Saturday 28 August 2021

Kari Udang Memikat Hati

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini As nak berkongsi resipi Kari Udang Memikat Hati yang menjadi kesukaan As dan Aliff. Senang sangat nak masak kari udang ni. Bahan pun ringkas saja.

Yang penting, ini adalah resipi nenek kesayangan kami.

Bahan-bahan:

  • Udang
  • 1 bungkus rempah kari ikan
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • halba campur
  • daun kari
  • santan
  • 1 camt kerisik
  • sedikit cili padi dan cili hijau
  • garam dan kicap cair


Cara membuatnya:
  1. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumis bersama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit santan. Masak sampai pecah minyak dan hilang bau rempah.
  3. Masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih.
  4. Masukkan udang.
  5. Masukkan cili padi dan cili hijau. (As suka pedas)
  6. Masukkan kerisik, garam dan kicap cair secukup rasa. 



Dah siap. Boleh dihidang bersama nasi putih dan sambal belacan :)

Selamat mencuba ya.

Nota:
  1. Untuk bahan-bahan tumis tu tak perlu letak halia.
  2. Tak perlu masukkan air asam jawa.
  3. Kalau suka pedas, masukkan sedikit cili padi dan cili hijau (last sekali). Kalau tak suka tak apa.
  4. Untuk perasa, As suka letakkan hanya sedikit garam dan selebihnya As guna kicap cair cap ayam piru. :)
Jumpa lagi.

Friday 27 August 2021

[2016] #14 Fit Malaysia Kedah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Fit Malaysia Kedah
22 Oktober 2016
IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah
10KM Finisher

Get Fit For Life!

Best juga join event yang santai-santai ni. Sambil berlari sambil jumpa kawan-kawan.

Selain itu, ada pelbagai aktiviti diadakan di sana. Ada zumba bersama geng Persatuan Senamrobik Kulim dan juga ada jualan barangan sukan seperti kasut dan baju.

Yang bestnya juga, buat pertama kali dapat berjumpa dengan YB KJ.

Tall, dark and handsome gitu...

Yeah!



Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Sudahkah Anda Mengungkapkan Rasa Sayang Dan Cinta?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali. Jika ada sedikit penyesalan, ia adalah suatu rasa yang mencantikkan perjalanan hidup kita. 

Menangisi penyesalan tidak salah, namun tidak dapat mengubah apa-apa.

Hidup harus diteruskan.

Namun, mahu kehidupan yang bagaimana? Sama seperti sebelum ini? Mahu mengundang penyesalan yang sama kembali?

Kita ada pilihan. Pilihlah mahu kegembiraan atau kedukaan. Dunia sudah semakin tenat, takut-takut masa kita hanya sehingga esok saja.

Buka mata. Lihatlah di sekeliling kita. Siapa yang ada di hadapan mata?

Sudahkah anda mengungkapkan rasa sayang dan cinta? 




#quotebyAs

Jumpa lagi.

Friday 13 August 2021

Pemenang GA Aku Dan Kamu | 10 Bloglist

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi



Alhamdulillah...

10 orang blogger yang menjadi pemenang 10 bloglist Giveaway Aku Dan Kamu telah pun As masukkan dalam senarai "Bloglist Best" kat blog As.

  1. https://idakamiliamudzakir.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  2. https://itsthesuraya.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-dia.html
  3. https://iamaslowrunner.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  4. https://syuderis.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-kamu.html
  5. https://www.suriaamanda.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  6. http://www.zukidin.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  7. https://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  8. http://zzzyy.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  9. https://theathra.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html
  10. https://famf-tower.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

Tahniah kepada 10 blogger yang hebat ni. As doakan dengan usaha ini sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan trafik blog sahabat semua.

InsyaAllah.

Jemput singgah blog mereka semua ya.

Untuk senarai penuh pemenang boleh klik ink di bawah.


Jumpa lagi.


Shopee | asdanpakku Shop

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah... bermula akhirnya projek As yang satu ini.

asdanpakku Shop!

Inilah salah satu daripada impian yang telah lama As idam-idamkan. Nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes. 

Nak jual barang apa?

Ha, bukan semua barang ya. Hanya barang-barang yang menjadi kesukaan As saja. Barang-barang yang sesuai dengan minat As.

Apa tu?

Sudah semestinyalah buku, perfume, barang-barang dekorasi Ikea, Kaison, HIG Langkawi, Madam King, barangan kesihatan, produk makanan yang sedap-sedap... Ala, macam banyak pulak...

Hehehe...

Sebab apa kena jual barangan berdasarkan minat dan kesukaan? Sebab nanti kalau customer tanya info tentang barang-barang tu senang As nak jawab. InsyaAllah, as ada ilmu serba sedikit tentang semua tu.

Product knowledge kan penting bagi seorang penjual.

Betul tak?

Buat masa ni baru ada beberapa produk. InsyaAllah As akan tambah dari semasa ke semasa. Produk yang dah sold out pun ada. Huhuhu.... 

Apa-apa pun, doakan semoga perjalanan asdanpakku Shop ini dipermudahkan Allah swt dan mendapat keberkatan-Nya.

Amin.


Jemput singgah dan follow kedai As ya. Sekiranya ada apa-apa pandangan dan cadangan, sangat dialu-alukan. 

Terima kasih daun keladi.

Jumpa lagi.

Tuesday 10 August 2021

Salam Maal Hijrah 1443H

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Salam Maal Hijrah 1443H.

Semoga hari ini adalah permulaan untuk kita meningkatkat amal dan membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Teruslah memandang ke hadapan dan mengejar peluang yang ada di hadapan mata.

Jika kita berkeinginan untuk melakukan sesuatu, inilah masanya. Usah bertangguh lagi. Apatah lagi untuk sesuatu yang baik, yang membawa kebaikan bukan sahaja kepada diri kita sendiri, bahkan juga keluarga dan komuniti di sekeliling kita.

Mulakan sekarang!

Kerana kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan.

Masih jauhkah lagi perjalanan kita? Atau ianya bakal terhenti esok atau lusa?

Wallahua'lam.

Jumpa lagi.

Senarai Pemenang Giveaway Aku Dan Kamu

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan siapakah pemenang Giveaway Aku Dan Kamu. As pun sebenarnya dah tak sabar nak undi ni tapi itulah, As sibuk sangat sejak kebelakangan ni. Badan pun tak berapa sihat, dalam seminggu ni asyik pening kepala saja. Jadi memang tak sempat nak buat.

Setiap hari memang dok teringat saja pasal ni. Maafkan As ya...

Anyway, terima kasih yang tak terhingga kepada 41 orang blogger yang telah menyertai Giveaway Aku Dan Kamu. Dan terima kasih juga di atas kesabaran anda semua. As sangat-sangat menghargainya.

Seperti yang dijanjikan, As mencari 15 orang pemenang untuk memenangi hadiah-hadiah yang telah ditawarkan. Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan applikasi random.org. As akan menggunakan nombor peserta 1 hingga 41 mengikut Senarai Peserta Giveaway Aku Dan Kamu. Boleh semak nombor masing-masing ya :)

Sebelum As umumkan para pemenang, jom kita tengok hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.

Hadiah tidak termasuk sofa strandmon :)

JENG JENG JENG!

Inilah dia senarai pemenang Giveaway Aku Dan Kamu.

Wow, tahniah kepada semua pemenang

Bestnya.... As pun tumpang gembira sama. Dan semestinya As rasa lega sangat bila dah selesai urusan pemilihan pemenang ni. Alhamdulillah.

As akan masukkan pemenang 10 Bloglist yang terpilih ke dalam senarai bloglist As. Bagi pemenang hadiah yang lain, boleh hubungi As (018-404 4132).

TAHNIAH SEMUA!

Jumpa lagi.

Monday 9 August 2021

Keputusan Giveaway Dah Ready!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Untuk pengetahuan semua, keputusan pemenang Giveaway Aku Dan Kamu telah pun ready. As dah siap cabut undian pemenang semalam menggunakan aplikasi random.org.

Hajat di hati nak post entri tu pagi ini.

Namun perancangan Allah swt melebihi perancangan kita. Hari ini As pasti ramai yang berdukacita di atas pemergian saudara kita. As juga masih bersedih.

Jadi As mohon semuanya bersabar ya. As akan umumkan pemenangnya esok pagi.

InsyaAllah.

Jaga diri semua. 

Jumpa lagi.

Al Fatihah Buat Allahyarhamah Siti Sarah Binti Raisuddin

Teks: As Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُÙˆْÙ†
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Kehilangan yang meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua.

Sejak dimasukkan ke hospital, memang saya sentiasa mengikuti perkembangan kesihatan Allahyarhamah Siti Sarah. Sekejap-sekejap buka medsos Shuib, sebab nak tengok perkembangan terkini. Kadang-kadang bila terjaga waktu malam pun, masih melakukan benda yang sama.

Mencari berita perkembangan terkini beliau.

Dan pagi ini, sedang bersiap nak ke pejabat, Aliff panggil dan tunjukkan berita pemergian beliau.

Ya Allah, kelu lidah tidak terkata. Sedih sangat dengan pemergiannya. Pemergian ke negara abadi yang meninggalkan anak-anak yang masih kecil, anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu kandungnya.

Allahu Akbar. Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk  kami.

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. 

Semoga roh Allahyarhamah Siti Sarah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

Tenanglah di sana sayang...

Al Fatihah buatmu. (dibaca)

Teringat orang-orang yang saya sayang. Semoga Allah swt memberi ruang dan kesempatan untuk saya bersatu kembali dan berbakti kepada mereka yang sangat saya kasihi. 

Amin...

Jumpa lagi.

Sunday 8 August 2021

[2016] #13 Penang Bridge Challenge

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Penang Bridge Challenge
08 Oktober 2016
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Penang
10KM Finisher


Event ini diadakan sempena Hari Sukan Negara 10.10. Jadi As pun tak mahu ketinggalan untuk turun padang. Dari awal iklan ni keluar, memang As dan Lina terus register. 

Kenapa?

Sebab baju larian sangatlah cantik. Hihi...

Larian ni diadakan pada waktu malam, berlari di Jambatan Kedua Pulau Pinang. Expectation untuk event ni memang tinggi tapi sayangnya event ni kurang dari segala segi. Nasib baiklah baju cantik, makanan dan minuman yang disediakan juga mencukupi. Jadi kita abaikan sajalah yang tak best tu.

Rezeki di larian lain la tu...

Sabar saja la...



Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.