Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, 1 December 2015

Fuze Restaurant Everly Hotel Putrajaya

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okay, I am back. Masih berlegar-legar di Putrajaya. Hari ni nak cerita sikit tentang Fuze Restaurant yang terletak di Everly Hotel Putrajaya. Masa check in hari tu sekali dengan breakfast, jadi terdamparlah kat Fuze ni.

Dekorasinya amatlah menarik, memang high class sangat. Saya suka!! Pemilihan warna yang garang menampakkan gaya elegan, gaya mewah dan membawa mood lapar.
Hahah~ Tak caya? Jom tengok ni...






Oleh sebab saya breakfast jer kat sini, makanya makanan buffet saja yer. Tapi kalau nak diikutkan, menu yang ada kat Fuze Restaurant ni memang best. Macam-macam menu ada. Kalau nak tahu sedap ke tidak kena datang makan kat sini.

Okay, jumpa lagi entri seterusnya.

Adios!

Monday, 30 November 2015

The Everly Hotel Putrajaya

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ni saya nak review tentang The Everly Hotel Putrajaya. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di Precint 1 Putrajaya. Yang bestnya hotel ni connected dengan Shopping Mall Alamanda. So memang senang sangatlah kalau nak pergi Alamanda. Jalan kaki jer... Bukan itu saja, hotel ini juga berdekatan dengan Masjid Putrajaya, Tasik Putrajaya dan juga Pusat Pentadbiran Kerajaan di Putrajaya.

Kebetulan saya memang ada event kat Alamanda, sebab tu saya check in jer kat hotel ni. Tak perlu risau nak cari teksi ke apa.... memang senang sangat :) Kredit untuk Sis Fiza sebab rekomenkan hotel ni.

Kalau nak cerita pasal harga, The Everly Hotel ni boleh dikira murah kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain. Maklumlah, area Putrajaya kan... susah sikit nak cari hotel budget. Masa saya check in hari tu dalam RM225/night untuk Superior Room. Boleh laa....

Ini permandangan di sekitar hotel. Ada pool, ada tempat relax-relax kat luar... kalau bawa family memang boleh enjoy la...



Port yang paling saya suka semestinyalah yang ini. Siap ambil brochure bawa balik lagi :)


Okay, jom kita cuci mata tengok bilik pula. Bilik yang disediakan memang bersih dan kemas, dekorasi yang menarik serta lengkap dengan pelbagai kemudahan asas. Yang paling saya suka, ada sejadah yang disediakan tergantung di dalam almari. Sama macam kat Seri Pacific Hotel :)






Okay, kalau ada sesiapa yang nak ke Putrajaya, saya memang highly recommended The Everly Hotel. Nak book pun senang saja, boleh book melalui booking.com atau agoda.com atau pun book terus hotel ini di talian 603 8892 2929.

Jom Bercuti :)

Adios!