Wednesday 30 June 2021

Pendaftaran Semester Baru UniKH Telah Dibuka!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berminat nak menulis buku?

Teringin nak ada buku sendiri? Nak peluk buku sendiri?

Jom lah kita join kursus penulisan di bawah bimbingan penulis tersohor yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin dengan menyertai keluarga Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).

Pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi untuk semester baru UniKH telah pun dibuka. Boleh klik pautan di bawah ya.


Selangkah kaki melangkah ke UniKH semakin dekat kita untuk menggapai impian untuk memeluk buku sendiri. Begitulah juga yang terjadi kepada tim Legasi Abah (8) ini. Semuanya sedang berdebar menghitung hari menunggu terbitnya buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah terbitan Writer's Write.


Wajah-wajah ceria ini juga terpampang dalam buku Lelaki Anugerah Terindah. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini ya.




Hubungi As segera!

Jumpa lagi.

Thursday 24 June 2021

Pencarian Bloglist Setengah Tahun 2021

Teks: As Samsudin
Foto: syamimisaad.com

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

As pun dah follow IG mimi. Jemput follow IG as_irvine pula ya.

Terima kasih :)

Jumpa lagi.

Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Teks: As Samsudin
Foto: syuderis.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Hari ini As nak join Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris. Syu Deris ni blogger yang As baru jer follow, then nampak ada segmen terus join la.

Syu mencari bloglist untuk dimasukkan ke dalam blog comelnya. Kita juga kena teka ada berapa banyak peribahasa dalam gambar yang diberi dan nyatakan salah satu peribahasa yang ada. Alamak, jenuh juga nak perah otak ni. Tapi macam seronok pula meneka-neka. Hihi...


As teka ada 13 peribahasa.
"Bagai cendawan tumbuh selepas hujan"

Harap-harap betul lah ya peribahasa As tu.

Jumpa lagi.

Monday 21 June 2021

Best Employee May 2021

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rezeki di hari Jumaat yang mulia (18.6.2021)

Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan!

Ingatlah,

Jangan pernah berhenti melakukan yang terbaik hanya kerana orang lain tidak memberimu penghargaan.

Dan jangan juga berhenti melakukan yang terbaik hanya kerana kamu telah menerima penghargaan.

Tetaplah jujur dan ikhlas dalam pekerjaanmu. Hasil kerja yang hebat apabila kita mencintai apa yang kita lakukan.

RM100... siapa nak bagi kan :)

Jumpa lagi.

Sunday 20 June 2021

Selamat Hari Bapa, Abah!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Abah,
Walau abah tidak banyak bicara,
pengorbananmu besar ertinya.
Walau abah jauh di mata,
namun kasihmu tetap terasa.

Selamat Hari Bapa, Abah!

Aiman & As
Kulim Kedah

Abah mertuaku :)

#happyfathersday2021
#abahmertua

Jumpa lagi.

Selamat Hari Bapa, Ayah!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ayah,
Kau tak pernah lelah,
berpanas, berhujan, semua kau redah.
Tika aku jatuh, kau hulurkan tangan,
tika aku berduka, kau pinjamkan senyuman.

Selamat Hari Bapa, Ayah...
Kaulah Lelaki Anugerah Terindah!

As Samsudin
20 Jun 2021

Selfi bersama ayah :)

#happyfathersday2021
#selfiebersamabapa
#kisahdinterangkat
#ppakterimakasihbapa
#perbadananperpustakaanawamkedah
#kedahlibrary
#runandreadstudio

Jumpa lagi.

Friday 18 June 2021

SD Bakal Bersiaran Bersama SD Esok! (19 Jun 2021)

Teks: As Samsudin
Foto: TV UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Jom semua.

Mulakan pagi Sabtu kita bersama dua ikon penulisan Malaysia 

SD bakal bersiaran bersama SD. Siapa tu?

Siapa lagi, jika bukan Puan Sri Diah kesayangan kami dan SuperDaddy Malaysia, Tuan Khairul Abdullah.

Ayuh, kita sertai mereka bersarapan bersama dalam sesi khas Sarapan Bersama Bapa.

Bermula jam 7 pagi di channel youtube TVUniKH dan FB page UnIKH.

Jangan lupa ya!

Klik ke link berikut untuk info seterusnya. 


Jumpa lagi.

Thursday 17 June 2021

Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist

Teks: As Samsudin
Foto: akukaudansesuatu.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Jom kita join segmen ni. Ain nak cari 10 orang bloglist tu. Mana tahu kita antara yang bertuah kan. Jom la... Klik saja banner di atas.

Jumpa lagi.

BKH Legasi Abah - Semakan Galei PDF

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang dah tak sabar nak baca buku Lelaki Anugerah Terindah?

Kalau nak tahu, buku Antologi Legasi Abah dalam proses semakan galei pdf. Alhamdulillah, semua tim telah pun mendapat galei masing-masing. Semakan perlu dibuat sebaiknya agar buku yang dicetak zero kesilapan. Jika ada sebarang kesilapan bolehlah dibuat pembetulan sebelum proses cetakan bermula. 

Nak semak apa ya?

Setiap penulis kena semak karya masing-masing. Pastikan nama penulis, nama abah, nama watak, latar tempat dan sebagainya adalah betul dan tepat. Fakta kena betul ya termasuklah juga tarikh setiap peristiwa (jika ada). Ejaan sudah pastilah kena betul. Baca perlahan-lahan dan buka mata luas-luas ya. :))

Sebenarnya, bila dapat saja galei tu memang saya tak tunggu lama. Terus download masa tu juga. Memang perasaan teruja tu tak terucap dengan kata-kata. Tak sabar nak tengok wajah buku sendiri. 

Bila skrol saja mukasurat pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima... senyuman semakin mekar di bibir. Hati berbunga-bunga melihat buku LA (8) bertemakan warna merah. Dah dapat bayangkan betapa berserinya nanti helaian demi helaian buku Lelaki Anugerah Terindah ini.

Mata terus fokus ke halaman isi kandungan. Ting! Mata terhenti pada karya Puan Sri Diah Shaharuddin. Karya pertama dalam buku ini. Mana karya saya? Tudia, karya yang ke-14. Ya Allah, perasaan tu dah mula bercampur-baur. Karya saya ada di dalam satu buku bersama karya Puan Sri Diah. Kau rasa? Bangga tak terkata kan... Siapa tak kenal Sri Diah kan! Ini sememangnya pengalaman yang sangat berharga buat saya. Peluang yang tak semua penulis dapat kan! 


Sambil kesat air mata, tangan terus skrol laju-laju ke mukasurat 89. MasyaAllah, cantiknya! Gembira tak terkata melihat karya sendiri, ada nama sendiri, wajah saya dan ayah bersatu di halaman pertama karya saya. 


Sumpah sebak gila!!

Ayah...
Tengok ni, wajah dan cerita ayah ada dalam buku!
Mesti ayah bangga dan tak percaya kan!

Terima kasih Mak Sri... Syukur Ya Allah...

Pra tempahan masih dibuka ya. Tempah sekarang!



Nota:
PKP bersambung-sambung, doakan proses cetakan buku Antologi Legasi Abah dipermudahkan ya. Terima kasih :)

Jumpa lagi.

Wednesday 16 June 2021

SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST

Teks: As Samsudin
Foto: thisni3zahata.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Salam perkenalan ya...

Ini yang bestnya bila join segmen ni. Boleh dapat kawan baru, kenal-kenal dengan blogger-blogger lain sambil kongsi-kongsi ilmu.

Seronok tau...

Nak wish juga Selamat Hari Lahir, semoga dimurahkan rezeki dan terus diberikan idea untuk berkongsi cerita dengan kami.

Jom geng semua, kita join segmen ni. As pun tengok kat post AO :)

Jumpa lagi.

Tuesday 15 June 2021

Koleksi Novel Kreatif NK01 - NK100

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sempena impian nak buat perpustakaan mini yang baru, As nak kemaskini koleksi Novel Kreatif yang ada di rak buku Run & Read Studio.

Boleh klik link kat bawah ni ya.


Bila Run & Read Studio nak beroperasi?

Soalan ni memang ada bunga-bunga cinta tapi dalam masa yang sama memang menyedihkan juga la. Buat masa sekarang, perpustakaan mini saya telah bertapa senyap-sunyi di suatu sudut di dalam bilik. PKP 3.0 bersambung lagi sehingga 28 Jun kan. Construction field memang tak boleh nak beroperasi. Jadinya lambat lagi la boleh start renovation untuk perpustakaan saya tu.

Sedih, memang sedih...

Tapi nak buat macamana kan, sabar sajalah. Ada la hikmahnya tu. Apa-apa pun, saya memang dah tak sabar nak setup Run & Read Studio saya tu.

Kalau nak tahu, ada beberapa projek di minda yang dah mula berkicau-kicau di tepi telinga. Projek kecil-kecilan yang mampu membuatkan rama-rama kecil menari-nari riang.

Projek apa tu ya? Ada la... :)

Stay tune ya semua Ulat Buku!

Jumpa lagi.

Pertemuan Pertama Tim Legasi Abah (8)

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Buat pertama kalinya, tim LA 8 bertemu secara maya melalui Google Meet. Pertemuan yang dirancang dalam masa yang singkat mendapat respon yang baik daripada semua ahli. Berdebar juga nak bertentang empat mata ni, walaupun hanya secara maya.

Perkenalan dengan sahabat-sahabat LA 8 membuatkan lidah saya kelu untuk berkata-kata. Nak kenalkan diri sendiri pun, aduhai... terasa beratnya mulut ni. Tak tahu nak cakap apa. Mana tidaknya, sahabat-sahabat LA 8 semuanya hebat-hebat belaka. 

Seronok sangat apabila mendengar cerita setiap orang. Semuanya mempunyai latar belakang yang amat tinggi dan pakar dalam bidang masing-masing. Ditambah pula dengan cerita dalam bidang penulisan yang sangat mengagumkan. Terasa betapa kerdilnya saya di situ. Tetapi dalam masa yang sama saya berasa amat bertuah dikelilingi insan-insan hebat ni.

Saya ingat lagi pesan Mak Sri Diah,

"Berkawan-kawanlah dengan orang-orang yang sama minat."

Alhamdulillah, seronoknya saya berada dalam keluarga ini.

Pertemuan yang dirancang cuma satu jam menjadi hampir dua jam. Itu baru sesi suai kenal dan perkongsian cerita penulisan masing-masing. Saya pasti masih banyak persoalan yang ingin ditanya, yang ingin dicungkil. Kan... 

Rasa tak puas kan...

InsyaAllah, ada rezeki di lain masa harap kita dapat bertemu lagi ya. 

Sayang semua!

Jumpa lagi.

Friday 11 June 2021

Berakhirlah Syawal 1442H

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenangan Syawal ke-2

Baju raya baby blue hadiah daripada mama mertua..
Terima kasih Mama 

Hari ini berakhirlah Syawal 1442H. InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi Syawal seterusnya. Sebagaimana kita merindukan bulan Ramadan, begitu juga kita akan merindui kemeriahan bulan Syawal. Betul tak?

Selalunya, bila terasa rindu suasana raya As akan mula teringin makan macam-macam juadah raya. Biasanya rendang dan ketupat la. Kalau dah teringin tu, terasa-rasa kat mulut. 

Macam minggu lepas, tiba-tiba sahaja teringin makan ketupat bersama rendang. Awal-awal pagi sudah telefon nenek minta resipi Rendang Cili Padi. Pertama kali cuba resipi nenek ni. Selalu nenek yang masak, saya pandai makan saja.

Tapi kali ini, cuba masak sendiri pula. Alhamdulillah, menjadi juga rendang ni. Sedap sampai menjilat jari. Eh, sendiri puji pulak.


Nanti di lain entri saya kongsikan resipi Rendang Cili Padi Nenek ni ya.

Jumpa lagi.

Jom Kita Wakaf Buku!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Jom kita wakaf buku!

Dua tiga hari lepas, saya ada ternampak status seorang sahabat penulis di facebook mengajak kita semua turut serta dalam program wakaf buku. Alhamdulillah, satu idea yang amat menarik kan. Wakaf buku ini bagi saya adalah satu peluang yang amat terbaik untuk saham akhirat.

Wakaf buku ini bukan sahaja menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk beramal malah dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menimba ilmu sekaligus dapat memupuk masyarakat berilmu.

Buku bukan sahaja sesuai untuk diwakafkan ke perpustakaan sekolah malah juga sesuai untuk masjid, surau, rumah anak yatim atau lain-lain institusi. InsyaAllah, ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah swt kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Bila kali terakhir saya wakaf buku?

Dua tahun lepas... masa tu saya buat sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah lama saya iaitu SMK Serdang Kedah. Saya ingat lagi waktu itu saya siap ajak ayah saya lagi untuk teman. Maklumlah, saya ni pemalu orangnya. Malu nak jumpa cikgu-cikgu lama saya.

Yang bestnya masih ada staf pejabat yang kenal saya. Terasa kembang la sekejap. Hahaha... Kat sana saya terus berjumpa dengan Guru Penasihat Perpustakaan, Puan Siti Hajar. Saya bukan sahaja wakafkan beberapa buah novel dan buku umum malah saya turut selitkan sebuah buku Antologi pertama saya yang memuatkan karya kecil saya.

Sempat juga la ambil gambar kenangan bersama beliau. Gambar ni pun ayah saya yang tolong snapkan. Memang supportive sungguh ayah saya kan. InsyaAllah, nanti bila buku kedua saya iaitu Antologi Legasi Abah dah terbit bolehlah rancang untuk wakafkan lagi. Buku kali ini cerita tentang ayah saya, siap ada gambar ayah lagi dalam buku ni. Mesti ayah saya teruja!


Berminat nak wakafkan buku Antologi Legasi Abah?

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mewakafkan buku Antologi Legasi Abah ke perpustakaan sekolah bolehlah hubungi saya ya. Buku ini memuatkan karya-karya hebat penulis bersama ayah masing-masing. InsyaAllah, buku yang baik pastnya akan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Jangan malu dan jangan segan, hubungi saya ya. Semoga niat baik kita ini diberkati Allah swt. Amin.

"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Jumpa lagi.

Thursday 10 June 2021

Header Baru!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Blog dah ada header baru!

Hahaha... nak tukar header pun ambil masa juga. Nampak macam senang tapi nak buat tu susah juga rupanya. Tambahan pula kalau kita tak cukup kreatif kan. Nak dapat idea yang menarik dan unik tu memang tak mampu la.

Jadinya kita reka ikut kemampuan dan kreativiti kita sahaja.

Tapi kalau nak tahu, sebelum dapat header yang memuaskan hati dan rasa dah cukup cantik tu, jenuh juga lima enam kali tukar. Mula-mula rasa cantik dah, bila masukkan dalam blog nampak tak cantik pula. Kemudian tukar lagi. Memang berkali-kali tukar dan edit juga la sampai la puas hati.

Maklumlah, kita bukannya macam orang lain yang mahir dalam bidang rekacipta ni. Ini pun rezeki sebenarnya bila berada dalam kalangan keluarga Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH). Banyak sangat ilmu baru yang saya dapat. Header ni pun hasil daripada ilmu dan tunjuk ajar pensyarah-pensyarah dan sahabat-sahabat UniKH. Macam-macam boleh buat dah sekarang. Poster, video, banner... 

Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak tim UniKH. Minta halal ya semua ilmu ni. Kalau kawan-kawan nak join UniKH jom la. Pengambilan pelajar baru dah nak buka tau. Kalau berminat boleh hubungi As ya.

Jumpa lagi.

Monday 7 June 2021

Selamat Hari Pustakawan Malaysia 2021

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


6 Jun 2021
Selamat Hari Pustakawan Malaysia

Selamat Hari Pustakawan saya ucapkan kepada semua Pustakawan di seluruh negara terutamanya kepada guru-guru penasihat Perpustakaan dan adik-adik pustakawan SMK Serdang Kedah. Tema pada tahun ini ialah "Memajukan Bangsa."

Peranan Pustakawan bukan setakat menjaga buku-buku malah mereka sebenarnya menghadapi cabaran yang lebih luas dan perlu sentiasa bersedia menghadapi norma baru demi memajukan bangsa dan tanahair tercinta.

Saya dan perpustakaan berpisah tiada. Istilah ini sangat besar ertinya. Perpustakaan adalah jiwa saya. Tiada perpustakaan terasa kosong jiwa. Saya pasti ramai yang tahu tentang perpustakaan mini di rumah saya. Bukan sahaja untuk bacaan sendiri dan keluarga, malah suatu ketika dahulu ianya dibuka untuk masyarakat setempat.

Walaupun konsepnya secara sewa, namun ia mendapat sambutan yang amat baik daripada rakan sekerja, kawan-kawan dan kawasan kejiranan. Tapi kini sudah lama ia tidak beroperasi. Kekangan masa adalah penyebabnya. Namun hasrat untuk membuka kembali perpustakaan mini ini tidak berkubur begitu sahaja. 

Dahulunya, perpustakaan mini saya ini dikenali sebagai D'Rauna Gallery. Kemudian bertukar nama kepada Book Station. Dan kini, saya memasang impian untuk perpustakaan mini yang baru. InsyaAllah ada rezeki saya nak ubahsuai bahagian depan rumah saya. Nak buat satu bilik untuk perpustakaan. Nama baru pun dah ada iaitu Run & Read Studio.

Kenapa Run & Read Studio?

Sebab As dan Run & Read berpisah tiada. Cewah.... Bilik satu saja, sebelah kita buat bahagian untuk buku, sebelah lagi untuk cerita larian saya. Doakan semoga impian saya untuk membuka kembali perpustakaan mini berjalan lancar ya. 

Okeylah, jom saya kongsikan perpustakaan mini saya yang sering bertukar wajah ini. Bila tengok balik rasa kelakar pula. Tapi inilah kenangan kan :)








Jumpa lagi.