Showing posts with label UnIKH. Show all posts
Showing posts with label UnIKH. Show all posts

Monday, 19 June 2023

PBAKL 2023 - Wajib Singgah Reruai SHE

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PBAKL 2023.

Destinasi pertama tentulah ke reruai SHE di Aras 3. Buku terbaharu saya berjudul Sesat ada dijual di sini.

Masuk sahaja ke reruai SHE, terus ternampak anekdot Sesat. Bersanding di sebelah adik-beradiknya, Jumpa.

Buku terbaharu terbitan Writers Write, Anekdot Sesat dan Jumpa

Kebetulan masa saya sampai, hanya tinggal naskhah terakhir. Cepat je tangan saya capai, peluk tak lepas dah.

Takut nak lepas, takut orang lain ambil.

Alhamdulillah, setiap kali melihat buku sendiri di rak buku sempena PBAKL, terbit rasa bangga yang tak mampu diucap dengan kata-kata.

Apatah lagi jika buku 'sold out' di PBAKL, gembira macam nak lompat bintang.

Nampak tak rak di belakang kami tu? Buku Sesat dah hilang kan. 😅


Ha, buku Sesat 'sold out' tau. Siapa pembeli naskhah terakhir Sesat?

Awak ke?

Tak kisah siapa yang beli, yang penting buku Sesat habis dijual di PBAKL, mengikut jejak adik-beradiknya, Hilang.

Masya-Allah, tabarakallah.

Sebenarnya sayalah pembeli naskhah terakhir Sesat di PBAKL.

Awak cemburu ke tu? 😅


Tabik spring la dekat bos besar Rak Buku SHE, Nurul Syahida Hassan. Manis orangnya.

Bersama bos besar Rak Buku SHE, Nurul Syahida Hassan

Rezeki saya juga dapat jumpa sahabat penulis. Ada Cikgu Yatim, tuan Nizam Wahid, Abang Long Feroz, dan penulis buku Memoir 305, Tata Yusuf.

Bersama Tuan Nizam dan Cikgu Yatim. Bangga dengan mereka yang gigih mempromosikan buku-buku di reruai SHE.

Sempat jumpa Abang Long Feroz. Kerepek kentang pedas memang sedap.

Tengah asyik bergambar muncul pula Puan Sri Diah. Terus peluk cium mak. Sebelum orang lain culik, As tarik mak bergambar sekali.

Wajib pelum cium mak sebelum orang lain culik 😘


Cantik berseri mak berbaju dan tudung sedondon. Teringat pesan mak, orang perempuan ni kena sentiasa jaga penampilan diri.

Bersama Puan Sri Diah yang cantik dan cerdik. Terima kasih mak 💜


Kata mak, berhiaslah untuk kekuatan diri supaya ada rasa yakin. Berhias sebab sayang diri sendiri, bukan untuk pikat sesiapa ya.

Tapi kalau ada yang terpikat tu, bagus juga. Dapat merasa nasi minyak mak. Eh!

Jumpa lagi.

Wednesday, 31 May 2023

Buku Terbaharu Karya As Samsudin

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Alhamdulillah.

Tiga buah buku antologi terbaharu saya telah dilancarkan pada 27 Mei 2023 yang lalu sempena PBAKL di Bilik Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Majlis pelancaran serentak bagi 20 buah buku baharu terbitan Writer's Write. Karya kecil saya termuat di dalam tiga buah buku antologi yang sangat istimewa.

Antologi Kerjaya Siri 1
Antologi Legasi Nenda Siri 3
Anekdot PBAKL 2022 - Sesat

Terima kasih Puan Sri Diah Shaharuddin dan seluruh tim pelancaran buku yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Gembira dan sedih bercampur-baur. 

Gembira kerana buku yang ditunggu-tunggu akhirnya terbit juga.
Sedih kerana tidak berpeluang menghadiri program Himpunan Writerprenuer dan menyaksikan sendiri majlis pelancaran ini.

Terubat juga hati ini melihat kaver yang cantik. Saya sudah tidak sabar mahu memeluk buku-buku ini, anda bagaimana?

Pra tempahan kini dibuka. Rugi tau kalau tak beli. Tempah sekarang ya.

Jumpa lagi.

Friday, 17 February 2023

International Book Giving Day 2023

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH dan koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat Hari Pemberian Buku Sedunia kepada semua pencinta buku tak kira di mana saja anda berada.

Tahukah anda bahawa 14 Februari telah diiktiraf oleh pihak Unesco sebagai International Book Giving Day sejak tahun 2012.

Bila kali pertama anda meraikannya?

Saya mula meraikan Hari Pemberian Buku Sedunia pada tahun 2017 dan terus menyambutnya sejak Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UniKH) menjadikan acara ini sebagai acara tahunan dalam kalendar mereka.


Gembira dapat bertukar-tukar buku apatah lagi jika kita mendapat buku lama yang sudah tiada dalam pasaran. 

Di samping bertukar buku, kita juga dapat menambah kenalan dan mengeratkan ukhwah sesama kita.

Masih ada yang mahu menukar buku dengan saya?

Jumpa lagi.

Sunday, 4 December 2022

Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#SIBF2022

Jumpa kami di reruai N11 dan SB25.

Pada 1-11 Disember 2022, Buku Foto Hati Berbunga Antara Senyum & Indah Pertemuan akan ditampilkan buat pertama kali secara fizikal di Pesta Buku Antarabangsa Selangor.

Bagi kalian yang ingin dapatkan segera, tak tahan hati mahu peluk buku bergambar ini, boleh dapatkan di pesta buku yang akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jumpa rakan-rakan kita di sana. Jom!

Bagi kalian yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke sana, boleh dapatkan segera buku ini di pautan berikut.


Jumpa lagi.

Wednesday, 30 November 2022

Buku Foto UnIKH

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Buku Foto: Hati Berbunga Antara Senyum & Indah Pertemuan

Kepada penulis yang pernah datang ke bengkel tulis buku kisah hidup di seluruh Malaysia, ini ialah buku yang mesti beli.

Buku ini sangat mencuit kenangan kita.

Peserta bengkel di Jitra, di USM Pulau Pinang, di Sinaran Ilmu Skudai dan di Melaka, gambar kalian ada dalam buku setebal 246 mukasurat ini.

Tak lupa juga peserta bengkel di Terengganu. Begitu juga peserta dalam tiga bengkel di Kota Bharu dan lima bengkel di Shah Alam juga di Bangi dan Kuantan.

Gambar kita cantik tersusun dalam buku ini.
Editor bersama buku ini ialah Puan Nur Syukrina dan Cikgu Juhairiah Ali.

Semua halaman warna warni. Berkulit tebal. Kertasnya berkilat, 128 gms matt art.

Saya senaraikan antara gambar yang ada dalam buku ini:
  • Pelancaran buku kembar 10
  • Pelancaran di PBAKL 2019
  • Pelancaran di PBAKL 2022
  • Bengkel Penyelenggara Buku
  • Sesi Meet & Greet
  • Sesi di reruai
  • Sesi di Rehat & Baca
  • Gambar majlis di Pulai Spring
  • Pelancaran buku di Teras Dimensi
  • Trivia buat semua sahabat UnIKH yang telah pergi dahulu
  • ... dan banyak lagi gambar lain.
Ini ialah buku momen khusus selama kita berukh wah dalam jemaah buku kisah hidup. (2018 - 2022).

Buku foto ini terhad cetakannya. Memang tidak ada cetak ulang. Jadi kena tempah segera sebelum kehabisan.

Cepat ketik pautan di bawah supaya buku ini sahih milik kalian.


Jumpa lagi.

Friday, 22 October 2021

Lelaki Yang Ditunggu-tunggu Sudah Sampai!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


15.10.2021
6.30pm

Pulang dari kerja...
Sebaik sahaja kaki kananku melangkah masuk ke rumah, mata terus terpaku ke arah satu bungkusan hitam yang telah sedia menungguku di muka pintu. 


Bibir terus mengorak senyuman.

Memang dari pagi lagi sudah kecoh di grup wassap adik-beradik Legasi Abah ( 8 ) berkongsi khabar gembira bahawa buku yang ditunggu-tunggu dah sampai. Jadi bila tengok saja bungkusan hitam tu memang dah tahu barang apa.

Tak tunggu lama dah, laju saja tangan tu buka bungkusan. Tak sabar dah kan nak peluk buku Lelaki Anugerah Terindah. Tak sabar juga nak menikmati bau buku-buku baru. 

Bila dah dapat pegang buku tu memang rasa sebak sangat la. Apa taknya, hampir 9 bulan juga menanti lahirnya buku antologi kedua As ini.

Alhamdulillah....

Tahniah buat Mak Sri Diah, Ustazah Norhafhizah, penulis tamu kami, Ustazah Muzayyanah dan 32 adik-beradik tim LA 8. Cantik sangat buku kita kan. Masa semak galei pun hati dah terpaut apatah lagi bila dah dapat pegang dan peluk buku ni, memang tak boleh lepas la.



Kebetulan esoknya hujung minggu. Terus rancang nak balik kampung tunjuk buku kat ayah.

Kawan-kawan yang dah tempah dan kembar-kembarku mohon sabar sekejap ya. Bagi masa As bermesra dulu dengan buku-buku ni.

Seminggu jer, cukup seminggu As akan mulakan proses packaging dan pengeposan ya.

InsyaAllah, semoga Allah swt permudahkan segalanya. Amin.

Ohya, masih ada buku yang belum berpunya. Nak pinang mai la wasap cepat. :)

Jumpa lagi.

Tuesday, 12 October 2021

Buku Antologi Legasi Abah VS Rentas Negeri

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


11.10.2021.

Walaupun pada tarikh ini kita telah mendapat kebenaran untuk merentas negeri namun saya tidak ada plan untuk ke mana-mana.

Kenapa?

Sebab bila-bila masa sahaja 'abang jnt' akan call. Tak hari ini, esok... tak esok, lusa... Jadi tak boleh ke mana-mana.

Semestinya nak merentas negeri itu penting, tetapi yang ini lagi penting.

Yang itu boleh tunggu, tetapi yang ini tak boleh tunggu dah.

Amboi...

Sejak bila pula ternanti-nanti panggilan 'abang jnt' ni?

Sejak tahu buku-buku Lelaki Anugerah Terindah ada dalam tangan mereka.

Cepatlah 'abang jnt'. Tak sabar dah ni nak bertemu muka.

Nota:
Masih ada naskhah buku yang belum bertuan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi saya.

Jumpa lagi.

Wednesday, 29 September 2021

Buku Antologi Legasi Abah Dah Masuk Kilang Cetak!

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


MasyaAllah... Tabarakallah...

Alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Teruja sungguh bila mendapat khabar gembira bahawa kesemua buku Antologi Legasi Abah sudah berada di kilang cetak. Berita yang amat-amat menggembirakan buat seramai 360 pengkarya yang terlibat dalam 12 buah buku antologi ini.

Tambah gembira apabila melihat kaver terkini buku Antologi Legasi Abah yang amat cantik, memang boleh menambat hati semua orang untuk memilikinya.

Apa taknya, ada gambar penulis tamu di sudut kiri buku masing-masing.

Sekali pandang terus jatuh cinta!

Tahniah kepada semua pengkarya Legasi Abah terutamanya tim Legasi Abah ( 8 ) dan tahniah buat mak Sri Diah Shaharuddin dan ketua kami, Ustazah Norhafhizah Suliman di atas segala usaha dan penat lelah dalam penghasilan buku-buku ini.

Kawan-kawan yang telah menempah buku Lelaki Anugerah Terindah boleh tersenyum lebar sekarang. Tak lama lagi dah boleh peluk buku ini.

Kawan-kawan yang belum tempah tu, mai la tempah dengan As. Ada cenderahati istimewa As nak bagi tau.

Boleh tempah kat sini ya.


Terima kasih daun keladi.

Jumpa lagi.

Wednesday, 28 July 2021

Kaver Akhir Antologi Legasi Abah

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gembiranya rasa hati!

Berturut-turut kejutan yang kami terima daripada tim UniKH dan Admin tim Legasi Abah 8. Kali ini kami mendapat kejutan tentang kaver akhir buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah.

Ada sedikit perubahan daripada kaver yang telah diberi sebelum ini.


Bila tengok sekali imbas pun dah nampak apa yang berubah. Ya, perkataan Editor Penyelaras diubah kepada Editor Pengurusan.

Nama Puan Sri Diah juga diletakkan penuh dan ditambah dengan nama ketua tim kami, Ustazah Norhafhizah.

Dan alangkah gembiranya kami apabila pautan untuk menghantar jumlah tempahan buku Lelaki Anugerah Terindah telah dibuka dengan rasminya.

Buku ini adalah buku swaterbit di mana cetakannya bergantung kepada jumlah tempahan. Jadi jangan ketinggalan untuk membuat tempahan awal buku ini ya. 

Buku ini bukan sahaja boleh dijadikan koleksi sendiri malah juga boleh dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan. 

Jika berminat untuk mewakafkan satu set Legasi Abah (12 buah buku) kepada perpustakaan, sekolah atau mana-mana institusi, insyaAllah saya boleh usahakan. 

Cepat hubungi As ya atau tempah terus di pautan di bawah,




Thursday, 22 July 2021

Penulis Tamu Legasi Abah 8 Bukan Lagi Rahsia

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pagi kelmarin kami dari tim Legasi Abah 8 menerima kejutan yang amat manis daripada ketua kami iaitu Ustazah Norhafhizah Suliman. Alhamdulillah, galei kedua buku antologi Lelaki Anugerah Terindah sudah pun diterima untuk semakan. 

Bila sudah terima semakan galei kedua bermaksud semakin dekatlah dengan penerbitan buku antologi  ini. Seronoknya!

Ada lagi berita yang amat menyeronokkan. Nak tahu apa?

Ya, rahsia siapakah penulis tamu untuk tim LA 8 kini bukan lagi rahsia. Semuanya sudah terjawab.

Ustazah Muzayyanah Abdullah.

Siapakah dia?

Beliau adalah seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi di bumi Malaysia hatta telah sampai ke peringkat antarabangsa. 

Beliau juga merupakan pengasas Darul Fawwaz iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai pusat pengajian Islam untuk semua.

Beruntungnya kami kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis hebat dan membaca kisah hidupnya.

Di dalam antologi ini, beliau menulis kisah yang bertajuk Kerana Keringat Bapak.


Nak baca kisah beliau dan penulis-penulis yang lain? Jom tempah buku ini sekarang. Klik saja pautan di bawah.



Wednesday, 30 June 2021

Pendaftaran Semester Baru UniKH Telah Dibuka!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berminat nak menulis buku?

Teringin nak ada buku sendiri? Nak peluk buku sendiri?

Jom lah kita join kursus penulisan di bawah bimbingan penulis tersohor yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin dengan menyertai keluarga Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).

Pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi untuk semester baru UniKH telah pun dibuka. Boleh klik pautan di bawah ya.


Selangkah kaki melangkah ke UniKH semakin dekat kita untuk menggapai impian untuk memeluk buku sendiri. Begitulah juga yang terjadi kepada tim Legasi Abah (8) ini. Semuanya sedang berdebar menghitung hari menunggu terbitnya buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah terbitan Writer's Write.


Wajah-wajah ceria ini juga terpampang dalam buku Lelaki Anugerah Terindah. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini ya.




Hubungi As segera!

Jumpa lagi.

Thursday, 17 June 2021

BKH Legasi Abah - Semakan Galei PDF

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang dah tak sabar nak baca buku Lelaki Anugerah Terindah?

Kalau nak tahu, buku Antologi Legasi Abah dalam proses semakan galei pdf. Alhamdulillah, semua tim telah pun mendapat galei masing-masing. Semakan perlu dibuat sebaiknya agar buku yang dicetak zero kesilapan. Jika ada sebarang kesilapan bolehlah dibuat pembetulan sebelum proses cetakan bermula. 

Nak semak apa ya?

Setiap penulis kena semak karya masing-masing. Pastikan nama penulis, nama abah, nama watak, latar tempat dan sebagainya adalah betul dan tepat. Fakta kena betul ya termasuklah juga tarikh setiap peristiwa (jika ada). Ejaan sudah pastilah kena betul. Baca perlahan-lahan dan buka mata luas-luas ya. :))

Sebenarnya, bila dapat saja galei tu memang saya tak tunggu lama. Terus download masa tu juga. Memang perasaan teruja tu tak terucap dengan kata-kata. Tak sabar nak tengok wajah buku sendiri. 

Bila skrol saja mukasurat pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima... senyuman semakin mekar di bibir. Hati berbunga-bunga melihat buku LA (8) bertemakan warna merah. Dah dapat bayangkan betapa berserinya nanti helaian demi helaian buku Lelaki Anugerah Terindah ini.

Mata terus fokus ke halaman isi kandungan. Ting! Mata terhenti pada karya Puan Sri Diah Shaharuddin. Karya pertama dalam buku ini. Mana karya saya? Tudia, karya yang ke-14. Ya Allah, perasaan tu dah mula bercampur-baur. Karya saya ada di dalam satu buku bersama karya Puan Sri Diah. Kau rasa? Bangga tak terkata kan... Siapa tak kenal Sri Diah kan! Ini sememangnya pengalaman yang sangat berharga buat saya. Peluang yang tak semua penulis dapat kan! 


Sambil kesat air mata, tangan terus skrol laju-laju ke mukasurat 89. MasyaAllah, cantiknya! Gembira tak terkata melihat karya sendiri, ada nama sendiri, wajah saya dan ayah bersatu di halaman pertama karya saya. 


Sumpah sebak gila!!

Ayah...
Tengok ni, wajah dan cerita ayah ada dalam buku!
Mesti ayah bangga dan tak percaya kan!

Terima kasih Mak Sri... Syukur Ya Allah...

Pra tempahan masih dibuka ya. Tempah sekarang!



Nota:
PKP bersambung-sambung, doakan proses cetakan buku Antologi Legasi Abah dipermudahkan ya. Terima kasih :)

Jumpa lagi.

Tuesday, 15 June 2021

Pertemuan Pertama Tim Legasi Abah (8)

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Buat pertama kalinya, tim LA 8 bertemu secara maya melalui Google Meet. Pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat mendapat respon yang baik daripada semua ahli. Berdebar juga nak bertentang empat mata ni, walaupun hanya secara maya.

Perkenalan dengan sahabat-sahabat LA 8 membuatkan lidah saya kelu untuk berkata-kata. Nak kenalkan diri sendiri pun, aduhai... terasa beratnya mulut ni. Tak tahu nak cakap apa. Mana tidaknya, sahabat-sahabat LA 8 semuanya hebat-hebat belaka. 

Seronok sangat apabila mendengar cerita setiap orang. Semuanya mempunyai latar belakang yang amat tinggi dan pakar dalam bidang masing-masing. Ditambah pula dengan cerita dalam bidang penulisan yang sangat mengagumkan. Terasa betapa kerdilnya saya di situ. Tetapi dalam masa yang sama saya berasa amat bertuah dikelilingi insan-insan hebat ni.

Saya ingat lagi pesan Mak Sri Diah,

"Berkawan-kawanlah dengan orang-orang yang sama minat."

Alhamdulillah, seronoknya saya berada dalam keluarga ini.

Pertemuan yang dirancang cuma satu jam menjadi hampir dua jam. Itu baru sesi suai kenal dan perkongsian cerita penulisan masing-masing. Saya pasti masih banyak persoalan yang ingin ditanya, yang ingin dicungkil. Kan... 

Rasa tak puas kan...

InsyaAllah, ada rezeki di lain masa harap kita dapat bertemu lagi ya. 

Sayang semua!

Jumpa lagi.

Friday, 4 June 2021

Kecoh Nak Tukar Langsir Baru!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini pengkarya-pengkarya BKH Legasi Abah kecoh pakat-pakat tukar langsir baru. Bukan anak-anak saja, mak pun semangat tukar langsir.
Tak boleh jadi ni. As pun nak tukar langsir juga la.
PKP ni As memang sibuk daripada biasa. Kerja tak pernah habis. Istilah 'work from home' tu memang tak ada sejak PKP 1.0 lagi. Tapi bila tengok langsir rumah orang bukan main lawa, semangat juga nak buat langsir baru.
Curi-curi masa juga buat ni.
Inilah penangan Siri Antologi Legasi Abah. Ada 12 buah buku kesemuanya. Cepat pra tempah buku anda ya. Klik saja pautan di bawah 👇

Tempah cepat tau 😘


Pra Tempah Buku Anda Sekarang!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sudah tempah buku Antologi Legasi Abah ke belum?
Kalau belum, klik la link kat bawah ni.
Nak wasap pun boleh 👇🏻👇🏻👇🏻


Cepat tau, jangan sampai menangis kat bucu katil 😘😘😘
Jumpa lagi.