Showing posts with label TSM Kulim. Show all posts
Showing posts with label TSM Kulim. Show all posts

Saturday, 7 May 2016

Bowling Tournament KRT Taman Seri Mahkota

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[28 April 2016]

Pertandingan Boling anjuran KRT Taman Seri Mahkota kembali lagi. Beberapa kumpulan telah mengambil bahagian terdiri daripada penduduk-penduduk Taman Seri Mahkota. Memang havoc... memang meriah... maklumlah, pertandingan yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

So saya pun tak melepaskan peluang untuk join. Pertandingan ni lebih kepada pertandingan antara lorong Taman Seri Mahkota. Setiap lorong boleh hantar lebih daripada satu team. Untuk lorong 28/2, kami hantar dua team saja. Yang lain sebagai penonton dan penyokong. Tapi ada juga team lain yang ahlinya combine antara lorong. Tapi kita ok saja. Yang penting enjoy...

Macam biasa semua team akan dapat hadiah... hadiah saguhati sampailah tempat pertama. Ada yang dapat hamper, medal dan piala pusingan. Dan macam biasa juga team saya dapat saguhati saja. Hehe.. tapi untuk kategori Jatuhan Pin Terbanyak Wanita dimenangi oleh team dari lorong saya tau. Tahniah ila... lepas ni kena praktis lebih lagi!

Okay, jom saya kongsikan kemeriahan di malam itu.








Adios!

Monday, 11 January 2016

Karnival Sukan Taman Seri Mahkota Kulim 3.0

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[29.11.15]


Karnival Sukan bersama Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim anjuran JPP Jawatankuasa dan Perwakilan Penduduk Zon 7 dengan kerjasama KRT & JIRAN WANITA Taman Seri Mahkota yang super-duper ohsem telah berlangsung dengan penuh meriah. Karnival kali ini disertakan dengan aktiviti Sukaneka, Bola Sepak Antara Lorong, Ceramah Kesihatan, Pertandingan Gubahan Sireh Junjung dan juga Ukiran Buah Tembikai.


Setiap aktiviti mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada anak-anak dan penduduk Taman Seri Mahkota. Semuanya berebut-rebut untuk mendaftar terutamanya bagi aktiviti sukaneka yang mana turut menyediakan hadiah-hadiah comel yang menarik. Terhibur juga melihat gelagat mereka.
Program dimulakan dengan Ceramah Kesihatan oleh Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim. Perkongsian info mengenai kanser, pergigian dan amalan pemakanan sihat amat berguna buat kami semua. Bukan itu sahaja, kami juga turut diberi pemeriksaan gigi secara percuma. 






Sambil periksa gigi, sambil bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kesihatan yang terbabit. Ada yang belek-belek pamplet yang disediakan. Sementara itu, pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah antara lorong pun dah mula, Lorong rumah saya pun turut mengambil bahagian. Go go GLC United. Haha...memang best team GLC United, Johan you....
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Juga sedikit cenderahati kepada pihak Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim. Kali ini program sedikit havoc, sebab ada cabutan bertuah untuk penduduk-penduduk Taman Seri Mahkota. Hadiahnya amat 'mesra' sebab ada kopi, teh, gula, serbuk kari, serbuk kunyit dan macam-macam lagi.

Program tamat pada pukul 5pm. Sebelum pulang, AJK semua macam biasa kena kemas, sapu dan kutip sampah ;)

Adios!

Thursday, 3 December 2015

Karnival Sukan Taman Seri Mahkota Kulim 2.0

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[21.11.15]




Karnival Sukan anjuran JPP Jawatankuasa dan Perwakilan Penduduk Zon 7 dengan kerjasama KRT & JIRAN WANITA Taman Seri Mahkota telah berlangsung dengan jayanya. Setiap barisan AJK mengambil tugas masing-masing. Program yang bermula pada pukul 8:30am dipenuhi dengan anak-anak penduduk TSM yang masing-masing teruja untuk menyertai aktiviti yang disediakan.


Program bermula dengan aktiviti Merentas Desa. Alhamdulillah, aktiviti berjalan lancar walaupun panas terik menujah pandangan mata. Kanak-kanak yang datang berlari bagaikan tidak kenal erti kepanasan. Memang aktif sungguh kanak-kanak ni...




Kemudian program diteruskan dengan Program Pencegahan Kebakaran. Ini adalah aktiviti utama pada kali ini. Ceramah dan demo kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim. Terima kasih diucapkan di atas perkongsian info. Api memang real punya.






Selesai demo kebakaran, program diteruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti Merentas Desa. Happy kanak-kanak ni dapat hadiah dan piala. Walaupun nampak simple tapi bermakna buat mereka.






Program berakhir dengan sedikit jamuan ringan. AJK Jiran Wanita sambung meeting dulu untuk aktiviti seterusnya.


Adios!

Friday, 10 October 2014

Semangat Kejiranan Lorong 28 Taman Seri Mahkota Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak ada entri baru. Bukan tak ada cerita tapi tak sempat nak mengadap laptop. Banyak urusan-urusan lain yang perlu diselesaikan. Tapi hari ini curi-curi masa menulis, sebab teruja nak bercerita tentang semangat gotong-royong yang amat kuat di kawasan kejiranan saya.

Alkisahnya, isnin lepas saya sekeluarga mengadakan kenduri aqiqah anak-anak saudara saya. Bodek punya bodek saya pun setujulah untuk buat kenduri itu di rumah saya. Memandangkan hari itu merupakan hari raya haji ke-2 jadi risau juga takut-takut semua orang balik kampung. Tak ada siapa pula nak tolong masak+potong bawang cabai. Tambahan pula bukan kenduri kecil tapi nak tumbang sekor lembu tu...


Tapi alhamdulillah... berkat kemuafakatan memang ramai yang menghulurkan bantuan. Kiranya segala urusan dilakukan secara gotong-royong. Dari urusan pasang khemah, potong bawang cabai, potong daging, memasak, menghidang, melayan tetamu, basuh pinggan mangkuk, sehinggalah urusan meruntuhkan khemah dan mengemas... semuanya dilakukan bersama-sama keluarga dan jiran-jiran.

Memang terbaik sangat-sangatlah dapat jiran-jiran yang sporting dan ringan tulang. Sehinggakan ada yang memuji kata kawasan kejiranan saya ni memang best dan meriah. Kalau ada kenduri-kendara memang tak perlu risau. Pasti ada yang akan menghulurkan bantuan.






Jadi, jutaan terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada semua yang membantu. Hanya Dia sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih kita buat kenduri lagi tahun hadapan :)

Oh ya, lupa nak cerita. Menu pada hari itu ialah nasi putih + sup daging + ayaq asam parit buntaq + kari ikan + ikan pekasam. Ha.. memang meleleh ayaq liuq. Makan tak hingat... sedap... :)

Salam Sayang ^_^