengenyangkan!

Perut pun dah kenyang. Jom kita balik berehat secukupnya. Esok kita sambung lagi Jalan-Jalan Cari Makan... Jalan-Jalan Shopping kat Hatyai.

Adios!

Friday, 14 October 2016

Day 2 Hatyai: [2016] #6 Hatyai International Marathon 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Bangun pagi ni badan terasa segar, maklumlah...seawal jam 4:30am dah bangun. Masih terbayang-bayang keenakan Tomyam Udang Galah Kelapa Muda kat Kai Tod Daycha & Seafood Hatyai. Tiba-tiba terasa lapar...

Tak nak layan perut dulu. Bangun, mandi dan bersiap sebab ada misi yang menanti di Stadium Jiranakorn. Tapi sebelum keluar, makan dulu roti dan susu. Buat alas perut kekdahnya... takut nanti pancit pula kat tengah jalan. Ahaks.


[ HATYAI INTERNATIONAL MARATHON 2016]
[STADIUM JIRANAKORN, HATYAI]
[29 MAY 2016]

#RunForHappiness
#MayRun
#justkeeprunning

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hatyai International Marathon 2016... first outside running event yang saya join. Okaylah tu kan... asyik lari kat tempat sendiri jer, nak juga merasa run kat tempat orang. Yang penting ada gak medal dari luar. Hihi~


Event ni sudah tentulah ada Full Marathon, Half Marathon, Mini Marathon dan Fun Run. Macam biasa saya join Mini Marathon 10.5km saja. Semangat nak lari sebab baju dia cantik. Pelepasan untuk 10.5km pada pukul 7am. Cuaca memang sempoi habis... tak panas dan tak sejuk. Memang nice...



Tapi route dia biasa-biasa saja. Tak ada yang menarik sangat pun. Sepanjang jalan tak ada yang menarik untuk snap photo, memang tak stop pun. So kita lari sajalah sampai finish line. Habis lari baru bergambar kenangan dengan geng-geng runner. Best dapat jumpa geng-geng runner dan dapat kenal runner baru...





Dan yang paling best pasal event ni sudah tentulah breakfast yang disediakan oleh pihak Hatyai International Marathon. Ada banyak gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman. So boleh pilih yang mana rasa nak try... coffee dia memang best. Siap ulang 2-3 kali...




Lepas tu we alls ronda-ronda kat booth yang ada. Banyak booth yang jual pakaian sukan so kita pun shopping apa skit. Harga murah juga la tu yang beli. Dah habis shopping... ronda lagi minum kopi free lagi. Hihihi... dah cukup... Hari pun dah panas... jom kita pi lunch.

Nak makan kat mana ek? Rasa cam nak repeat kat Salma Restaurant. Jom lah!

Adios!

Thursday, 13 October 2016

Day 1 Hatyai: Stadium Jiranakorn Hatyai

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

[STADIUM JIRANAKORN]

Punya excited pi jalan-jalan cari makan, lupa lak nak cerita tujuan utama kami ke Hatyai. Alkisahnya, kami sebenarnya nak join Hatyai International Marathon yang akan diadakan di Stadium Jiranakorn. Ni kira first time la join event ni. Excited babe!!

So, sebelum bermulanya race kita pi collect race kit dulu :)




Dah collect race kit, jalan-jalan kat Stadium terjumpa la dengan Miss Full Marathon, Miss Thida. Cantik orangnya secantik namanya. Memang friendly sangat walaupun baru pertama kali jumpa. Memang hajat hati nak jumpa dia pun, tup tup dah ada depan mata. :)


Okay, dah settle semua. Tak sabar nak race esok ~ Hatyai International Marathon 2016.

Adios!

Thursday, 1 September 2016

Day 1 Hatyai: Kai Tod Daycha & Seafood Hatyai

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker
#makanmawsedap

[KAI TOD DAYCHA & SEAFOOD HATYAI]



Okay, memang la tadi dah pi makan kat Klong Hae Floating Market tu tapi tak kenyang la. Malam mesti mau pekena nasi. Dengar cerita restoren Kai Tod Daycha & Seafood ni sempoi juga menu dia. Tu yang kena pi try tu. Uolls dah pernah makan kat sini ke? Dengar kata juga harga food kat sini boleh tahan mahal. Ye ke?

Lagipun, selain tujuan utama we all ke Hatyai ni.. sudah pastilah nak jalan-jalan cari makan kan. So memang dah plan nak pi makan kat restoren-restoren yang famous kat Hatyai ni. Hari tu dah pi makan kat Restoren Salma, kali ni kita pi terjah Kai Tod Daycha & Seafood pula.

Kai Tod Daycha & Seafood ni pun terletak kat Hatyai town. Ambil Tut Tut minta dia hantar terus ke depan restoren ni. Memang senang sangat. Kalau nak jalan pun boleh ja... dari Lee Garden tu tak sampai 10 minit. Tapi kalau tak sure jalan tak payah la, takut 10 minit jadi 10 jam pula. Ahaks!

Okay dah cukup megomel. Perut pun dah lapar ni. Jom kita order! Dinner time memang kena makan nasi tapi tak order banyak menu la. Kita order nasi putih ngan tomyam. Hah, tomyam lagi? Oh, wajib!! Kuang kuang kuang....


[TOMYAM UDANG GALAH KELAPA MUDA]

Tapi nak cerita mai...tomyam kat sini bagi saya memang special giler. Tomyam Udang Galah Kelapa Muda... menggunakan air kelapa muda tau. Pastu udang galah tu dua ekor la sebab dua orang makan... besar tau... mak aii...sedap ya amat. Tak sabar betul nak pi repeat. Harga boleh tahan la...saya pun tak sure harga sebenar tapi selepas diconvertkan ke duit kita rasanya dalam RM30-40 gak la. Tapi tak kisah la kan...yang penting sedap.


[AYAM GORENG GAJUS]

Ini menu kedua yang we all order. Tengok pun dah terliur, belum makan lagi tu. Tapi Ayam Goreng Gajus ni memang terbaik. Rangup dan amat menyelerakan. Hmm.... terliur la pula ceq dok cerita ni. Ha cane tu? Vani... jom kita pi Hatyai!! Hahaha...


[TEH TARIK VS TEH AIS TARIK]

Dok cerita pasal makan ja, jom order air pula. Macam biasa mesti nak order Teh Tarik dan Lina pun macam biasa order Teh Ais Tarik. Fuyoo.... kaw giler dia punya Teh... marbeles beb!! Gua tak tahan wooo.. nak lagi satu...


Ha, amacam?? Terliur tak? Nampak menarik tertarik kebaboom kan.. kan... kan... Hihihi... Lepas ni kalau uolls pi Hatyai, cubalah menu di Kai Tod Daycha & Seafood hokeeh!

Okay, we all nak balik tido dah. Esok nak kena bangun awal sebab ada misi menanti di Stadium Jiranakorn.

Adios!

Tuesday, 30 August 2016

Day 1 Hatyai : Klong Hae Floating Market

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Dah puas berehat kat Greenview Hotel Hatyai, jom kita pi ronda-ronda cuci mata sambil jalan-jalan cari makan. Kalau mai Hatyai tak pi ke Pasar Terapung tu memang saja sangat kan. Ok, jom kita pi tengok apa yang ada kat sana.

Floating Market / Pasar Terapung

Klong Hae Floating Market ni merupakan Pasar Terapung pertama di Selatan Thailand. Ia terletak di Klong Hae Songkla, hanya kira-kira 5.3km dari Greenview Hotel Hatyai. Amik Tut Tut dalam THB30. Kalau ramai-ramai boleh dapat THB20 jer. Tempat ni memang merupakan tempat yang wajib dikunjungi jika berada di Hatyai.


Ia merupakan sebuah pasar terapung yang berkonsepkan jualan di atas sampan yang terapung di air sungai. Ia dibuka pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3pm hingga 9pm. Kat sini dijual pelbagai jenis makanan dan minuman tempatan, penjual pun memang orang-orang tempatan. Macam-macam makanan ada. Harga pun berpatutan, just bayar saja tak perlu tawar-menawar. Ngeh ngeh la kalau nak tawar lagi kan!

Haha!

Masa saya sampai tu hujan panas renyai-renyai... memang tak best sikit la nak jalan dalam hujan kan. Tapi dah nama pun hujan panas, kejap saja dia kering. Hihihi... Orang punya ramai la tak tau nak habaq. Tempat nak duduk pun penuh. Kalau buat terlebih malu pakai tak dapat tempat duduk la.




Saya sempat la try minuman dalam buluh, beli air kelapa dan air oren. Rasa tu ok la juga... biasa-biasa saja. Pastu beli coconut ice cream dalam pasu... ha yang ni memang sedapppp..... lemak-lemak berkrim gitu! Pasu tu lepas makan jangan dibuang. Boleh bawa balik buat kenangan.



Ternampak pula orang jual jagung, macam sedap la pulak. Try juga la... memang lemak berkrim.. kalau buat jagung cup tambah susu skit... fuhhh...marbeles!!


Tengah lepak-lepak tu dok usyar tengok ramai yang makan Mee Celup... kira macam Bihun Sup Thailand la. So we all pun try la. Sebab pernah makan Mee Celup kat Golok... memang sedap giler. Ingatkan sama... rupanya kat sini rasa dia lain skit. Kalau letak cili banyak-banyak baru sedap. Kalau nak tahu rasa dia macam mana, uolls kena pi try sendiri la.


Dah puas jalan-jalan cari makan kat Pasar Terapung tu, we all naik kat bahagian atas pula. Kat atas tu banyak gerai-gerai yang turut menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Yang lainnya kat sini ada dijual pelbagai barangan cenderahati dan juga pakaian. Ha kat sini uolls boleh la kalau nak tawar-menawar sebab harga dia boleh tahan mahal juga la. Kalau nak beli t-shirt Hatyai tu rasa baik pi beli kat Hatyai Town area Lee Garden tu.


Kat sini saya beli Buah Berangan la. Dengar kata buah berangan sini sedap macam kat Penang nun. So beli la sebungkus nak try kan.... Sedap memang sedap tapi sedap lagi kat Chowrasta Penang. Ahaks! Bukan apa, dah pi tempat orang kena la try apa yang famous kat sini. Ye tak?!


Dah habis meronda, kaki pun dah capek. Jom balik bilik dulu. Malam ni nak keluar lagi pi dinner. Kali ni plan nak dinner kat baik punya restoren, Kai Tod Daycha Hatyai. Pernah dengar tak? Ha... nanti kita cerita.

Adios!