Saturday 29 April 2023

Pagi 1 Syawal di Serdang Kedah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Hargailah setiap momen yang ada kerana esok belum tentu kita dapat bersama."

Raya pertama di teratak ayah.

Alhamdulillah, dapat berkumpul bersama ayah dan  keluarga tersayang. 

Aktiviti wajib bergambar bersama keluarga. Semestinya di port kegemaran berlatarbelakangkan suasana kehijauan.

Bergambar bersama ayah tersayang dan keluarga Kak Emma

Ayah bersama keluarga Kak Ida & Atun

Anak saudara bersama Mak Long & Mak Su

Setiap kali pulang ke kampung, mesti bergambar di sini. Signature port teratak Tok Din.

#asberaya
#raya2023
#asaliffcircle

Jumpa lagi.

Friday 28 April 2023

Happy Administrative Professionals Day!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Happy Administrative Professionals Day!

"You are the backbones of this company. Your contribution to Intel’s success is immeasurable and we could not have achieved so much without you" ~ Pat Gelsinger, CEO Intel

"I appreciate all of you and everything you do to keep this organization running smoothly!" ~ Stacie Pruchnic

Thank you for all the wishes especially to my boss and my colleague.

Thanks CT!

#intelmodulerepair
#careerjourneyas

Jumpa lagi.

Rendang Raya 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rendang daging cili padi @ Rendang Hijau.

Tak ada rendang, tak sempurnalah raya kami.

Adik-beradik dan ipar duai sememangnya menanti rendang air tangan As. Walaupun pedas berapi namun tetap menjilat jari.

Eh, ketupat tak ada? 

Tahun ni makan ketupat dari Langkawi. Air tangan mama mentua Aniza Mirza Md Zain. Sejak hari Rabu keluarga mentua dah sampai untuk berhari raya di sini. 

Bukan ketupat saja, buah pelam epal, daun kari, daun kunyit dan brownies untuk untuk anak menantunya ini.

Untung betul dapat mentua sempoi.

Eh, awak masak rendang apa raya ni?

#hidupinikerasbeb
#asaliffberaya
#rendangdagingcilipadi

Jumpa lagi.

One With My Hubs

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Bergambar di studio ❌
Bergambar di rumah ✅

One with my hubs ❤

Tak sempurna raya tanpa gambar berdua dengan suami tercinta.





Awal-awal lagi suami dah ajar cara nak bergambar.

Kita bergambar macam ni. Sayang tengok sini, abang tengok sana. Tangan tu buat macam ni.

Eh!

Okey la, ikut je la.

#asaliffberaya 
#aidilfitri2023 
#asaliffcircle
#hijabistahubrayaootd2023

Jumpa lagi.

Baju Raya Sedondon

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


1 Syawal 1444H💓

Team Burgundy.
Baju raya pilih sendiri ya. Yang penting sedondon.



Hayla kebaya daripada Hijabistahub.
Meagan Luxe dan Piper Kurung daripada Qiszar.

Setiap tahun tak pernah miss berhari raya bersama Hijabistahub dan Qiszar. Sekali pakai terus melekat di hati.

#asaliffcircle

Jumpa lagi.

Eid Mubarak 1444H

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin 💓

Taqabballahu Minna Wa Minkum. Minal Aidil Wal Faizin. Eid Mubarak daripada kami sekeluarga.

Sempat bergambar sekeluarga pada pagi raya sebelum pulang ke kampung.

Alhamdulillah.

#asaliffcircle

Jumpa lagi.

Thursday 20 April 2023

Kukur Nyok!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Itah, tolong kukur nyok."

"Malas la ayah, beli santan segar kan senang. Masa pun jimat."

"Bukan susah nak kukur pun. Dah, tak payah cakap banyak. Pi kukur lekaih."

Teringat kenangan sehari sebelum raya. Aku selalu menjadi mangsa ayah untuk mengeruk isi kelapa.

Bukan tak pandai, cuma aku bijak menggunakan kemudahan yang ada. Kan ada santan segar, beli sajalah. Senang!

Mengapa mahu memilih kesusahan jika boleh memilih kesenangan. Kan!

Tapi kata ayah, kukur tu dah banyak berjasa. Dah senang jangan lupakan ia.

Lagipun, stok buah kelapa sentiasa ada. Bila-bila masa sahaja boleh guna.

Eh, kopek buah dan belah pun aku pandai tau. Cuma kadang-kadang belahan tu herot sikit la.

Arwah mak kata,  hati herot la tu! 

Jom pi pasar, nak beli santan untuk masak rendang. 

Tak ada santan tak jadi rendang. Tak ada rendang, tak sempurna raya kita.

Jumpa lagi.

Wednesday 19 April 2023

Prawn Butter Salted Egg

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam 28 Ramadan.

Setiap kali Ramadan memang tak risau nak masak apa. Saya memang jenis tak beria. Setiap hari masak satu jenis lauk saja. Makan dengan nasi putih, dah cukup!

Kalau nak tambah pun, telur mata.

Ringkas.

Siapa yang sama macam saya?

Jom saya belanja resipi  Prawn Butter Salted Egg. Kalau tak suka udang, tukar je dengan ayam atau ketam.

Makan dengan nasi panas. Boleh lajak sampai dua pinggan. Tapi jangan sampai terlajak solat maghrib sudah!

Okey ini resipinya:

Udang
Kunyit dan garam
Bawang putih (dipotong dadu)
Cili padi merah (dipotong bulat)
Daun kari
Butter
Susu cair
Telur masin (telur kuning sahaja)
Perasa secukupnya. 


Cara membuatnya:
  1. Gaul udang dengan kunyit dan garam.  Goreng dan toskan.
  2. Cairkan butter. Tumis bawang putih, cili padi merah dan daun kari sehingga kekuningan.
  3. Masukkan telur masin yang sudah dilenyek. Masak seketika. Kemudian masukkan susu cair secukupnya. 
  4. Masukkan udang. Gaul sebati.
  5. Letak perasa secukupnya. Saya letak sedikit sahaja sebab telur masin dah cukup rasa. Masak hingga sedikit kering. Siap.




* Saya guna kunyit hidup. Tumbuk kunyit hidup dan gaul dengan udang. Kalau tak ada kunyit hidup guna serbuk kunyit pun boleh.
* Telur masin tu saya campur dengan sedikit telur masin putih.

Mudah sahaja kan. Bahan pun senang nak dapat. Jangan lupa cuba resipi saya. 

Jumpa lagi.

Saturday 8 April 2023

Salam Nuzul Al-Quran

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam Nuzul al- Quran
17 Ramadan 1444H

Alhamdulillah, dapat juga membaca al-Quran setiap kali selepas solat subuh dan maghrib.

Setiap kali membaca al-Quran pasti terkenangkan almarhumah emak saya yang sering menjadikan al-Quran sebagai teman setia pada bulan Ramadan.

Kisah beliau saya jadikan karya dalam buku terbaru saya yang akan terbit tidak lama lagi.

Tajuknya, "Mak Tok, Kami Rindu!" yang termuat dalam Antologi Legasi Nenda

Nak baca? Boleh pratempah sekarang ya.

#nuzulquran
#legasinenda3
#asmenulis 
#bukuassamsudin

Jumpa lagi.