Showing posts with label Kelab Alaf21. Show all posts
Showing posts with label Kelab Alaf21. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

Kejohanan Bolingku Bolingmu Jua 3.0

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[14 November 2015]

[Kejohanan Bolingku Bolingmu Jua 3.0 Lepak-lepak Novelis & Novelholic 2015]


Yup, dah dua minggu berlalu namun kenangannya masih segar di ingatan. Kejohanan kali ke-3 ini diadakan di Arl Powerbowl Alamanda Putrajaya. Ni first time saya join event ni, biar jauh beribu batu tapi tetap sanggup terbang demi Kelab Alaf21 yang tersayang. Cewahh!!

Program anjuran Kelab Alaf21 yang bertemakan 'Hitam Putih' ini bukan hanya menyaksikan pertemuan Novelis dan Novelholic, bercanda dan beramah mesra sambil berboling bersama, malah lebih daripada itu ia adalah kejohanan berboling sambil beramal. Semua yang hadir berpeluang untuk menyumbang kepada seorang pesakit SLE iaitu Mariyam Bibi Binti Kassim Khan. Ya, semoga sumbangan kecil ini dapat membantu meringankan beban saudara kita ini. InsyaAllah.

Berbalik kepada cerita Boling kita, setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang Novelholic bersama seorang Novelis. Kalau nak diikutkan team saya sekali dengan kak Aisya Sofea tapi memandangkan kak Aisya Sofea tak dapat hadir, jadi team saya dah pun dirombak sana sini dan hasilnya inilah dia...saya berboling bersama artis popular tahun 90an, Abang Shafie dari kumpulan Rio yang dulunya popular dengan lagu Layu Di Hujung Mekar. Lagu ni memang saya minat tau... cer dengar skit....


Selain A. Shafie, Kak Ogy, Fatah & Asyraf juga dalam team saya. Kira team ni tak ada Novelis la... tapi tak pe... yang penting enjoy. Tapi kalau nak diikutkan la... team saya ni team yang paling pendiam dan pemalu. Semua pun malu-malu kucing, tak de nak riuh-rendah cam team lain. Hehe...


Habis berboling, acara penyampaian hadiah pula. Team saya dapat no 9 jer... ok la tu... bukan nak berlawan sangat pun. Just nak 'Meet & Greet' jer kan... tapi ok la... ada juga medal dan cenderahati untuk kenangan.


Yang paling penting dapat jumpa Novelis kesayangan dan dapat beramah-mesra dengan Novelholic yang lain. Ada yang dah lama kenal tak kurang juga ada yang tak pernah jumpa sebelum ni. Namun masing-masing sporting dan friendly.





Lepas habis jer program saya terus bergegas ke KLIA2 fly ke Penang. Bye semua, kita jumpa lagi di Kejohanan Bolingku Bolingmu Jua 4.0. InsyaAllah :)

Adios!

Thursday, 21 August 2014

Majlis Hari Raya Kelab Alaf21

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 17 Ogos yang lalu, Kelab Alaf21 telah mengadakan Majlis Hari Raya Adilfitri bertempat di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Majlis yang pertama kalinya ini diadakan bukan sahaja untuk meraikan ahli kelab yang juga pembaca setia novel Alaf21 tetapi juga turut mengumpulkan para novelis dan editor Alaf21.

Majlis ini bermula pada pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Semua yang hadir bergaul mesra bagaikan sebuah keluarga. Kemesraan yang terjalin antara pihak karangkraf, novelis, editor dan ahli kelab Alaf21 membuktikan bahawa terdapat hubungan yang erat antara satu sama lain sejak sekian lama.

Dalam majlis yang sama, Presiden Kelab Alaf21, Encik Norden Mohamed mengumumkan bahawa Majlis Hari Raya ini akan dijadikan majlis tahunan kelab. Dan perjumpaan ahli kelab akan diadakan empat kali setahun. Wah, memang menarik.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak Karangkraf terutamanya kepada team Alaf21, para editor dan novelis kerana sudi meraikan kami pembaca setia novel-novel Alaf21.

Semoga bertemu lagi ^_^