Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ini jer running shoes yang saya ada. Kasut pertama yang saya beli brand Skechers... beli murah-murah saja. Dan selepas tu baru pandai beli running shoes yang sesuai dengan kaki. Ada brand New Balance, Brooks, Asics, dan juga Nike. Yang first beli sampailah yang terbaru, semuanya masih elok dan masih digunakan. Tapi seronok juga tengok kawan-kawan runner yang bila dah bosan pakai kasut tu, jual kat kawan-kawan dengan harga yang murah dan kemudian beli kasut baru. Teringin juga nak buat macam tu, tapi ada ke orang nak beli? Hahah~
Bukan apa, kasut running saya saiz UK4 atau UK4.5. Rasanya tak ramai yang sama saiz dengan saya. So susah sikit nak jual kot. So tak apalah, selagi masih elok kita pakai sajalah. Tukar-tukarkan...
Bukan kasut running saja, kasut untuk training pun ada. Tapi semuanya kita belasah macam tu saja. Semuanya pakai pi training, running, hiking, pi jalan-jalan pun kadang-kadang pakai sport shoes juga. Ada ceq kesah? Hehehe... Tapi kadang-kadang tu kalau join running event dan rasa nak speed sikit... nak try podium... kita pakai la running shoes yang sepatutnya. Haha, nampakkkk!!
Walau apa pun semuanya kita sayang tau, sebab masing-masing ada cerita yang tersendiri dan masing-masih dah banyak berjasa kat Turtle Runner ni.
Thank you lah kat Pelari Misteri yang kalau beli running shoes kat dia mesti beli satu set kat saya sekali. Matching gitu... Tapi kan B... rasanya dah lama kita tak beli kasut kan. Nak kasut baru boleh? Hehe... tak sabar tunggu tahun depan, boleh dapat kasut baru. Tettt. :D
Much💗,
Friday, 21 September 2018
Thursday, 20 September 2018
Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Hiking Tokkun Hill Lagi
Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hiking Tokkun Hill lagi. Kali ini kita pergi berdua saja dengan Selajus Runner Ilah in da house. Semuanya last minit plan. Dok bagitau Ilah kata bosan la asyik joging kat Stadium Keladi saja. Jom kita gi Tokkun. Nak?
Ilah pon apa lagi, "Jom...."
Maka terjadilah cerita kami berdua di Tokkun. Kali ni hike santai-santai saja sambil stop bergambar di sana sini. Kesian Ilah... penat dia... belum sempat nak tarik nafas, As dah sibuk ajak posing. Hehe...
Jangan serik ya #mokcikpadu. Nanti kita gi lagi.

Friday, 14 September 2018
Giveaway Zati Yang Pertama ! "Semangat Merdeka"
[2018] #7 Fit Malaysia Penang 2018
Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
[Fit Malaysia Penang 2018]
[7 April 2018]
[Politeknik Permatang Pauh]
[5KM - Finisher]
Event Fit Malaysia ni memang sebuah event yang amat popular. Memang biasanya akan dapat sambutan yang amat menggalakkan. Masa event ni pun, memang ramai sangat yang join, berpuluh-puluh ribu orang. Terlalu ramai sehinggakan starting pun terpaksa main lepas saja. Kalau nak berkumpul kat starting line memang tak boleh, tak muat tempat. Jadi bila start ja, siapa yang tunggu kat sepanjang jalan just ikut berlari sahaja mengikut route masing-masing. Apa nak buat kan...
Bila event fun-fun macam ni, kita pun tak kisah sangat peraturannya. Just fun-fun... memang faham situasi yang ada yang tak akan memungkinkan perlaksanaanya secara sistematik. So tak ada pula yang hentam kata orang tu lari dari simpang jalan tu, orang ni lari dari simpang jalan ni. Masing-masing happy menghabiskan larian bersama-sama.
Yang bestnya, medal kali ini cantik dari sebelum-sebelumnya. Walaupun kecil saja tapi berwarna nampak serinya. Habis lari kita berzumba dan bergambar dengan kawan-kawan runner. Orang terlalu ramai, so kita pun tak nak lepak lama.

Okaylah, insyaAllah kalau ada rezeki kita join lagi lah tahun depan.
Much💗,
7 Days 7 Book Cover Challenge #4
Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
#MalaysiaMembaca
Hari #4 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.
Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.
Untuk hari #4, saya calonkan rakan pembaca, Kak Norazipati yang sudah baca beratus-ratus malah beribu-ribu buah novel mungkin.
Okay semua, untuk hari ke 4 ni saya nak share sebuah novel karya penulis dari Singapura. Novel yang saya maksudkan ialah Dedaun Hijau Di Angin Lalu karya Manaf Hamzah.
Sinopsis

Dedaun Hijau Di Angin Lalu - Manaf Hamzah
Sinopsis
======
Seolah kancah kehidupan ini terlalu panjang bagi Intan. Bertenggang dengan orang-orang kampung yang menjangkakan dia anak luar nikah justeru semenjak lahirnya tidak tahu siapa dan di mana ayah kandungannya, maka kehidupan yang dilalui itu sudah pasti dirasakan beranjau. Lebih-lebih lagi dirinya terjebak dalam perangkap perkahwinan tangkap basah.
Intan lalu dibawa ke kota dan suaminya itu meletakkan taraf dirinya sebagai tukang gaji. Meskipun tidak pernah merasa dicinta dan disayangi, Intan sanggup bersabar dan tabah, bahkan dalam diam-diam bercambah pula kasih sayang Intan kepada anak angkatnya dan semakin mendalam pula cinta Intan kepada suaminya. Tetapi sampai mana gerangan Intan dapat betahan dengan sikap menyerahnya itu?
Novel ini memaparkan komplikasi watak manusia yang membawa unsur-unsur percanggahan jiwa seorang doktor muda yang berhati batu dengan seorang wanita yang sentiasa menyerah dan akhirnya mengambil sikap tegas, tetapi ketegasan itu hampir-hampir menjerumuskan dirinya ke dalam jurang kegelapan.
Di samping keraguan watak yang mengangkat ciri-ciri simpati dan tipu daya manusia. Umpamanya ibu saudara jatuh cinta kepada anak saudaranya, abang makan adik tirinya, kawan menelan kawan, seorang pemuda jatuh cinta kepada isteri orang dan lain-lain yang berunsur suspen demi suspen.
Selamat Membaca.

So, check it out guys at Book Station.
Selamat Membaca.
Much💗,
Thursday, 13 September 2018
Segmen Bloglist September - Disember 2018
Tuesday, 4 September 2018
Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul
Saturday, 1 September 2018
7 Days 7 Book Cover Challenge #3
Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
#MalaysiaMembaca
Hari #3 : Selama 7 hari, saya akan pos gambar novel yang saya suka - tiada ulasan dan tiada penerangan - dan setiap hari saya akan calonkan seseorang pada pos saya untuk cabaran ini dan menggalakkan mereka melakukan hal yang serupa.
Saya dicalonkan oleh sahabat Blogger Bonde Zaidalifah Aisheteru.
Untuk hari #3, saya calonkan Novelis kecil molek yang amat baik hati... Novelis hebat yang sentiasa merendah diri iaitu Damya Hanna. Kalau nak tahu, karya beliau berjudul Sepi Tanpa Cinta merupakan novel pertama yang menjadi penghuni mini library saya.
Oh ya, Mentor saya pesan... kalau nak jadi penulis hebat macam dorang, kena baca buku yang dorang baca. So Damya Hanna, sila share buku-buku tu ya :).😅
Okay semua, untuk hari ke 3 ni saya nak share sebuah novel Kesusasteraan Afrika Moden yang menjadi bahan kajian saya semasa di Universiti.

Laungan Kebebasan - John Briley
Sinopsis
======
Sebuah novel berdasarkan lakon layar untuk Cry Freedom (Laungan Kebebasan) yang diubahsuai daripada dua buku cerita benar karangan Donald Woods berjudul Biko dan Asking For Trouble.
Kisah ini terlalu banyak menimbulkan kontroversi sehingga sebuah negara berusaha menutupnya, pegawai-pegawai polis berbohong tentangnya dan seorang lelaki beserta keluarganya membahayakan nyawa mereka untuk mendedahkannya.
Kisah ini ialah kisah Steve Biko, tokoh politik berkulit hitam yang masih muda. Kisah ini juga ialah kisah tentang Donald Woods, editor dan tokoh yang amat giat menentang aparteid. Woods lari meninggalkan negaranya untuk memberitahu dunia tentang Biko dan peristiwa yang menyelubungi kematiannya.
Keseluruhan jalinan cerita novel Cry Freedom (terj .) Laungan Kebebasan karya John Briley memaparkan suasana kehidupan masyarakat Afrika Selatan di bawah tekanan Apartheid. Namun demikian, novel ini masih kekal segar sebagai sebuah karya fiksyen yang menarik

Subscribe to:
Posts (Atom)