Wednesday, 30 December 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

Teks: As Samsudin
Sumber: tangangebu27.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Klik banner untuk join ya :)

Cantik kan banner giveaway ni? Ha, sebab banner dia cantik, terus tertarik nak join giveaway ni. Bukan tu saja, join sebab tengok hadiah yang ditawarkan juga. Hadiah dia sangat-sangat memikat hati. Dah berangan nak dapat beg tu... 

Mesti cantik kan kalau letak nama kat situ. Hehe..

Apa-apa pun, kalau ada rezeki saya... Alhamdulillah. Kalau tak ada pun, kita syukur juga. Yang penting support semua kawan-kawan blogger.

Jom la semua, ramai-ramai kita join giveaway by blog Tangan Gebu ni. Boleh klik banner ya untuk join.

Jumpa lagi.




Tuesday, 29 December 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

Teks: As Samsudin
Sumber: mialiana.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Jumpa lagi.




Thursday, 24 December 2020

Mini Giveaway Acrylic Painting by Ema

Teks: As Samsudin
Sumber: ema-mel0dy.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik kalau nak join ya :)

Cantik sangat kan Acrylic painting ni. Memang berbakat sungguh Ema. Harap-harap ada rezeki as untuk menang giveaway ni. Korang yang berminat nak dapatkan Mini Acrylic Painting by Ema bolehlah join giveaway ni juga. Klik jer kat banner.

Jumpa lagi!




Wednesday, 23 December 2020

SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

Teks: As Samsudin
Sumber: izatiesalim.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Jumpa lagi!




SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Teks: As Samsudin
Sumber: ezaboomboom.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Okay, tujuan utama join segmen ni mestilah harap dapat tersenarai dalam bloglist Eza Boom Boom. Mana tahu rezeki kan... boleh la lepas ni bertambah semangat nak update blog. Bila ramai yang baca, lagilah bertambah happy nak share itu dan ini.

Apa-apa pun, support semua kawan-kawan blogger.

Jumpa lagi!




Tuesday, 22 December 2020

Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

Teks: As Samsudin
Sumber: rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, sudah terlalu lama tak join giveaway. Dan hari ini, saya amat tertarik nak join giveaway by Rasyidahsheresimpleblog ni. Tahniah yer awak, sebab dah berjaya buka pintu hati saya untuk join giveaway balik. Hehehe... Bukan mudah tau....


Klik banner kalau nak join ya :)

Jumpa lagi!


Happy Birthday To Me

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum and Salam Sejahtera.

Hello guys...

20.20...
Is almost reached the end. A year full of hidden secrets and wisdom, and a year full of love and sacrifice... A year to remember...

25 November...
Happy Birthday To Me...

Looking back and reflecting, those tears and struggles were nothing, but countless blessings. Alhamdulillah, I'm eternally grateful for everything that I have achieved in my life over the years. Praying for a big amount of success and happiness always. InsyaAllah.

Special thanks to my dear husband, Ku Aliff and my wonderful family in law, Mama, Mak, Abah, Nadia, Cek Am and Jannah... for all the fabulous surprise. I'm really blessed to have all of you in my life. My family, my dearest princess... Irdina, Nafeesa and Insyirah... my awesome friends... Thanks for your prayers and good wishes. It gave me strength to persevere and warmed my heart.

Amin Allahumma Amin.

Lots of love,
As Samsudin




See you again.

Monday, 9 November 2020

Gulai Ikan Nyok-Nyok Resepi Nenekku

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hujung minggu memang hari saya memasak. Jadi hari ni saya nak kongsi resipi gulai istimewa daripada nenek saya. Saya memang biasa buat gulai, tapi buat la gulai ikan apa pun, resipi saya sama saja. Caranya memang sama. Belajar daripada arwah emak saya.

Jadi kali ni saya nak buat gulai macam nenek saya masak pula sebab cara nenek saya buat gulai lain sikit daripada apa yang saya selalu buat. 


Gulai Ikan Nyok-nyok Resepi Nenekku

Bahan-bahan:

Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Halba Campur
Daun pandan
- Bawang merah dan bawang putih dhiris halus untuk bahan tumis

Bawang merah
Bawang putih
1 bungkus rempah kari ikan
Santan
Air asam jawa
Garam
Gula
- Bawang merah dan bawang putih dikisar halus. Kemudian campurkan 1 bungkus rempah kari ikan, sedikit santan, air asam jawa, sedikit garam dan gula. Bancuh sebati.

1 bungkus rempah kari ikan
Santan
Ikan Nyok-nyok
Kacang bendi
Garam/kicap cair secukupnya

Cara-caranya:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur, daun kari dan daun pandan sehingga kekuningan.
  2. Masukkan 1 bungkus kecil rempah kari ikan. Tumis sebentar sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kari ikan yang telah dibancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan. Biar sehingga mendidih. Tapi kena kacau selalu ya sebab tak nak santan tu pecah minyak.
  5. Masukkan ikan. Akhir sekali masukkan kacang bendi.
  6. Masukkan garam/kicap cair secukup rasa.

Tara, dah siap gulai ikan nyok-nyok yang amat enak. Makan dengan nasi putih dan sambal belacan, perghhh memang sedap terangkat. Petang-petang cicah dengan roti atau pek nga pulak. Memang Mak Mertua lalu tak nampak la ceritanya. Haha...

Okey, jangan lupa cuba ya.

Jumpa lagi.



Tuesday, 20 October 2020

Puding Karamel Guna 4 Bahan Jer!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa kat sini penggemar Puding Karamel? Mesti ramai yang suka kan. Dan ramai yang pandai buat puding ni sebenarnya tapi saja la nak share resipi saya ni. Lain orang lain bahannya, lain caranya, dan lain pula kesedapannya. Cewah... Tak ada la, saja nak share kat sini untuk rujukan anak cucu nanti. Senang la diorang nak buat, terus cari kat blog ni saja. Hahaha...

Tapi, nak bagitau juga. Sebenarnya saya belajar buat Puding Karamel ni dari kawan saya, Farini. Minta resipi dari dia sebab puding dia sedap. Lama dah... Dan sampai sekarang puding ni memang menjadi puding kegemaran saya sekeluarga.

Okey, jom kita tengok resipi Puding Karamel versi Turtle Runner yang teramat la simple ni. Guna 4 bahan jer!!



Puding Karamel

Bahan-bahan:

6 biji telur
1 tin susu cair
1/4 cawan gula
1 camt esen vanila

Untuk gula perang
1/2 cawan gula

Cara-cara:

  1. Buat gula perang dulu. Masak 1/2 cawan gula sehingga kuning keperangan. Ratakan dalam loyang. Dah siap ratakan, saya masukkan dalam peti ais dulu sementara nak siapkan adunan.
  2. Untuk adunan senang saja. Masukkan semua bahan dalam satu bekas. Semuanya ya. Lepas tu kacau hingga sebati. Nak kacau guna apa tu, ikut suka kita la. Nak guna pemukul telur boleh, nak guna mixer pun boleh. Dah sebati semua, terus masukkan dalam loyang tadi.
  3. Tutup loyang tu dengan aluminium foil, Kenapa? Sebab saya tak nak air menitis atas puding saya tu. Hahaha... 
  4. Kukus atas api sederhana selama 45 minit. 
  5. Dah masak, biarkan sebentar bagi dia sejuk sikit. Lepas tu baru masukkan dalam peti ais. Sebelum hidang jangan lupa terbalikkan dulu. 
Tara... dah siap Puding Karamel yang enak.


Tips:
  1. Masa buat gula perang ni kena sabar banyak ya, api kena perlahan sebab kalau api kuat, gula belum cair sepenuhnya tapi dah hangit. Kalau hangit memang tak sedap la. Saya suka tunggu sampai gula tu bertukar warna sampai perang. Kalau biar pelan-pelan dia perang, memang akan terasa pahit sikit. Tapi pahit yang enak. Haha...
  2. Dah siap gula perang, cepat-cepat ratakan dalam loyang. Kena cepat tau, sebab gula ni cepat beku. Nanti kalau dah beku tak boleh nak ratakan dah. Terus spoil puding kita tu nanti. 
  3. Pengukus kena panaskan awal ya. Selalunya, saya panaskan pengukus dulu sementara nak buat gula hangus dan adunan. Panaskan siap-siap. 
  4. Masa sejukkan dalam peti ais tu, saya masukkan jer loyang tu terus sekali dengan aluminium foil tu. Kiranya saya belum terbalikkan dalam pinggan la. Biar sejuk dulu. Masa nak hidang nanti baru saya terbalikkan.
  5. Untuk adunan tu, saya masukkan suku cawan gula saja. Manis-manis buah gitu. Jangan tambah gula tau, nak kurangkan lagi sikit tak apa. Sebab nanti bila dah bercampur dengan gula perang, cukup elok manisnya.
  6. Adunan ni sesuai untuk loyang saiz 20cm. Cukup elok tebal dia. Kalau nak guna loyang saiz besar, gandakan saja bahannya.
Okey, selamat mencuba.

Jumpa lagi.






Wednesday, 30 September 2020

K e c e w a

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


K e c e w a .

Mengapa harus ada rasa kecewa? 

Kerana kita adalah manusia biasa yang punya segala rasa dalam jiwa. Namun, jika kita percaya pada Qada' dan Qadar, kita akan faham bahawa kecewa itu cuma sebahagiaan daripada ujian dan dugaan dalam kehidupan. Jadi, hadapilah dengan penuh rasa kesabaran, ketabahan dan kekuatan.

Kecewa yang kita rasa sebenarnya adalah cara Allah mahu menguji kita. Dia mahu melihat sejauhmana kita bergantung pada-Nya. Sejauhmana kita bersabar dengan setiap ujian-Nya. Dan yang lebih penting lagi, adakah kita akan terus kekal dengan-Nya atau berpaling dari-Nya. 

Ingatlah, di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. 

Surah Al Insyirah Ayat 6.
Ø¥ِÙ†َّ Ù…َعَ ٱلْعُسْرِ ÙŠُسْرًا

Ertinya: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

InsyaAllah, bila sampai waktunya semuanya akan berlalu pergi. Bersangka baiklah dengan Allah dan yakin pada-Nya. Janji Allah swt itu pasti.

Jumpa lagi.


Monday, 28 September 2020

Isnin Bermulanya Hari

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Permulaan hari bagi setiap orang tidak sama. Ada yang hari Ahad, ada yang hari Isnin. Namun bagi kebanyakan orang adalah hari Isnin. Begitu juga saya. Selalu kita dimomokkan dengan isu Monday Blues yang membawa maksud emosi yang kurang baik di hari pertama. Rasanya, setiap orang ada Monday Blues nya yang tersendiri. Kadang-kadang tu bukan hari Isnin saja, ada juga terjadi mood yang tidak baik di hari Selasa. Tak kurang juga pada hari Rabu, Khamis, Jumaat atau hujung minggu. Tapi Monday juga yang kena.

Kesian Monday!

Walau apa pun, mulakan hari kita dengan kalimah Bismillah. Semoga hari pertama kita dan seterusnya sentiasa di dalam redha Allah swt dan dipermudahkan segala urusan kita.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah. La haw la wa laa quwwata illa billah.
Ertinya: Aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya.

Jumpa lagi.


Sunday, 27 September 2020

Aktiviti Hujung Minggu

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello geng...

Hujung minggu ni korang buat apa ya? Hari ni saya macam biasa, kemas rumah dan mengadap laptop saja la. Semenjak PKP ni rutin hujung minggu pun dah berubah sepenuhnya. Mood berlari dah hilang. Hanya menghabiskan masa di rumah kecil saya saja.

Kemas rumah.

Yang paling saya suka sudah tentulah ubah susun atur barang. Sekejap di sana, sekejap di sini. Tapi tak banyak beza pun, ruang pun terhad kan. Jadi kita susun bagi nampak sedap mata kita memandang cukuplah kan. Walaupun ruang terhad tapi berjam-jam juga la habiskan masa di situ. Sambil kemas sambil belek barang-barang yang ada. Semua koleksi kesayangan memang banyak kenangannya. Jadi, banyaklah yang boleh dikenangkan. Kan....



Tapi ini hanya sementara sahaja. Insyaallah, ada rezeki nanti saya plan nak ubahsuai rumah. Jadi, susun atur barang akan berubah lagi nanti. Cuma yang pasti sudut membaca dan sudut larian wajib ada dalam rumah saya. 

Run And Read.

Ini impian saya. Nak sediakan satu ruangan khusus untuk mini library dan koleksi-koleksi larian saya. Memanglah selama ini saya ada mini library di rumah tapi kali ini saya plan nak buat satu ruang khusus yang tak berkongsi dengan ruang tamu saya. Jadi pengunjung mini library saya tu tak perlu masuk terus melalui ruang tamu, masuk bahagian luar saja. Senang dan selesa nanti.

Okeylah, berangan tu berangan juga. Tapi jangan angan-angan kosong ya.

Jumpa lagi.




Friday, 25 September 2020

Rindu Menyapa Lagi

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rindu menyapa lagi.

Dunia blogger yang telah lama ditinggalkan. Sememangnya masa cukup mengekang namun idea juga kekeringan. Betullah kata orang, bukan mudah untuk mengurus masa, nak buat dua tiga kerja dalam satu masa. Bila fokus dengan benda ni, benda lain terabai. Bukan tak cuba untuk urus masa sebaiknya, buat semua benda sebaiknya, tetapi pada akhirnya diri sendiri yang letih.

Penat tak terkata.

Stress.

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Kemampuan seseorang individu itu tidak sama. Ada benda yang perlu kita genggam erat dan perjuangkan, ada juga benda yang perlu kita lepaskan. Yang penting, kita tahu apa yang kita mahu dan terus perjuangkan segala impian agar kejayaan dapat dikecapi. Jangan biar terkubur begitu sahaja. 

Kuatkan hati, tekadkan azam.

Semoga kita semua terus cekal dan istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Jumpa lagi.