Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, 15 June 2021

Koleksi Novel Kreatif NK01 - NK100

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sempena impian nak buat perpustakaan mini yang baru, As nak kemaskini koleksi Novel Kreatif yang ada di rak buku Run & Read Studio.

Boleh klik link kat bawah ni ya.


Bila Run & Read Studio nak beroperasi?

Soalan ni memang ada bunga-bunga cinta tapi dalam masa yang sama memang menyedihkan juga la. Buat masa sekarang, perpustakaan mini saya telah bertapa senyap-sunyi di suatu sudut di dalam bilik. PKP 3.0 bersambung lagi sehingga 28 Jun kan. Construction field memang tak boleh nak beroperasi. Jadinya lambat lagi la boleh start renovation untuk perpustakaan saya tu.

Sedih, memang sedih...

Tapi nak buat macamana kan, sabar sajalah. Ada la hikmahnya tu. Apa-apa pun, saya memang dah tak sabar nak setup Run & Read Studio saya tu.

Kalau nak tahu, ada beberapa projek di minda yang dah mula berkicau-kicau di tepi telinga. Projek kecil-kecilan yang mampu membuatkan rama-rama kecil menari-nari riang.

Projek apa tu ya? Ada la... :)

Stay tune ya semua Ulat Buku!

Jumpa lagi.

Thursday, 7 March 2019

Antologi Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan

Teks: As Samsudin
Foto: #bkhkembar10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pre-Order buku Antologi Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan masih dibuka. Buku ni limited edition ya. Cepat order kalau tak nak terlepas.
Tema: Peluang Kedua
Harga: RM30 (tidak termasuk postage)
Klik untuk order -- > wasap.my/60184044132/preordernovel
Buku akan dipos selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Jom As belanja sedikit sedutan salah satu kisah di dalam buku ni.
===============
“Tak baik kau cakap macam tu Saffiya. Kita tak tahu apa yang Allah SWT dah aturkan untuk kita. Kalau kau rasa Hakimie tu bersalah, kau maafkanlah dia. Mana tahu kau akan rasa lebih tenang lepas ni,” Lina cuba menasihatiku.
“Lelaki tak guna tu, kau ingat aku akan maafkan dia? Sampai mati pun aku tak akan halalkan semua yang dia dah ambil dari akulah! Sampai mati pun dia tetap berhutang dengan aku!”
“Kau tau tak Lina, mak aku selalu cakap, kalau kita tak bayar hutang orang… nanti di akhirat usung lah bara api pi cari orang tu. So what. Kau tunggulah… kalau di dunia dia tak bayar, kau ingat dia boleh lepas di akhirat?”
Jangan mimpilah Hakimie!
Lina hanya menggeleng memandangku.
“Sudahlah tu Saffiya. Daripada kau buang masa fikirkan Hakimie tu lebih baik kau ikut aku join run. Kau pun dah lama tak join kan. Mana tahu lepas ni kau dapat lelaki Kenya pula. Kau kan tak suka lelaki Melayu!”
================
Jeng jeng jeng....
Korang rasa Saffiya join run dapat lelaki Kenya tak? Hehehe... Cepat teka dan cepat order buku ni... baru tahu jawapan korang tu betul atau salah...
Jumpa lagi.


Pelancaran Projek Antologi #BKHKembar10

Teks: As Samsudin
Foto: #bkhkembar10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah... 
Baru berkesempatan untuk berkongsi berita gembira di tahun 2019.

Berita gembira apa tu?
Ya, pelancaran buku Projek Antologi #BKHKembar10 Tulisan Pengkarya Bengkel Tulis Kisah Hidup akan diadakan pada 31 Mac ini di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC. BKHKembar10 bermakna ada 10 buah buku yang akan dilancarkan serentak. Dan yang bestnya, satu karya kecil saya turut dimuatkan dalam buku Projek Antologi BKHJitra "Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan". Buku Antologi BKHJitra ini melibatkan 15 orang penulis. Jadi, 15 penulis dengan 15 cerita. Wow, menarik kan!
Memang hebat sekali cetusan idea Puan Sri Diah Shaharuddin untuk projek ini. Tahniah Puan Sri dan semua penulis yang terlibat. Sesiapa yang berkesempatan ke PBAKL 31 Mac ini dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran BKHKembar10 dan saksikan sendiri fenomena yang bakal tercipta. Jumpa di sana ya!

Nak jadi antara orang yang pertama memiliki buku ni? Pre-order kini dibuka.
Click -- > wasap.my/60184044132/preordernovel
Terima kasih atas sokongan semua. πŸ˜˜πŸ˜˜

MuchπŸ’—,

Friday, 14 September 2018

7 Days 7 Book Cover Challenge #4

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MalaysiaMembaca

Hari #4 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.

Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.

Untuk hari #4, saya calonkan rakan pembaca, Kak Norazipati yang sudah baca beratus-ratus malah beribu-ribu buah novel mungkin.

Okay semua, untuk hari ke 4 ni saya nak share sebuah novel karya penulis dari Singapura. Novel yang saya maksudkan ialah Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah.


No automatic alt text available.

Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Manaf Hamzah

Sinopsis
======
Seolah kancah kehidupan ini terlalu panjang bagi Intan. Bertenggang dengan orang-orang kampung yang menjangkakan dia anak luar nikah justeru semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungannya, maka kehidupan yang dilalui itu sudah pasti dirasakan beranjau. Lebih-lebih lagi dirinya terjebak dalam perangkap perkahwinan tangkap basah.

Intan lalu dibawa ke kota dan suaminya itu meletakkan taraf dirinya sebagai tukang gaji. Meskipun tidak pernah merasa dicinta dan disayangi, Intan sanggup bersabar dan tabah, bahkan dalam diam-diam bercambah pula kasih sayang Intan kepada anak angkatnya dan semakin mendalam pula cinta Intan kepada suaminya. Tetapi sampai mana gerangan Intan dapat betahan dengan sikap menyerahnya itu?

Novel ini memaparkan komplikasi watak manusia yang membawa unsur-unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah dan akhirnya mengambil sikap tegas, tetapi ketegasan itu hampir-hampir menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kegelapan.

Di samping keraguan watak yang mengangkat ciri-ciri simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara jatuh cinta kepada anak saudaranya, abang makan adik tirinya, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspen demi suspen.

So, check it out guys at Book Station.

Selamat Membaca.

MuchπŸ’—,


Saturday, 1 September 2018

7 Days 7 Book Cover Challenge #3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MalaysiaMembaca

Hari #3 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.

Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.

Untuk hari #3, saya calonkan Novelis kecil molek yang amat baik hati... Novelis hebat yang sentiasa merendah diri iaitu Damya Hanna. Kalau nak tahu, karya beliau berjudul Sepi Tanpa Cinta merupakan novel pertama yang menjadi penghuni mini library saya.

Oh ya, Mentor saya pesan... kalau nak jadi penulis hebat macam dorang, kena baca buku yang dorang baca. So Damya Hanna, sila share buku-buku tu ya :).πŸ˜…

Okay semua, untuk hari ke 3 ni saya nak share sebuah novel Kesusasteraan Afrika Moden yang menjadi bahan kajian saya semasa di Universiti.


Laungan Kebebasan - John Briley

Sinopsis
======
Sebuah novel berdasarkan lakon layar untuk Cry Freedom (Laungan Kebebasan) yang diubahsuai daripada dua buku cerita benar karangan Donald Woods berjudul Biko dan Asking For Trouble.

Kisah ini terlalu banyak menimbulkan kontroversi sehingga sebuah negara berusaha menutupnya, pegawai-pegawai polis berbohong tentangnya dan seorang lelaki beserta keluarganya membahayakan nyawa  mereka untuk mendedahkannya.

Kisah ini ialah kisah Steve Biko, tokoh politik berkulit hitam yang masih muda. Kisah ini juga ialah kisah tentang Donald Woods, editor dan tokoh yang amat giat menentang aparteid. Woods lari meninggalkan negaranya untuk memberitahu dunia tentang Biko dan peristiwa yang menyelubungi kematiannya.

Keseluruhan jalinan cerita novel Cry Freedom (terj .) Laungan Kebebasan karya John Briley memaparkan suasana kehidupan masyarakat Afrika Selatan di bawah tekanan Apartheid. Namun demikian, novel ini masih kekal segar sebagai sebuah karya fiksyen yang menarik

So, check it out guys at Book Station.

Selamat Membaca.

MuchπŸ’—,

Friday, 31 August 2018

7 Days 7 Book Cover Challenge #2

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MalaysiaMembaca

Hari #2 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.

Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.

Untuk hari #2, saya calonkan Novelis hebat kesayangan ramai, Novelis Murni Aqila. Saja pilih Moon sebab nak tahu gak penulis hebat ni suka baca buku apa... Share ya Moon... Jangan ngelat πŸ˜…

Okay semua, untuk hari ke 2 ni saya nak share sebuah novel thriller juga... sebab saya seorang peminat karya-karya thriller. So kebanyakan novel yang saya suka memang novel-novel yang penuh dengan emosi, suspen dan mendebarkan.


Igauan Maut - Ramlee Awang Murshid

Sinopsis
======
Sebuah novel saspens yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963.

Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. segalanya kecundang dalam memerangi badai emosi yang mengganas.

" Peristiwa hari ini bermula daripada peristiwa masa lampau dan ianya akan berlanjutan sehingga kita dijemput Tuhan. "
(Igauan Maut - RAM)

Novel yang berjaya merangkul hadiah kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP Cawangan Sabah ini, menyimpan banyak pengajaran yang boleh dijadikan teladan kepada pembaca dan menjanjikan kepuasan kepada setiap pemiliknya.

So, check it out guys at Book Station.

Selamat Membaca.

MuchπŸ’—,

Thursday, 30 August 2018

7 Days 7 Book Cover Challenge #1

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#MalaysiaMembaca

Hari #1 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.

Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.

Untuk hari #1, saya calonkan sahabat saya Novelis yang sedang meningkat naik... Fyda Adim.

Okay semua, sebenarnya caption di atas tu yang kata tiada ulasan dan tiada penerangan tu applied untuk post kat FB saja ya. Tapi saya suka nak share juga kat blog ni dan nak provide Sinopsis buku ni. Sebabnya, saya suka sangat buku ni dan nak uolls yang minat novel-novel thriller baca buku ni juga.


Projek 238 - B H Amir

Sinopsis
======
Projek 238 menjalinkan unsur cinta, penipuan, keberanian, kecekalan, kecekapan dan kekecewaan. Ia bertolak daripada sepucuk surat layang penuh misteri kepada Perdana Menteri dan kemudian menggegarkan Bukit Aman. Izzat, ejen perisik yang amat berdedikasi mempertaruhkan nyawa untuk mencantumkan segala serpihan maklumat demi cintanya pada negara, agama dan bangsa.

Uranium 238 itulah puncanya. Tapi apakah projek yang dirancangkan? Siapakah yang terlibat dan mendalangi projek ini? Bagaimana Izzat menghadapi ancaman maut dengan melangkaui lautan dan benua?

" Pertemuan kita ini adalah bagaikan ombak yang memukul pantai. Sekali dia mencecah kaki kita, ia akan beredar dan tidak akan kembali lagi. Semestinya ombak lain pula yang datang. "

(TPP IZZAT, PDRM)

Nak tahu apa sebenarnya kisah ini? Dapatkan segera novel ini kerana Projek 238 menjanjikan ketegangan, kelembutan dan keasyikan. Daripada sinopsis pun mesti kita rasa tertarik nak baca kan. Novel ni kalau nak diikutkan memang susah nak dapat di pasaran, sebab tu saya sayang sangat dengan novel ni. Kalau uolls tak jumpa jual kat mana-mana, boleh cuba cari kat Perpustakaan Awam ya.

Dan bagi mereka yang tinggal di kawasan Kulim dan sekitarnya, boleh dapatkan buku ini di Book Station yang akan kembali beroperasi sedikit masa lagi.

Selamat Membaca.

MuchπŸ’—,

Thursday, 16 August 2018

#MalaysiaMembaca: Apakah 10 buku kegemaran anda?

Teks: As Samsudin
Foto: FB Dr Maszlee & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


#MalaysiaMembaca

Idea ini telah dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik yang dipostkan di Facebook miliknya. Rata-rata sekarang ini, ramai yang menyahut seruan dan berkongsi 10 buku kegemaran dengan tagar #MalaysiaMembaca. Idea ini sejajar dengan hasrat beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca tahun 2030.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia amnya dan pencinta buku khasnya, saya juga ingin bersama-sama beliau dan sahabat-sahabat yang lain untuk berkongsi 10 buku kegemaran saya. Tapi sebelum tu... Kalau anda follower saya yang tegar (Cewahhh...ada ke follower tegar saya kat sini? ) Korang maybe perasan yang saya pernah berkongsi tentang 10 Novel Kegemaran Saya dalam entri saya sebelum ni. Entri tu dah lama... 9 September 2014. Lama kan...

Kalau uolls nak baca entri tu, boleh klik link kat bawah ni :)


Dan kali ini, sebagai respon kepada idea Dr Maszlee, saya kongsikan 10 buku kegemaran saya di tahun 2018. Mungkin ada antaranya sama dengan apa yang pernah saya kongsikan dahulu. Yelah, dah nama pun buku kegemaran kan, so for sure buku yang saya suka dulu tetap menjadi buku yang saya suka sekarang. Dan kalau ada buku lain yang tersenarai, tidak bermakna buku dulu tu dah tak menjadi buku kegemaran kan. Tapi yelahhh, bila kita dah baca buku baru yang lain, mungkin buku tu lebih bagus dan lebih terkesan di jiwa, jadilah ia buku yang digemari sekarang.

Dan senarai ini mungkin akan berubah lagi pada masa akan datang. Betul tak? Haha... panjang bebel la pulak kan. Biasalah... jari-jemari ni kalau dah dapat mengetuk papan kekunci... dia laju semacam. Kalah pace berlari.... hahah~

Okay dahhh... jom kita tengok senarai buku yang saya suka di tahun 2018.


10 Buku Kegemaran Saya.
====================
  1. Projek 238 - B H Amir
  2. Cinta 24 Jam - Andrei Aksana
  3. Salju Kyoto - Sara Aisha
  4. Ombak Rindu - Fauziah Ashari
  5. Andai Itu Takdirnya - Siti Rosmizah
  6. Satu Janji - Ramlee Awang Murshid
  7. Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid
  8. Detik Debar - Eyman Hykal
  9. Jangan Percaya - Syaida Ilmuna
  10. Aku Lelakimu - Sara Aisha
Dan... ini pula buku yang saya tengah baca sekarang!

I'm Not A Monster - Sara Aisha

Okay, saya dah kongsi. Bagaimana pula anda? Cepat kongsikan 10 buku yang anda suka... boleh kita sama-sama dapatkan buku yang tak pernah baca lagi tu nanti.

Jom kita membaca!

P/S: Salju Kyoto missing dari pic ni... xtau pi mana novel tu, cari tak jumpa. Huhu..

MuchπŸ’—,

Saturday, 14 May 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 3

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2

Saya bersama Bonde, Mas dan Fatin masih di Dewan A. Dah penat berjalan ke sana ke mari. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk kembali ke booth Karya Seni. Lepak dulu kat sana menghilangkan penat. Sebenarnya saya tumpang letak beg luggage saya kat booth Karya Seni ni. Susah la nak heret ke sana ke mari. Hehe..

Tengah-tengah lepak berjumpa pula dengan kak Rozi D' Bankers. Hah, apa lagi jom kita posing la ramai-ramai. Havoc la pulak jadinya.



Alkisahnya kat booth Karya Seni ni ada artis nak mai. Pelakon-pelakon drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu. Dah alang-alang lepak kat situ, kami pun ambil peluang bergambar berselfie bagai dengan diaorang la. Padahal tak berapa kenal pun. Jenuh nak ingat balik diaorang pegang watak apa sebab kat luar memang nampak lain sangat. Macam artis sangat! Hehe...



Dah puas berehat, kami pun meneruskan misi ke Dewan C pula. Kalau nak ke sana kena keluar dari Dewan A dan lalu kat bahagian Street Mall. Kat Street Mall ni ada jual macam-macam barang termasuk barang cenderahati dan aksesori. Kalau nak ukir nama kat gelang ke, keychain ke semua ada. Nak lukis potret dan karikatur pun boleh. Sempat juga melintasi ruangan Rehat & Baca. Ramai yang berehat dan membaca di situ. memang penuh.

Masuk ke Dewan C, ronda dari satu booth ke satu booth. Singgah beli komik Lawak Kampus kat kembar. Singgah juga kat booth Karangkraf tapi tak jumpa sesiapa pun. Kat Dewan C ni suasana lebih padat. Mungkin saiznya yang kecil sedikit jika nak dibandingkan dengan Dewan A. Orang memang ramai sebab tu rasa macam panas sikit.

Selain komik Lawak Kampus, saya memang tak beli buku lain dah kat sini. Sedar tak sedar sebenarnya saya dah beli dua belas buah novel dan tiga komik. Hamboihhh.... tak boleh nak tetap pendirian langsung. Hehe... tapi saya tengah kontrol la ni!! Haha... dah tu ronda jer la sambil cuci mata dan ambil gambar apa sikit.


 



Singgah sekejap sahaja kat sini. Lepas habis pusing semua booth kami berempat patah balik ke Dewan A sebab nak tengok Chef kita memasak.

Jumpa lagi nanti di Part 4.

Adios!

Thursday, 12 May 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1

Okay, jom kita sambung cerita pesta buku kita di Maeps. Kami berempat jalan-jalan lagi di Dewan A, kali ini terus menuju ke booth Kaki Novel sebab nak jumpa Suri Ryana. Sebelum jumpa Suri yang cantik jelita, saya cuci mata dulu kat booth Kaki Novel. Ada banyak promosi kat sini, novel-novel popular ada yang dijual dengan harga yang amat rendah.

Tapi saya sekadar cuci mata saja. Tadi kat Karya Seni dah beli lima buah, kat sini tak boleh beli banyak-banyak la. Beli yang mana tak sabar nak baca saja, yang lain kena tunggu. Hehe... Dan sudah tentulah saya akan beli hasil karya novelis kegemaran saya.

Tada... beli dua buah novel sahaja kat sini. Novel KLIK! Pengantin Musim Salju karya Suri Ryana dan Red Velvet karya Acik Lana. Acik tak hadir pbakl kali ini. Suri saja ada tapi no hal lah! Lain kali boleh jumpa Acik lagi. Kan...


Inilah novelis cantik jelita, Suri Ryana. Dah banyak kali dah jumpa, cantik dan indah budi bahasanya. Setiap tahun kalau pi pesta buku mesti nak jumpa Suri. :D


Lepas tu kita sambung jalan-jalan lagi. Singgah lagi dari satu booth ke satu booth, dari Dewan A1 ke Dewan A2 langsung ke Dewan A3. Masa ni dah dua tiga kali singgah booth Karangkraf tapi tak nampak kelibat sesiapa pun. Dok intai-intai juga Puan Sri Diah kita, bayang pun tak nampak. Novelis-novelis lain pun tak nampak. Tahun ni Karangkraf berada di tiga lokasi berbeza, mungkin saya di sini mereka di sana. Bila saya ke sana mereka pula ke sini. Tak ada rezeki...



Hajat di hati nak renew langganan majalah-majalah Karangkraf sebab setiap tahun memang saya tak pernah terlepas untuk renew kat pesta buku. Maklumlah, hadiah dia best-best. Tapi kali ni saya tengok bahagian langganan sunyi sahaja, staf yang setiap tahun berurusan dengan saya tu pun tak ada. Ada seorang saja staf kat situ, sempat juga berbual dengannya. Katanya tahun ini hadiah untuk langganan kurang kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Okay, tak apa. Tak ada rezeki saya nak bawa balik Microwave. Ahaks!

Namun beli tetap beli. Tapi tak borong banyak la. Beli mana yang memang dah set nak beli saja. Kali ni saya beli novel Kekasihku Jangan Marah karya Zan Zarida, Hatiku Not For Sale karya Batiah Hadi, Akulah Si Jelita karya Syaida Ilmuna dan Antologi Aksi Bunohan hasil karya empat novelis hebat iaitu Lynn Dayana, Syaida Ilmuna, Laila Kamilia dan Izza Aripin.


Hajat di hati memang nak jumpa novelis Syaida Ilmuna dan Batiah Hadi kat sini tapi hanya dapat bertemu dengan kak Zan Zarida saja. Syaida memang saya tau dah, dia balik Penang tapi harap sangat dapat jumpa Batiah Hadi. Dulu masa Faris Love Layla baru nak berkenal-kenalan, tak sempat nak beramah mesra. Kali ni ingat nak bercerita panjang la. Tapi tak ada rezeki. Kalau nak diikutkan memang tak ada pun slot Batiah Hadi bertemu peminat hari ni....hehe...


Dalam masa sibuk belek - belek novel kat booth, we all sebenarnya dua tiga kali juga lepak kat booth Popular sambil tengok Chef-chef kita masak. Tapi nanti saya cerita di entri yang berikutnya ya. Rasanya nak cerita bab demo masakan ni boleh tahan panjang juga entrinya. So kita buat asing lah!

Masa semakin mencemburui, dah jam 2:30pm ni. Masih di Dewan A lagi. Kali ini kita terus menuju ke Booth SR Publication. Pertemuan wajib dengan novelis Siti Rosmizah yang baru sahaja keluar dengan novel terbaru berjudul Rindu Awak Separuh Nyawa. Fuhh, novel kak Siti memang tak sah kalau tak tebal macam ni.


Kalau dah jumpa kak Siti tu memang ada saja benda yang nak diceritakan. Seronok berbual dengan kak Siti, orangnya baik dan merendah diri.



Okay, cukup sampai di sini dulu. Nantikan sambungannya di Part 3.

Adios!

Wednesday, 11 May 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1

Teks : Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[PBAKL MAEPS 2016]

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 telah pun melabuhkan tirainya pada 9 Mei yang lalu. Alhamdulillah, saya berpeluang juga untuk berkunjung ke sana. Walaupun hanya dapat menghabiskan masa sehari saja kat sana namun saya tetap happy. Kalau sebelum ni memang ronda pi balik-pi balik tapi kali ini atas sebab-sebab tertentu dapat pergi sehari saja. Tak apalah, yang penting ada juga kenangan di tahun pertama kita berkampung di Maeps ini.

Saya bertolak dari Penang seawal jam 6:50am dan tiba di KLIA2 pada pukul 7:50am. Dari KLIA2 terus ambil ERL ke Putrajaya Sentral. Tiba di sana kira-kira jam 8:50am. Masih awal memandangkan shuttle bas ke Maeps hanya akan beroperasi jam 9:30am. So saya pi breakfast dulu la. Tepat 9:30am, shuttle bas ke Maeps pun tiba. Bayaran hanya RM1, memang jimat sungguh. Bukan saya seorang sahaja, ada hampir 15 orang penumpang yang turut menaiki shuttle bas ini.

Perjalanan ke Maeps hanya mengambil masa selama 20 minit. Kami turun di kawasan parking. Perjalanan ke dewan pesta buku tak jauh pun tapi boleh tahan la kalau nak jalan kaki. Kena panjat bukit, naik tangga ke atas... aduh, tak sanggup saya! Nasib baik ada disediakan tram. Best juga naik tram... sempoi sangat. Hehe...

Tram ni terus hantar ke Dewan A. Sesampai sahaja di sana mata tu dah disajikan dengan kiosk-kiosk yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Wah, meriah betul Food Truck ni. Ramai sangat orang. Semua pun ambil kesempatan isi perut dulu sementara tunggu dewan dibuka. Ada macam-macam menu dijual. Ada nasi lemak, bihun sup, mee sup, kuayteow sup, nasi ayam, segala macam roti dan ban. Pendek kata macam-macamlah. Saya tumpang tengok saja sebab dah breakfast tadi :)

Sebaik saja pintu Dewan A dibuka, saya terus masuk. Singgah dari satu booth ke satu booth. Tapi awal-awal lagi mata saya dah terpaut kat Kedai Pink Ain Maisarah. Setiap tahun booth ni memang menampilkan dekorasi yang amat menarik dan ceria. Sesuai dengan buku-buku yang ada dan sudah pasti ramai la nanti adik-adik yang melekat kat sini. Saya pun tak melepaskan peluang ambil gambar kat sini. #BlinkTravel


Lepas tu kita sambung jalan-jalan. Tak kisah booth apa, semua pun singgah sambil belek-belek buku. Sebenarnya kunjungan saya pada kali ini dengan satu azam iaitu tak mahu membazir. Saya target untuk beli 10 buah buku sahaja. So jom kita tengok siapa yang kena! :)

Jalan punya jalan tersinggahlah di Booth Karya Seni. Masuk jer pintu utama tu dah nampak kelibat novelis kesayangan saya, Sara Aisha. Memandangkan masih awal lagi, belum ada sesiapa yang beratur untuk mendapatkan tandatangan beliau jadi, saya ambil peluang tu untuk bergambar dengannya dulu la. Semua novel beliau saya dah beli termasuk novel terbaru berjudul Salju Kyoto. So masa untuk berposing saja lah! Sara Aisha ni kecil molek orangnya, tapi ideanya besar. Muka ada iras-iras kawan saya, Intan.


Lepas tu baru saya pi belek buku-buku terbaru terbitan Karya Seni dan Penulisan2u. Fuhhh.... banyak sungguh novel baru, mata tu dah haru-biru jadinya. Banyak sangat sampai tak tahu nak beli yang mana. Ingat..... 10 buah sahaja. Jangan nak mengada!! Haha!!!




Pilih punya pilih akhirnya saya beli novel-novel ni. Hanya lima buah sahaja, iaitu Assalamualaikum Cinta karya Zura Asyfar, Izinkan Aku Jadi Sayapmu karya Lily Haslina Nasir, Angin Cinta karya Aliesha Kirana, VVIP Di Hatiku karya Fatin Hassan, dan Tidak Pernah Sesal karya Umie Nadzimah. Cepat- cepat pi bayar kat kaunter sementara tak ramai lagi pengunjung.


Lagipun saya nak terus beratur untuk mendapatkan tandatangan novelis Zura Asyfar dan novelis baru Fatin Hassan. Nanti lambat-lambat ramai pula. Zura Asyfar memang dah kenal lama dengan karyanya Sebenarnya Saya Isteri Dia manakala Fatin Hassan pula baru nak berkenal-kenalan. :D



Tetapi tiba-tiba.... bila saya pusing belakang jer... eh eh, Bonde dengan Mas la. Memang rezeki sungguh jumpa diaorang kat booth Karya Seni ni. Bonde memang dah tahu dia nak datang pesta buku tapi Mas tak sihat katanya. Tengok-tengok Mas pun ada sekali. Hehe... Lepas tu apa lagi, kita pun posing dulu la. 


Okay, dah tengahari ya. Perut dah dah berkeroncong ni. Saya berempat dengan Bonde, Mas dan Fatin keluar dari dewan ke Food Truck untuk makan tengahari. Pengunjung makin ramai, memang penuh meja kat Food Truck tu. Okay, kami makan dulu. Nanti kita jumpa lagi di Part 2.

Adios!

Friday, 6 May 2016

10 Novel Dan Buku Pilihan PBAKL 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak berkongsi 10 novel dan buku umum pilihan saya untuk dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 yang diadakan di MAEPS. Pesta buku masih berlangsung ya sehingga 9 Mei nanti. So masih ada masa untuk berkunjung ke sana. Buku-buku dan novel yang saya nak kongsikan di sini adalah karya pilihan saya yang saya nak beli. 10 jer tau... yang lain tu kita beli di lain waktu. Hehe...



1. ANTOLOGI AKSI BUNUHAN - LYNN DAYANA, SYAIDA ILMUNA, LAILA KAMILIA & IZZA ARIPIN

Penerbit: Alaf21
Harga: RM27
2. RINDU AWAK SEPARUH NYAWA - SITI ROSMIZAH


Penerbit:SR Publication
Harga: RM40


3. IMPIAN JUTAWAN BUDAK SETINGGAN - ROSYAM NOR


Penerbit: Suhan Publication
Harga: RM24.90

4. IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - LILY HASLINA NASIR


Penerbit: Karya Seni
Harga: RM29

5. KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU - SURI RYANA


Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM30

6. RED VELVET - ACIK LANA


Penerbit: Kaki Novel
Harga: RM23

7. HATIKU NOT FOR SALE - BATIAH HADI


Penerbit: Alaf21
Harga: RM26

8. DERITA CINTA - AISYA SOFEA


Penerbit: Alaf21
Harga: RM30

9. ASSALAMUALAIKUM CINTA - ZURA ASYFAR


Penerbit: Karya Seni
Harga: RM35


10. ANGIN CINTA - ALIESHA KIRANA


Penerbit: Karya Seni
Harga: RM25

Okay, alhamdulillah... lapan daripada sepuluh buku dan novel ni saya dah beli masa saya berkunjung ke PBAKL minggu lepas. Lagi dua belum beli sebab Derita Cinta belum keluar lagi masa tu dan buku Rosyam Nor tu cari tak jumpa. Hehe... dah tak larat nak pusing dah sebab beg berat. Wah, alasan!! Tapi takpe, nanti kita beli online jer.

Okay, selamat berbelanja yea.

Adios!