Tuesday 14 December 2021

Manuskrip BKH Jodoh Cinta Sudah Hantar

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



28 November 2021.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang memudahkan segala urusanku.

Setelah berhempas-pulas memerah otak akhirnya karya terbaru saya telah menemui titik nokhtah. Karya cinta yang akan dimuatkan dalam buku Antologi BKH Jodoh Cinta 2022.

Sebelum ini memang suka memuat naik status yang berbunga-bunga cinta tapi bila kena tulis karya berdasarkan kisah jodoh pertemuan #Asaliff, jenuh juga nak susun kata-kata.

Pada mulanya cemas juga bila mengingatkan tarikh penghantaran karya yang semakin hampir iaitu pada 26 November (tarikh asal) sedangkan karya bukan sahaja belum siap sepenuhnya bahkan pening dengan proses editing. 

Manakan tidak, baru separuh jalan menaip jumlah patah perkataan sudah melimpah ruah. Memang pening nak edit tu.

Tapi alhamdulillah, mak Sri Diah memang seorang yang amat memahami gelodak jiwa anak-anaknya. Dek kerana sayang, mak lanjutkan juga tarikh sehingga 28 November. Terima kasih mak yang cantik jelita.

Akhirnya berjaya juga siapkan karya jodoh cinta Pelari Misteri dan Turtle Runner. Dan alhamdulillah dapat juga hantar mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Lega.

Nantikan kisah #Asaliff dalam Antologi BKH Jodoh Cinta 2022.

Jumpa lagi.

Friday 10 December 2021

Semester 002 Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH)

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masa semakin galak mencemburui kita.

Pantasnya masa berlalu. Sedar tak sedar Semester 002 Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH) telah berjalan selama dua bulan.

Kuliah satu hingga kuliah 18 telah pun selesai. Masya-Allah, terlalu banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah hebat UniKH bersama Rektor kesayangan, Mak Sri Diah Shaharuddin.

Ironinya, setiap kali bermulanya perjalanan penulisan buku antologi kisah hidup, ketenangan emosi saya berkocak. Dengan keadaan persekitaran yang tidak membantu, banyak kerja-kerja penulisan yang tertangguh.

Major renovation untuk Rumahku Syurgaku. Dahulu, semasa penulisan manuskrip Legasi Abah, kerja-kerja pengubahsuaian berlaku di bahagian belakang. Dan kini, selepas PKP, kerja-kerja pengubahsuaian bersambung pula di bahagian hadapan.

Banyak urusan yang menuntut perhatian. Bukan saja dari segi pemilihan kontraktor bahkan saya turut terlibat secara langsung dalam pemilihan bahan dan rekabentuk rumah idaman. 

Mana nak buat design tingkap, nak pilih pintu, nak pilih lantai jubin, siling, dan yang paling teruja adalah proses perincian rekabentuk untuk mini perpustakaan saya.

Kepenatan fizikal berjangkit ke mental. Apa taknya, penuh satu rumah dengan habuk dan debu. Dunia saya hanya di dapur dan bilik. Hidup bagaikan merempat.

Jiwa kacau!

Namun, dalam kesibukan yang bukan sedikit, saya bersyukur kerana masih mampu mengikuti semua kuliah yang telah ditetapkan. Walaupun ada kalanya wujud video-video nakal hasil intipan suami, namun saya tetap setia di kerusi sehingga kuliah selesai.

Perjalanan Semester 002 saya dalam mood berbunga-bunga. Tema BKH Jodoh Cinta membuatkan hati bercanda seirama. Teruja kerana berpeluang untuk menggarap kisah cinta terindah anugerah daripada Yang Esa. Kisah cinta Asaliff yang penuh dengan seribu satu cerita suka duka.

Nantikan kisah #Asaliff dalam Antologi BKH Jodoh Cinta 2022.

Jumpa lagi.

Tuesday 23 November 2021

Manuskrip Baru 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


23.11.2021...

Baru 50% cerita, belum lagi sampai tahap karya yang diinginkan. Tapi dah 900 patah perkataan.

Macamana tu?

Jomlah kita ulangkaji nota-nota kuliah Sem002 Universiti Inspirasi Kisah Hidup. Pasti ada jalan penyelesaiannya.

#bkhjodohcintaAs
#akudankamu
#kisahasaliff
#bukuantologi2022

Jumpa lagi.

Monday 25 October 2021

Lelaki Anugerah Terindah Pulang Ke Kampung Bertemu Ayah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


17.10.2021

Jom balik kampung.

Alhamdulillah, kali pertama balik ke kampung setelah kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri. Kali ini kepulangan yang amat istimewa. Pulang membawa bersama Antologi Lelaki Anugerah Terindah untuk diperkenalkan kepada ayah tersayang.

"Wah, gambar ayah pun ada. Hang cerita ni betul ka?" komen ayah sambil menyelak helaian demi helaian buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah.

"Kalau nak cerita pasal ayah, 15 tahun pun tak habis," ayah menambah lagi. 

Amboi ayah, bacalah dulu....

Aik, dan-dan tu pula ayah terus baca. 

Tak, tak... Ayah kena posing dulu dengan buku ni. Satlagi baru baca.

Ayah pun ikut sahaja permintaan anak. Tapi dalam kita sibuk nak ambil gambar pun sempat lagi ayah baca halaman pertama karya As tu.

Ayah oh ayah.




Jumpa lagi.

Friday 22 October 2021

Lelaki Yang Ditunggu-tunggu Sudah Sampai!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


15.10.2021
6.30pm

Pulang dari kerja...
Sebaik sahaja kaki kananku melangkah masuk ke rumah, mata terus terpaku ke arah satu bungkusan hitam yang telah sedia menungguku di muka pintu. 


Bibir terus mengorak senyuman.

Memang dari pagi lagi sudah kecoh di grup wassap adik-beradik Legasi Abah ( 8 ) berkongsi khabar gembira bahawa buku yang ditunggu-tunggu dah sampai. Jadi bila tengok saja bungkusan hitam tu memang dah tahu barang apa.

Tak tunggu lama dah, laju saja tangan tu buka bungkusan. Tak sabar dah kan nak peluk buku Lelaki Anugerah Terindah. Tak sabar juga nak menikmati bau buku-buku baru. 

Bila dah dapat pegang buku tu memang rasa sebak sangat la. Apa taknya, hampir 9 bulan juga menanti lahirnya buku antologi kedua As ini.

Alhamdulillah....

Tahniah buat Mak Sri Diah, Ustazah Norhafhizah, penulis tamu kami, Ustazah Muzayyanah dan 32 adik-beradik tim LA 8. Cantik sangat buku kita kan. Masa semak galei pun hati dah terpaut apatah lagi bila dah dapat pegang dan peluk buku ni, memang tak boleh lepas la.



Kebetulan esoknya hujung minggu. Terus rancang nak balik kampung tunjuk buku kat ayah.

Kawan-kawan yang dah tempah dan kembar-kembarku mohon sabar sekejap ya. Bagi masa As bermesra dulu dengan buku-buku ni.

Seminggu jer, cukup seminggu As akan mulakan proses packaging dan pengeposan ya.

InsyaAllah, semoga Allah swt permudahkan segalanya. Amin.

Ohya, masih ada buku yang belum berpunya. Nak pinang mai la wasap cepat. :)

Jumpa lagi.

Thursday 21 October 2021

Antologi Lelaki Anugerah Terindah Sudah Terbit

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



SUDAH TERBIT!

ANTOLOGI LEGASI ABAH (8)

Tajuk: Lelaki Anugerah Terindah
Penerbit: Writers Write Services
Cetakan Pertama: Oktober 2021
Jumlah Mukasurat: 220
Harga: RM30 (tidak termasuk pos)

Saya kongsikan kata-kata daripada Puan Sri Diah, Editor pengurusan Antologi Legasi Abah.

"Tipulah kalau saya tak tersentuh hati dengan kisah lelaki anugerah Allah ini. 
Dialah imam, dialah arjuna hati. 
Abah yang hidupnya memikirkan kerja kerja kerja, berpanas, berhujan demi keluarga. 
Abah yang pertahankan anak-anak, lencun bajunya mengayuh basikal mahu semua zuriatnya berjaya dunia akhirat. 
Ada abah yang pergi dulu ketika anak-anak masih kecil. 
Ada abah yang tak sempat dibalas jasanya. 
Paling terharu ada abah yang dijemput pergi ketika naskhah ini sedang disiapkan, saya membaca tulisan itu dengan rasa sebak. 

Tahniah kepada semua 400++ karyawan #UniKH yang bijak, mengambil langkah segera, mendokumenkan kisah abah ini untuk tatapan legasi akan datang."

~ Sumber: Facebook Sri Diah Shaharuddin

"Setiap titisan keringatnya tidak pernah kenal erti lelah dan putus asa. 
Segala keperitan dan kepayahan ditelan dengan penuh kesabaran dan tawakal.
Doa yang berterusan demi melihat kejayaan seorang anak.
Sebuah buku yang sangat bermanfaat dan mampu membentuk jati diri seorang lelaki."

~ As Samsudin

Boleh dapatkan buku ini melalui pautan di bawah.

Jumpa lagi.

Tuesday 12 October 2021

Buku Antologi Legasi Abah VS Rentas Negeri

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


11.10.2021.

Walaupun pada tarikh ini kita telah mendapat kebenaran untuk merentas negeri namun saya tidak ada plan untuk ke mana-mana.

Kenapa?

Sebab bila-bila masa sahaja 'abang jnt' akan call. Tak hari ini, esok... tak esok, lusa... Jadi tak boleh ke mana-mana.

Semestinya nak merentas negeri itu penting, tetapi yang ini lagi penting.

Yang itu boleh tunggu, tetapi yang ini tak boleh tunggu dah.

Amboi...

Sejak bila pula ternanti-nanti panggilan 'abang jnt' ni?

Sejak tahu buku-buku Lelaki Anugerah Terindah ada dalam tangan mereka.

Cepatlah 'abang jnt'. Tak sabar dah ni nak bertemu muka.

Nota:
Masih ada naskhah buku yang belum bertuan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi saya.

Jumpa lagi.

Wednesday 29 September 2021

Buku Antologi Legasi Abah Dah Masuk Kilang Cetak!

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


MasyaAllah... Tabarakallah...

Alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Teruja sungguh bila mendapat khabar gembira bahawa kesemua buku Antologi Legasi Abah sudah berada di kilang cetak. Berita yang amat-amat menggembirakan buat seramai 360 pengkarya yang terlibat dalam 12 buah buku antologi ini.

Tambah gembira apabila melihat kaver terkini buku Antologi Legasi Abah yang amat cantik, memang boleh menambat hati semua orang untuk memilikinya.

Apa taknya, ada gambar penulis tamu di sudut kiri buku masing-masing.

Sekali pandang terus jatuh cinta!

Tahniah kepada semua pengkarya Legasi Abah terutamanya tim Legasi Abah ( 8 ) dan tahniah buat mak Sri Diah Shaharuddin dan ketua kami, Ustazah Norhafhizah Suliman di atas segala usaha dan penat lelah dalam penghasilan buku-buku ini.

Kawan-kawan yang telah menempah buku Lelaki Anugerah Terindah boleh tersenyum lebar sekarang. Tak lama lagi dah boleh peluk buku ini.

Kawan-kawan yang belum tempah tu, mai la tempah dengan As. Ada cenderahati istimewa As nak bagi tau.

Boleh tempah kat sini ya.


Terima kasih daun keladi.

Jumpa lagi.

Tuesday 14 September 2021

Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Jom geng kita support Giveaway ni. As kalau bab-bab buku ni memang tertarik sangat. Manalah tahu ada rezeki kan...

Giveaway ini berlangsung sehingga 10.10.2021.

So As nak kongsikan dua buah buku terbaik yang pernah As baca. As ni peminat novel-novel thriller, Jadi As nak kongsikan buku-buku thriller la.

Novel Projek 238 - B H Amir

Projek 238 menjalinkan unsur cinta, penipuan, keberanian, kecekalan, kecekapan dan kekecewaan. Ia bertolak daripada sepucuk surat layang penuh misteri kepada Perdana Menteri dan kemudian menggegarkan Bukit Aman. Izzat, ejen perisik yang amat berdedikasi mempertaruhkan nyawa untuk mencantumkan segala serpihan maklumat demi cintanya pada negara, agama dan bangsa.

Uranium 238 itulah puncanya. Tapi apakah projek yang dirancangkan? Siapakah yang terlibat dan mendalangi projek ini? Bagaimana Izzat menghadapi ancaman maut dengan melangkaui lautan dan benua?

" Pertemuan kita ini adalah bagaikan ombak yang memukul pantai. Sekali dia mencecah kaki kita, ia akan beredar dan tidak akan kembali lagi. Semestinya ombak lain pula yang datang. "

(TPP IZZAT, PDRM)

Igauan Maut - Ramlee Awang Murshid

Sebuah novel saspens yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963.

Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. segalanya kecundang dalam memerangi badai emosi yang mengganas.

" Peristiwa hari ini bermula daripada peristiwa masa lampau dan ianya akan berlanjutan sehingga kita dijemput Tuhan. "
(Igauan Maut - RAM)

Kedua-dua novel ini memang karya yang amat hebat dan terbaik. Jika anda peminat novel-novel thriller, anda harus membaca novel ini.

Boleh dapatkan di shopee ya.

Jumpa lagi.

[2016] #15 Nasom Alor Setar Charity Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Nasom Alor Setar Charity Run
05 November 2016
Darul Aman Park, Jitra Kedah
7KM 8th Placing

Run For Autism!

Larian ini amat istimewa kerana ia adalah charity event untuk anak-anak autism. Dan yang bestnya juga, medal hanya disediakan untuk pelari yang memenangi tempat pertama hingga ke 15 bagi setiap kategori.

Nak medal kan? So, kena lari laju-laju la...

Best lari kat sini dan mengelilingi tasik Darul Aman tu...

Dan alhamdulillah, berjaya juga dapat no 8 kategori wanita. Dapatlah medal kecil comel tu sebagai kenangan untuk pertama kali podium. Hehehe...

Selain itu, ada banyak juga aktiviti yang diadakan di sini. Saya lepak sambil tengok kawan-kawan buat aktiviti.

Dan di sinilah pertemuan pertama Aku Dan Kamu. Pertemuan yang amat dekat di hati.


Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Monday 13 September 2021

Merdeka Running

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sempena cuti Hari Kemerdekaan yang ke 64, awal-awal lagi dah plan nak mulakan hari dengan berlari di Ktc. Dah lama tak lari kat luarkan. Jadi nak buat comeback lah kononnya. 

Ramai pula geng-geng runner yang berlari pagi merdeka tu. Semuanya sempena meraikan hari kemerdekaan. Ada yang buat 31.8km, tak kurang juga yang berlari 10km dan ke atas. 


As dan Ilah pula memilih untuk berlari sejauh 6.4km sahaja. Sempena kemerdekaan yang ke 64 lah kaedahnya. Tapi plan tak menjadi sebab tersilap tengok jam.

Ingatkah dah cukup 6.4km tapi rupa-rupanya hanya 6.04km saja. Jadilah kan... janji ada juga bunyi 64 tu.. Hahaha...

Yang penting enjoy.

Jumpa lagi.

Wednesday 1 September 2021

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke 64

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64.

Semoga kita semua bukan sahaja merdeka daripada pemikiran yang negatif bahkan juga merdeka daripada pandemik yang melanda negara.

Teruslah berwaspada kerana musuh kita kali ini sangat ganas dan merbahaya. Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kita tahu ia ada dan nyata.

Stay Safe and Follow SOP.

Jumpa lagi.

Saturday 28 August 2021

Kari Udang Memikat Hati

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini As nak berkongsi resipi Kari Udang Memikat Hati yang menjadi kesukaan As dan Aliff. Senang sangat nak masak kari udang ni. Bahan pun ringkas saja.

Yang penting, ini adalah resipi nenek kesayangan kami.

Bahan-bahan:

  • Udang
  • 1 bungkus rempah kari ikan
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • halba campur
  • daun kari
  • santan
  • 1 camt kerisik
  • sedikit cili padi dan cili hijau
  • garam dan kicap cair


Cara membuatnya:
  1. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumis bersama halba campur dan daun kari sehingga kekuningan.
  2. Masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit santan. Masak sampai pecah minyak dan hilang bau rempah.
  3. Masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih.
  4. Masukkan udang.
  5. Masukkan cili padi dan cili hijau. (As suka pedas)
  6. Masukkan kerisik, garam dan kicap cair secukup rasa. 



Dah siap. Boleh dihidang bersama nasi putih dan sambal belacan :)

Selamat mencuba ya.

Nota:
  1. Untuk bahan-bahan tumis tu tak perlu letak halia.
  2. Tak perlu masukkan air asam jawa.
  3. Kalau suka pedas, masukkan sedikit cili padi dan cili hijau (last sekali). Kalau tak suka tak apa.
  4. Untuk perasa, As suka letakkan hanya sedikit garam dan selebihnya As guna kicap cair cap ayam piru. :)
Jumpa lagi.

Friday 27 August 2021

[2016] #14 Fit Malaysia Kedah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Fit Malaysia Kedah
22 Oktober 2016
IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani Kedah
10KM Finisher

Get Fit For Life!

Best juga join event yang santai-santai ni. Sambil berlari sambil jumpa kawan-kawan.

Selain itu, ada pelbagai aktiviti diadakan di sana. Ada zumba bersama geng Persatuan Senamrobik Kulim dan juga ada jualan barangan sukan seperti kasut dan baju.

Yang bestnya juga, buat pertama kali dapat berjumpa dengan YB KJ.

Tall, dark and handsome gitu...

Yeah!



Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

Sudahkah Anda Mengungkapkan Rasa Sayang Dan Cinta?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masa yang berlalu tidak dapat diputar kembali. Jika ada sedikit penyesalan, ia adalah suatu rasa yang mencantikkan perjalanan hidup kita. 

Menangisi penyesalan tidak salah, namun tidak dapat mengubah apa-apa.

Hidup harus diteruskan.

Namun, mahu kehidupan yang bagaimana? Sama seperti sebelum ini? Mahu mengundang penyesalan yang sama kembali?

Kita ada pilihan. Pilihlah mahu kegembiraan atau kedukaan. Dunia sudah semakin tenat, takut-takut masa kita hanya sehingga esok saja.

Buka mata. Lihatlah di sekeliling kita. Siapa yang ada di hadapan mata?

Sudahkah anda mengungkapkan rasa sayang dan cinta? 




#quotebyAs

Jumpa lagi.