Showing posts with label Tips Melancong. Show all posts
Showing posts with label Tips Melancong. Show all posts

Saturday, 6 February 2016

Part 4: Big Red Strawberry Farm, Cameron Highlands

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[ BIG RED STRAWBERRY FARM]

Okay, dah puas belek-belek kaktus kat Cactus Point, jom kita melawat Big Red Strawberry Farm pula yang juga terletak di Brinchang. Big Red Strawberry Farm ni terletak bersebelahan dengan Cactus Valley. Oleh sebab kita dah pi Cactus Point, jadinya tak masuk la kat Cactus Valley. Benda sama ja kot. Kan kan....Mungkin lain kali la kita singgah Cactus Valley.

Big Red Strawberry Farm ni juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism. Kira tempat wajib singgah juga ni. Ini pun tarikan terbaru yang ada kat Cameron Highlands. Jalan nak masuk ke sini boleh tahan jugalah. Nak buat macamana kan, dah nama pun kawasan tanah tinggi, so memang kena naik tinggilah. Nasib baik lah berani drive, nasib baiklah kereta auto. Hahaha~

Kat sini pun terdapat pelbagai spesies pokok bunga yang ditanam secara sistematik. Kira cantik tersusun dan berwarna-warni. Ambil gambar kat sini memang best la sebab background cantik. Macam saya cakap sebelum ni, kita pun tetiba jadi cantik. Hahah~



Dah nama pun Big Red Strawberry Farm kan. So kita boleh petik buah strawberry segar kat sini. Bukan itu sahaja, ada banyak replika buah strawberry kat sini. Kecil besar semua ada. Apa tunggu lagi... kita posing dulu!!




Dah penat jalan-jalan, kita berehat dahulu relaks-relaks kat cafe yang disediakan. Menu yang ada kat cafe ni memang best.Macam-macam ada dan taste pun okay. Harga tak perlu ceritalah, memang standard harga untuk kawasan perlancongan. Siap sedia duit sahaja, bukan selalu mai sini kan. Yang penting kita enjoy :)





Dah puas jalan-jalan, tiba masa untuk merehatkan diri. Singgah kat satu-satunya masjid yang ada kat Pekan Brinchang. Selepas selesai urusan, kita jalan kaki ronda-ronda kat pekan cari baju t-shirt sorang selai. Shopping t-shirt kat Brinchang Central Market jer. Tak jauh dari masjid tu....

Pastu singgah Astaka kat area bawah Central Market. Lepak kat situ sambil menjamu selera. Sup daging dan tomyam campur sedap juga kat situ. Makan dengan nasi putih. Sebelum turun kita singgah masjid sekali lagi selesaikan urusan dahulu sebab nanti turun mesti dah senja kan.

Hajat di hati nak singgah Ladang teh tapi dah lewat sangat, semua dah tutup. Tak pe, lain kali mai Cameron Highlands kita pi ladang teh dulu. Okay uolls, percutian Sehari Di Cameron Highlands berakhir di sini. Semoga cerita saya ni sedikit sebanyak memberi info kepada uolls semua.

Adios!

Friday, 5 February 2016

Part 3: Cactus Point, Cameron Highlands

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[ CACTUS POINT, BRINCHANG]

Ha mesti uolls dah terjatuh hati dan tak sabar nak pi Cameron Highlands kan lepas tengok betapa bestnya kalau dapat pi Kea Farm Brinchang tu. Ok tak pe, lepas ni plan elok-elok yea. Hehe... Jadi jom kita sambung perjalanan Sehari Kita Di Cameron Highlands.

Kali ni kita pi terjah Cactus Point pula yang juga terletak di Brinchang. Tak jauh dari Kea Farm, memandu dalam 10 minit sahaja. Kat sini masuk secara percuma yea. Nak parking pun senang, kawasannya memang luas dan selesa.


Cactus Point ni merupakan nurseri kaktus yang tidak kurang hebatnya. Mungkin ianya kecil sedikit kalau nak dibandingkan dengan Cactus Valley tetapi bagi saya ianya cukup untuk kita melihat keunikan pokok-pokok kaktus yang pelbagai rupa dan bentuk di samping belajar tentang sifat pelindung yang ada pada pokok kaktus.


Ha, betul ke kaktus ni bersifat melindungi? Entah la tapi bagi saya, "Biarpun kau berduri tapi kau bersifat melindungi". Ewahhh....

Okay, sambung cerita. Bukan setakat pokok kaktus malah ada pelbagai spesies pokok bunga yang turut dijual. Macam-macam jenis ada termasuklah pokok bunga kesukaan saya iaitu Orkid. Cantk-cantik orkid yang ada. Macam-macam kaler.






Selain itu, turut dijual pelbagai jenis pasu bunga hiasan, kecil besar semua ada. Rambang mata melihatnya. Dah beli kaktus, jangan lupa pula beli tempat letaknya. Pelbagai rekaan ada, memang best belek. Belek-belek pun terbeli juga. Hahah~

Okay, dah puas cuci mata tengok pokok kaktus, kita berehat dulu makan ais krim. Jumpa lagi nanti di Part 4.

Adios!

Thursday, 4 February 2016

Part 2: Kea Farm Brinchang, Cameron Highlands

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[KEA FARM, BRINCHANG]

Okay, kita teruskan perjalanan kita Sehari Di Cameron Highlands. Lepas puas lepak dan bergambar kenangan kat Cameron Lavender Garden, we all singgah kat Kea Farm, Brinchang pula. Kira terus drive menuju ke atas la.

Mengikut maklumat yang terdapat dalam Carian Google,
Kea Farm is an agricultural district in Cameron Highlands, located 3km north of Brinchang town or 3km before Tringkap. Its central feature is a vegetable market along the main road - a popular shopping destination for visitors on weekends. Perched on a plateau next to Copthorne Hotel (formerly Equatorial Resort), traders and farmers sell the best of their crops and goods here from morning till evening, including greens, corn, strawberries, flowers, souvenirs, honey and more. As the market nears closing time, look for great bargains on perishable stock. Some tourist attractions that lie within the vicinity include Rose Center, Ee Feng Gu and Butterfly Garden.
Sumber: http://www.cameronhighland.net/kea-farm.htm
Kea Farm ni kira macam pasar yang menjual pelbagai jenis sayur-sayuran, buah-buahan, barangan cenderahati, bunga-bunga segar dan macam-macam lagilah. Kalau nak beli buah strawberry pun ada, elok-elok buahnya dan harga pun ok. Kawasan ni memang sendat dan padat. Maksud saya memang jem la. Nak lalu dengan kereta tengah-tengah pasar tu memang memerlukan kesabaran yang tinggi.


Parking memang susah sikit. Saya tengok ramai yang parking tepi-tepi jalan sehingga mengganggu laluan. Ada yang berhenti sekejap kat tepi-tepi tu sehinggakan polis trafik mai la. Sebenarnya ada parking yang disediakan iaitu kat aras bawah Kea Garden. Kena lalu tengah-tengah pasar tu terus menuju ke belakang. Laluan masuk ke parking agak tersorok sikit tapi jangan risau, ada orang jaga kat situ.

Laluan ke aras bawah tu memang menakutkan sikit. Kalau kereta yang dah make up cantik bagi skirt bagai tu fikir dulu lah sebelum masuk laluan parking. Sebab kalau dah masuk tak boleh patah balik. One way ok. Masuk laluan lain keluar kok lain. Kereta yang rendah tu memang boleh sangkut la... Alahai, habih calar kot!!

Aktiviti utama kat sini semestinyalah shopping menghabiskan duit. Tapi tak adalah membazir, beli yang perlu sahaja. Benda wajib beli semestinyalah jagung dan ubi keledek. Saya suka ubi keledek merah/ungu tau. Siap beli yang dah siap rebus. Sedap sangat tau.



Pastu beli buah strawberry sebab dah tak sabar nak makan. Tunggu nak pi tempat petik tu lambat sangat. Okey juga buah kat sini, pilih yang merah masak ranum. Baru manis! Kalau boleh cubalah Strawberry Coklat Celup kat Kea Garden tu. Sedap!!


Selain shopping kat pasar yang ada jual macam-macam barang tu, macam biasa bab wajib adalah pose sana-sini. Kat sini ada tempat yang dipanggil Kea Garden. Kea Garden ni memang dihias cantik dengan pelbagai jenis bunga berwarna-warni. Memang cantik sangat-sangat tak tau nak habaq la. Kalau ambil gambar kat sini, kita pun tetiba terus jadi cantik. Hahah~



Okay, jom cuci mata tengok gambar kami. Jangan jeles yea...







Kita jumpa nanti di Part 3.

Adios!

Part 1: Cameron Lavender Garden, Cameron Highlands

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom kita pi jalan-jalan Cameron Highlands. Cerita tahun lepas nih. Tapi who care kan. Janji saya happy, uolls yang baca pun happy. Muahciked!!

Okay, December month sememangnya merupakan masa untuk pergi bercuti bersama keluarga. Memandangkan RM jatuh teruk jadi kita pi Cuti-Cuti Malaysia sajalah. Trip ke CH ni memang tak plan awal, bila kakak saya kata nak pi Cameron, saya pun nak ikutlah! Kita orang pergi pada hari bekerja. Sengaja pilih hari biasa sebab kononnya nak elak jem. Tapi memandangkan cuti sekolah jadi jem jugalah sikit. But still okay sebab we all bertolak awal pagi.

Lepas Subuh jer we all terus bertolak dari Kulim, guna jalan Serdang menuju ke Bandar Baharu. Jalan terus sampailah keluar Simpang Pulai. Dalam pukul 8am kami singgah breakfast kat kedai makan tepi jalan kat area Simpang Pulai. Susah juga nak cari kedai makan pagi-pagi, jumpa kedai ni satu jer. Tapi ada macam-macam menu. Nasi lemak, nasi goreng, bihun, mee, roti canai dan macam-macam lagilah. Makan lebih sikit senang boleh tahan sampai petang. Hehe...

Dan perjalanan pun diteruskan. Dari Simpang Pulai terus ke CH mengambil masa kira-kira 1.5jam. Sebab bawa slow saja sambil menikmati pemandangan gunung-ganang di sepanjang perjalanan. Cuba juga intai-intai orang asli tapi tak terserempak pula. Mungkin pagi-pagi semuanya sibuk di kebun. Hahah~

Sebelum pi memang dah buat senarai tempat-tempat yang nak singgah. Pilih tempat-tempat yang best saja dan tempat yang tak pernah pergi lagi sebab ini adalah trip yang singkat. Kita orang pi satu hari saja, Mungkin tajuk tu lebih sesuai Sehari Di Cameron Hinglands, tapi tak apalah...eh eh...

Dan nak habaq kat sini, saya perasan cuaca kat Cameron ni semakin sejuk berbanding 3-4 tahun lepas. Kira memang kena pakai baju sejuk sedia la. Tapi memang best la kan, ini baru Cameron. Heheh..

[CAMERON LAVENDER GARDEN]

Destinasi pertama semestinyalah Cameron Lavender Garden yang terletak di Tringkap. Memang jumpa tempat ni dulu. Tepi jalan sahaja, memang nampak dari jauh. Cameron Lavender merupakan tarikan terbaru di CH. Kalau uolls pi sini mesti jatuh cinta punyalah. Cantik sangat baq hang. Sapa tak singgah memang rugi bebenor.


Oh, ya! Lupa nak cerita. Ada entrance fees ya kengkawan. Untuk dewasa RM6 dan untuk kanak-kanak RM4. Aktiviti utama kat sini semestinyalah bergambar kenangan. Ada banyak port yang teramat cantik kat sini. Kira semua tempat pun cantiklah. Memang semua tempat pun rasa nak bergambar kenangan. Yang paling saya suka port yang ada bunga yang disusun pelbagai warna. Memang teramatlah jatuh cinta.


Selain itu, ada juga jualan barang cenderahati. Banyak kedai-kedai yang menjual beraneka jenis barangan. Pandai-pandai la korang minta tawar. Bagi saya barang-barang kat sini cantik-cantik, mungkin tempat baru jadi barang pun barang baru la. Harga sama sahaja macam kat luar, bezanya uolls kena pandai tawar-menawar.



Kat bahagian atas pula ada Self Pick Strawberry. Saya lupa nak check harga sebab tak nampak orang yang jaga pun. Mungkin sebab ramai sangat orang sampai tak perasan yang mana satu. Kat atas pun boleh cuci mata tengok bunga-bunga segar yang perbagai jenis dan warna. Memang cantik sangatlah. Penuh berwarna-warni.



Selain itu, terdapat juga cafe kat bahagian atas tempat ni. Saya tak try menu dia, so tak sure okay ke tak. Nampak macam ada kek juga...

 

Okay, selamat mencuci mata tengok gambar-gambar kitaorang kat Cameron Lavender Garden yang berbunga-bunga. Purple here and there. Memang rekomen sangat untuk uolls singgah.



Jumpa lagi di Part 2.

Adios!