Wednesday 31 May 2023

Buku Terbaharu Karya As Samsudin

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.

Alhamdulillah.

Tiga buah buku antologi terbaharu saya telah dilancarkan pada 27 Mei 2023 yang lalu sempena PBAKL di Bilik Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Majlis pelancaran serentak bagi 20 buah buku baharu terbitan Writer's Write. Karya kecil saya termuat di dalam tiga buah buku antologi yang sangat istimewa.

Antologi Kerjaya Siri 1
Antologi Legasi Nenda Siri 3
Anekdot PBAKL 2022 - Sesat

Terima kasih Puan Sri Diah Shaharuddin dan seluruh tim pelancaran buku yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Gembira dan sedih bercampur-baur. 

Gembira kerana buku yang ditunggu-tunggu akhirnya terbit juga.
Sedih kerana tidak berpeluang menghadiri program Himpunan Writerprenuer dan menyaksikan sendiri majlis pelancaran ini.

Terubat juga hati ini melihat kaver yang cantik. Saya sudah tidak sabar mahu memeluk buku-buku ini, anda bagaimana?

Pra tempahan kini dibuka. Rugi tau kalau tak beli. Tempah sekarang ya.

Jumpa lagi.

Friday 26 May 2023

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023
26 Mei – 4 Jun 2023
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Hari ini bermulalah pesta buku yang ditunggu-tunggu oleh seluruh pencinta buku tanah air.

Mesti seronok kan bersesak-sesak dari satu reruai ke satu reruai sambil membelek buku-buku kegemaran. 

Rancang nak beli 10 buah buku tapi beranak-pinak pula menjadi 20 buah. Beg pun beranak-pinak juga.

Wah, seronoknya!

Nampaknya, tahun ini bukan rezeki saya untuk menjejakkan kaki ke sana. Sedih juga tapi hari ini kan baru hari pertama, masih ada sembilan hari lagi.

Selagi belum berakhir selagi itu ada peluang untuk saya ke sana. InsyaAllah.

Jomlah kita pujuk hati dengan koleksi gambar PBAKL yang lalu. 





Ah, rindunya!

Selamat berpesta semua.

#pestabukuantarabangsakualalumpur2023
#pbakl2023
#asdanpestabuku
#klibf2023

Jumpa lagi.

Tuesday 16 May 2023

Selamat Hari Guru 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


16 Mei 2023
Guru Insani Pemangkin Generasi Madani.

Selamat Hari Guru buat semua guru yang banyak berkorban dalam mendidik saya.

Istimewa buat guru penulisan saya, Mak Sri Diah Shaharuddin yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu sehingga akhirnya saya mampu memeluk buku sendiri. Terima kasih mak. Jasamu tetap dikenang. Semoga mak sentiasa dirahmati Allah.

Buat sahabat-sahabat yang bergelar guru dan para pengkarya UniKH yang banyak berkongsi ilmu, terima kasih atas budi dan bakti kalian. 

Tahniah! Teruskan berjuang dalam mendidik anak bangsa.

Gambar kenangan pertama kali berguru dengan Mak Sri dan Stefano Romano. Bengkel di Jitra Kedah.

#selamathariguru2023

Jumpa lagi.

Monday 15 May 2023

15 Mei l 3km l Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Nak kurus tapi malas nak joging.

3km sebelum masuk office.

Buat rasa-rasa.

Jumpa lagi.

Hayla Kebaya by Hijabistahub

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ada yang jatuh cinta dengan Hayla Kebaya ni? Koleksi baju Wawa Zainal ni memang memukau. Nak dapat pun susah tau, jenuh berebut.



Tahun kedua beraya bersama Hijabistahub.

Jumpa lagi.

Friday 12 May 2023

Masih di Teratak Ayah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Sesibuk apapun kita, sejauh manapun pergi, keluarga merupakan tempat pulang."

Masih di teratak ayah. Tidak sah jika tidak berootd di sini.

Tak kisah walaupun view yang sama setiap kali bergambar.

Saya suka.







Jumpa lagi.

Thursday 11 May 2023

Nak Pergi Pesta Buku Tak?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Bahang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 semakin terasa. PBAKL kali ini akan bermula pada 26 Mei hingga 4 Jun 2023.

Nak pergi tak?

Sudah rancang nak pakai baju warna apa? Hotel sudah tempah? 

Dua hari lepas saya melihat status mak Sri Diah di Facebook, terdetik di hati 'eh, saya pun ada bergambar di sini'. Terus cari semula gambar yang sama, teruja nak berkongsi di sini. 


Ada dua gambar yang sama dengan baju berbeza. Saja nak beritahu saya pergi ke pesta buku dua hari berturut-turut tau.



Tahun ini masih samar-samar lagi. Nampak gayanya macam tak ada rezeki untuk bergambar macam ni lagi.

Sedih.

Jumpa lagi.

Friday 5 May 2023

Langkawi Ultra 2023 l Wish Me Luck!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Langkawi Ultra 2023 🌴
Enjoy the race, enjoy the moment. 

Wish me luck!



#turtlerunner 
#langkawiultra2023
#asaliffrunningjourney
#loneranger

Jumpa lagi.

Wednesday 3 May 2023

Life is Beautiful Giveaway

Teks: As Samsudin
Foto: mummyayu.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Klik banner untuk join giveaway ini ya :)

Alhamdulillah, bertambah lagi kenalan di alam maya. Salam perkenalan ya Mummy Ayu. As baru follow blog MA dan baru saja singgah sekejap. Nanti As singgah lagi ya.

So far, As suka blog MA sebab ada macam-macam info. Paling As suka sudah tentu info berkaitan 'Travel'. As suka travel jadi memang mudah tertarik dengan blog yang menulis tentang jalan-jalan. 

Wah, ada kisah 'cooking' juga ya. Rajin MA memasak. Mesti sedap kan. Banyak entri MA, nanti As singgah lagi ya. Tahniah!

You all jomlah join Giveaway MA. Tarikh tutup 5 Mei 2023. Masih ada masa lagi tau. Cepat join ya.

Jumpa lagi.