Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Thursday, 22 December 2016

Kafe Roti Bakar Kulim Landmark

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hampa mai Kulim? Tak tau nak makan kat mana? Jom kita pi try menu kat Kafe Roti Bakar Kulim Landmark. Kafe ni sudah pastilah terletak di Kulim Landmark Mall. Kat bawah tu ja... dekat dengan Nasi Kandar Hussin.

[KAFE ROTI BAKAR KULIM LANDMARK]

Kafe ni mula beroperasi pada pukul 8am - 10pm dan dibuka setiap hari. Nak datang waktu breakfast, lunch, tea time, dinner atau supper semua boleh. Macam-macam menu ada...

Coffee Time!

Jom kita pi lepak-lepak kat sini sambil pekena Roti Bakar. Memandangkan weolls pi sini coffee time kan... so weolls nak try la roti bakar kat sini. Dengar cerita roti bakar dia sempoi gak. So weolls order set Banana Roti Bakar dan Roti Bakar Telur Omega.  Tak lupa juga Hazelnut Coffee yea. Memang terbaik!

Makan pula dengan BFF sambil berborak panjang... haha... sejam jadi dua jam...

Tambah pula bila tengok cawan yang digunakan tu... klasik sangat kan. Macam cawan dolu-dolu... teringat kampung halaman... Ah, tetiba!




 Dah kenyang, jom kita pi shopping groceries kat Giant.


Okay uolls, kalau mai Kulim jangan lupa cuba menu kat Kafe Roti Bakar Kulim Landmark tau.

Adios!

Saturday, 7 May 2016

Santai Petang Di Taman Tasik Serdang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Santai petang bersama keluarga di Dataran Taman Tasik Serdang Kedah yang terletak betul-betul di Pekan Serdang, sebelah Masjid Serdang yang lama. Petang-petang bersantai kat sini sebenarnya best juga. Ramai juga yang datang malah tak kurang juga ada dua pasang pengantin sedang bergambar kat situ. View kat sini memang cantik, berlatarbelakangkan tasik Serdang. memang sesuai sangat la kalau pasangan pengantin baru nak bergambar kenangan.


We all mai sini just lepak-lepak sambil main roller blade. Walaupun simennya kurang baik untuk bermain roller blade tapi boleh la... kena lebih hati-hati la jangan sampai jatuh. Tapi jatuh juga, luka juga lutut tu. Hehe... Dan yang selebihnya ambil gambar sekeping dua ;)



 


Kawasan ni juga sesuai untuk berjoging. Nanti suatu hari nak mai berjoging kat sini lah. Kena mai pagi-pagi baru tak panas sebab pokok kat sini tak cukup rendang. Mungkin pokok baru tanam. Tapi apa-apa pun sebagai penduduk Serdang saya amat berterima kasih kepada pihak yang berkenaan sebab adakan kawasan rekreasi yang amat selesa ini.

So kawan-kawan yang tinggal di kawasan Serdang dan kawasan sekitar boleh lah bersantai petang di Taman Tasik Serdang. Nak berkelah pun macam menarik juga cuma pastikan kebersihan tempat ni dijaga.

Adios!

Thursday, 14 April 2016

Ladies Lunch Date @Kulim Mall

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ladies Outing kembali lagi. Saya bersama ladies yang gojes dan comey... Cik Lala, Siti, Vani dan Wawa. Kali ni kita buat Lunch Date pula. Macam biasa hari Jumaat sebab hari Jumaat lunch dua jam. So sempat la nak berborak sakan. Kitaorang lepak kat Kulim Mall jer, sebab kat sini ada banyak gerai so ada banyak menu boleh pilih.



Kat sini ada nasi campur, western food, masakan ala thai, goreng-goreng pun ada. Saya tengok ada gerai Laksa Tempurung tapi hari tu tutup pulak. Minuman pun best... lai chi kang dia segar... ais kacang pun sedap. Saya suka ais kacang kat sini sebab tak terlalu manis.


Dah nama pun lunch kan, so kita makan nasi la. Nasi putih bersama tomyam campur. Ada yang makan nasi goreng dan Vani cam biasa la... diet tak habis-habis. Dia makan wedges saja. Tapi semua orang pun pakat pau wedges dia. Sedap bak hang!


Borak-borak dan wefie aktiviti wajib bila berjumpa.



Okay, lepas ni tak tau bila boleh lunch sekali. Tapi tak pe, kalau tak boleh lunch sekali dinner pun boleh juga. Thanks uolls....miss u!

Adios!

Wednesday, 13 April 2016

Team Building At Sedim Riverside Resort

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[21 March 2016]

Q1 Team Building kembali lagi. Kali ini kita pi main ayaq kat Sedim Riverside Resort atau lebih dikenali sebagai Santai Sedim Resort yang terletak hanya 30km dari Kulim. Kira dalam 40 minit pemanduan sahaja.

Team Building kali ini disertai seramai sepuluh orang dari team Penang dan Kulim. Oleh sebab saya seorang saja bunga di samping kumbang-kumbang jadi saya tak perlulah drive. Car pool dengan boss-boss saja. Kami bertolak seawal 8:45am dari Intel Kulim dan sampai di sana lebih kurang pukul 9:45am. Drive slow saja... sebab konvoi kan... relax-relax sambil tengok pemandangan kiri-kanan. Jalan nak pi ke Santai Sedim Resort ni memang senang sangat-sangat. Signboard ada di mana-mana, di sepanjang jalan dan di setiap simpang. Just follow saja... memang tak kan sesat.

Santai Sedim Resort ni rupa-rupanya milik salah seorang ex-boss yang memang saya kenal sangat-sangat. Dah lama tak jumpa En Aziz... masih mesra macam dulu juga. Kira Team Building kali ini macam reunion la dengan En Aziz.


Suasana kat sini amatlah tenang dan damai. Tengok air yang bersih dan jernih tu rasa macam dah tak sabar nak terjun. Memang air dia bersih sangat-sangat. Dan..... sejuk you. Sejuk sangat-sangat.... best kalau dapat berendam kat sini.


Program bermula dengan Ice-Breaking session. Seronok dengar cerita En Aziz tentang Santai Sedim Resort ni. Hmm, kalau saya ada budget besar nak buka resort jugalah. Satu pelaburan jangka panjang yang bijak. Lepas tu kami dibawa melawat kawasan sekitar, siap bawa masuk chalet. Memang best chalet kat sini. Lengkap macam rumah sendiri. Kira selesa lah kalau nak bermalam kat sini.


Lepas tu kita breakfast dulu. Menu kali ini Nasi Lemak dan kuih-muih bersama Teh dan Kopi panas. Makan boleh tambah yea... lagipun dok tunggu ada lagi sorang belum sampai. Sambil makan sambil bercerita.



Okay, sementara tunggu En Zahari kami mulakan aktiviti santai iaitu main air. Wehooo..... syok wooo. It's a hot day, but the water is so cool! Ayaq sejukkk.... rasa macam tak mau naik dah.




Hari dah semakin panas. We are getting ready for the big race! Tubing is coming. Jom jom... kita randok ayaq dulu. Ha ingat senang ka nak randok ayaq naik ke atas, melawan arus pulak tu. Memang guna tenaga yang banyak. But definitely it's nice and cool. Let's enjoy!!



Lepas tu kita start Tubing turun balik sampai ke Santai Sedim. Memang mencabar sungguh la... dok kayuh-kayuh dengan tangan sepenuh tenaga dah tapi tak jalan-jalan juga. Dok heran pasaipa... rupa-rupanya tangan ceq tak sampai... dok kayuh kuat dah tapi dok kayuh kok atas jaa. Mana nak jalan.... Tu la, ni semua pasal pelampung tu la besar sangat. Peluk dia saja pun dak habis tangan. Hahah~



Aktiviti River walking dan Tubing ni ambil masa dalam dua jam juga la. Sampai saja kat Santai Sedim dah dekat pukul 3pm. Perut semua berkeroncong tak ingat. Saya terus bersihkan diri kat chalet. Nasib baik saya sorang jaa, tak payah nak berebut bilik air. Selesai semuanya kita makan dulu. Menu untuk lunch semestinya menu masakan kampung lengkap dengan ikan talapia bakar, ulam-ulaman dan air asam.

Aktiviti diteruskan dengan Team Games. Mula-mula saya rasa they all plan nak buat Tresure Hunt yang lebih mencabar tapi memandangkan masa tak cukup kami buat game simple-simple sahaja. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan kena jawab 10 soalan. Soalan banyak berkisar tentang kawasan Santai Sedim itu sendiri. Setiap jawapan harus disertakan dengan bukti bergambar. Nampak macam senang tapi banyak gak yang tak kena. Hahah~

Team yang menang dapat hadiah Penginapan Percuma untuk satu malam. Okay la tu, boleh bawa family bersantai kat sini! Sebelum balik kitaorang minum petang dulu. Makan bihun goreng apa sikit lepas tu terus balik la. Sampai office lebih kurang pukul 5pm.

Apa-apa pun memang enjoy la. Hilang segala stress kerja yang berlambak tu. Uolls kalau nak buat Team Building boleh rekomen kat boss buat kat sini ;)

Okay, sampai jumpa lagi.

Adios!

Tuesday, 12 April 2016

Santai Sedim Resort, Sedim Kedah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anda berminat dengan aktiviti sukan lasak, water rafting atau menikmati udara bersih dan persekitaran hijau? Apa kata kunjungi Santai Sedim Resort yang terletak di Kampung Ulu Riau, Sedim Kedah, iaitu di tebing arus deras Sungai Sedim kira-kira 2KM dari Sedim Tree Top Walk. Ia hanya 40 minit pemanduan dari kulim dengan jarak 30km.

Santai Sedim Resort merupakan Nature Riverside Resort yang menawarkan perkhidmatan penginapan chalet yang mesra alam dan selamat dengan persekitaran bersih, hijau dan berpagar. Di antara kemudahan di Santai Sedim termasuklah:

  • Chalet
  • Dorm
  • Tandas Awam
  • Wakaf/Pondok Santai
  • Pondok dan Peralatan BBQ
  • Cafeteria
  • Tapak Perkhemahan
  • Padang Rekreasi
  • Dewan Seminar/Dewan Solat
  • Santai Di Tebing Sungai

Selain itu, di sini juga disediakan aktiviti-aktiviti yang amat menarik dan mencabar. Bukan sahaja aktiviti air tetapi juga aktiviti lain. Dan yang pastinya anda akan diguide oleh mereka yang berpengalaman dan terlatih. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah:


  • Tubing
  • Water Rafting
  • Jungle Trekking
  • Mountain Hiking
  • Tree Top Walk Tour
  • Penginapan Chalet
  • Nature Treasure Hunt
  • Team Building
  • Kem Motivasi
  • Family Day
  • Kayaking
  • BBQ

Okay uolls, pastikan Santai Sedim Resort menjadi tarikan seterusnya untuk mengisi hujung minggu anda. Anda pasti enjoy kalau mai sini. Untuk tempahan bolehlah hubungi En Aziz Md Noor di talian 012 402 9131.

Jom kita cuci mata dulu :)













Adios!