Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Monday, 2 January 2023

Kangar Street Art 2.0

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


A Day In Kangar

Seronok juga sesekali kita jalan-jalan makan angin kan.

Nampaknya mood cuti-cuti Malaysia sudah kembali. Teringat kenangan lalu, dalam setahun mesti ada sekurang-kurangnya tiga kali percutian keluarga.

Tambahan pula di awal tahun banyak cuti umum kan. Jadi boleh rancang percutian anda. Tak dapat pergi jauh, dekat pun dikira bercuti juga kan.

Kangar Street Art 2.0

Kangar Street Art 2.0 terletak di tengah-tengah pekan Kangar. Semua mural yang ada di sini sangat cantik dan berwarna-warni.


Perlis memang panas. Jadi kena datang awal pagi, tak panas dan tak ramai orang.

Boleh bergambar dengan aman.

"Kakak, nak ais kacang satu." Irdina acah-acah kakak jual ais kacang tepi jalan.


"Wow, toko buku Kassim," Aku laju je bergambar. "Kangar Book Store pun ada."



Aku dan buku memang tidak dapat dipisahkan bagaikan aku dan kamu. Cewah!




Ada Legend Teh Ais ikat tepi juga. Al-Fatihah (dibaca) buat Almarhum Pak Yus.


"Jom kita masuk Gua Kelam." Pakku menarik tanganku.


"Kejap abang, nak swafoto dengan orang utan ni jap."


Jika penat bergambar boleh lepak minum kopi. Ada banyak tempat lepak buat penggemar kopi.

Kiri kanan pun ada gerai-gerai kecil menjual pelbagai makanan.











Memang puas hati sangat dengan tempat ni. Mural cantik automatik gambar semua cantik.

Jumpa lagi.

Wednesday, 16 March 2016

Taman Ular & Reptilia Sungai Batu Pahat Perlis

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah puas shopping dan makan-makan kat Padang Besar. Sekarang kita nak gerak pi tengok ular pula. Taman Ular & Reptilia atau Snake Farm ini terletak di Sungai Batu Pahat, kira-kira 10km dari Kangar Perlis. Ia dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula pukul 9am - 6pm. Harga tiket untuk dewasa ialah RM4 dan untuk kanak-kanak RM1.


Sesampai saja kami disambut dengan kereta kuda. Eh, tak lah. Ada kereta kuda kat sini... sape rasa-rasa nak naik boleh jaa...


Kat sini orang tak panggil Taman Ular... kita sebut Snake Farm. Hehe.. Kat sini ada macam-macam spesies ular, ular tempatan dan ular luar negara. Kira-kira hampir 150 ekor ular ada kat sini termasuklah ular sawa, ular kapak dan ular tedung selar. Ada ular yang diletakkan di dalam ruangan bertutup sebagai pameran dan ada juga yang diletakkan di luar untuk tatapan para pengunjung. Kalau kat luar tu kira macam dok dalam habitat dia yang sebenar la.

Lepas tu ada juga show ular kat dalam tu. Bukan show saja tapi kita juga boleh try pegang dan bergambar bersama. Haha... tak takut ke?? Saya kan, sebenarnya geli dengan ular ni. Kalau boleh tak maulah gi tengok ular. Tapi bila dah pi sini, boleh pula terbergambar dengan ular. Apalah!



Kat sini juga ada haiwan-haiwan lain seperti burung unta, iguana, buaya, burung dan lain-lain lagi. Budak-budak memang sukalah tengok haiwan-haiwan ni. Kalau dapat pi zoo lagi depa suka sebab lagi banyak haiwan yang ada.



Tarikan lain yang ada kat sini sudah semestinyalah pameran 3D yang begitu menarik. Kita boleh bergambar kat situ dengan pelbagai aksi dan gaya. Masing-masing mencuba berikan aksi yang terbaik.


 



Okay, hari pun dah lewat. Nak kena gerak balik Kulim dah.

Adios!

Tuesday, 15 March 2016

Shopping Kat Padang Besar Perlis

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali ni kita nak pi jalan-jalan ke Perlis pula. Kebetulan saya ikut team KRT dalam lawatan rasmi ke Jerlun. Dah alang-alang ke sana kami teruskan perjalanan ke Perlis. Kalau dah sampai Perlis tu tidak sah kalau tak singgah Padang Besar, tempat shopping terbesar kat Utara. Ia terletak bersempadan dengan negara Thailand.

Padang Besar merupakan sebuah pekan yang terkenal sebagai syurga membeli-belah dengan harga murah. Murah ke? Pada saya murah atau tak bergantung kepada kepandaian kita dalam bab tawar-menawar. Kalau pandai tawar, murahlah jadinya.

Kat sini ada dijual pelbagai jenis barang termasuk pakaian, pinggan-mangkuk, peralatan dapur, pelbagai jenis alat permainan, barangan hiasan rumah, makanan dan macam-macam lagilah. Seronok cuci mata tengok barang-barang ni.

Dan yang paling best makanan lah. Bukan sahaja makanan masyarakat Melayu bahkan kat sini rata-ratanya ada dijual makanan dari sempadan Thailand. Contohnya Pulut Mangga, Pulut Durian, Pulut Ayam, tomyam dan sewaktu dengannya tu tak payah ceritalah. Majoriti gerai makanan ala Thai. Ha, dapat makan puas-puas. Tak payah pi Danok pun tak pa, kat sini semua pun ada!

Saya hari tu tak shopping apa pun. Just beli barang-barang wajib kalau pi jenjalan tempat orang. Apa barang wajib tu...? Sudah tentulah t-shirt Padang Besar, keychain dan fridge magnet untuk kengkawan. Selebihnya, makan sajalah. Pulut Ayam dan Choconut Shake sudah semestinya. :)


 



Okay, lepas ni nak pi singgah Snake Farm sat. Nak tau cerita kami...? Stay tune!

Adios!