Showing posts with label Bola. Show all posts
Showing posts with label Bola. Show all posts

Monday, 19 December 2022

Argentina, Juara Qatar World Cup 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Congratulations Argentina!

Argentina berjaya mengalahkan Perancis dalam salah satu perlawanan terhebat dalam sejarah kejohanan itu.

Argentina menang 4-2 dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 3-3 dalam masa tambahan.

Saya memang peminat bola sepak. Namun kerana kesibukan dan keletihan dengan pelbagai urusan menyebabkan tiada daya upaya untuk mengikuti kemeriahan Piala Dunia Qatar 2022.

Apa pun, tahniah Argentina. Tahniah Messi!

Jumpa lagi.

Tuesday, 19 April 2016

Separuh Akhir 1 Superbest Power Piala FA 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & FB Kedah FA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

LIVE DARI STADIUM DARUL AMAN
SEPARUH AKHIR 1 SUPERBEST POWER PIALA FA 2016
KEDAH VS JDT FC

Kedah menang yeay!

Keputusan yang memang saya jangka! Ewahhh!!

Tapi nak habaq mai... game ni memang best. Dekat dua tahun kot tunggu Kedah bertembung dengan JDT... akhirnya malam tu bertemu juga depa. Sebab tu la saya pi tengok kat Stadium.... sebab saya pun peminat JDT. Oh owh... #jangankecamsaya.

Tapi untuk malam tu mesti la saya sokong team Lang Merah... mana boleh sokong JDT... saya pakai jersi HijauKuning kot... tak caya..? Ha tengok kat bawah ni...


Aksi Separuh Akhir 1 saya tengok Badrol dengan Liridon memang bagi persembahan yang amat baik. Depa dua memang bekerja keras memastikan kemenangan Kedah malam tu. Walaupun kami semua terkejut tengok Badrol dapat kad kuning tapi itu tak mematahkan semangat. Perjuangan harus diteruskan. Tapi memang tak puas hati gak la... awal lagi kot nak bagi kad kuning pun... pengadil ni memang nak kena kad merah ni!!


Liridon pula saya tengok memang selalu dapat bola dan dia memang tangkas mengawal bola tu. Pusing kiri kanan kiri balik depan belakang semua ada... cayalah Liridon!!


Gol pembukaan Kedah dijaringkan oleh Muhamad Farhan Roslan. Terbaik la Farhan... selalu dia jadi pemain simpanan jer tapi kali ni dia tersenarai awal-awal lagi. Saya sebenarnya terkejut gak, tetiba ja gol. Memang tak dijangka langsung!!


Gol kedua pula hasil rembatan padu Sandro Mendonca di minit-minit akhir separuh masa pertama. Masa ni rasa memang puas sangat sebab dah 2 gol tapi hati tu tau dah. Satgi JDT mesti bangkit lawan balik. Siap la Lang Merah!!

Tapi Lang Merah tak gentar. Kita mampu bertahan untuk 45 minit seterusnya. Dan akhirnya.... wisel pun ditiup setelah habis lima minit masa tambahan. Kedah berjaya menewaskan JDT FC dengan gol 2-1. Semua pun happy, semua pun nyanyi lagu 'Biar Jasa Jadi Kenangan' sejurus sahaja tamat perlawanan.

Dengan bekalan agregat 2-1 kita ke Larkin 30 April nanti. Pastinya lebih mendebarkan. Kalau tak silap saya Liridon dan Amirul Hisham Awang tidak dapat beraksi di Larkin nanti sebab dah dapat dua kad kuning. So lu pikirlah sendiri. Dup dap dup dap tu....... apa-apapun teruskan sokongan padu kita buat skuad Lang Merah.

#PulunKedahPulun

Jom kita cuci mata tengok gambar-gambar kenangan ni dari lensa kamera Kedah FA. Thanks Kedah FA.








Ini pula gambar kenangan dari lensa Note saya. Enjoy!!






Adios!

Sunday, 6 March 2016

Piala FA - Live Di Stadium Darul Aman

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[SUPERBEST POWER PIALA FA 2016]

KEDAH VS KELANTAN.
4 MAC 2016
STADIUM DARUL AMAN


 

#throwback
Memori indah tengok bola secara live kat Stadium Darul Aman. Semangat Hijau Kuning memenuhi ruang. Semua orang memang excited sangat.





Walaupun kita tersentak dengan gol pertama Kelantan namun cool tetap cool. Mata tetap fokus. Dok fokus kat Badrol dan Carlos. Haha... 45 minit pertama kita ketinggalan 1-0 dengan skuad The Red Warrior. Tak pa, kita relax dulu.


Tiba-tiba ternampak kelibat Dato' Seri Vida. Memang pinky Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih. Mmmuah..... :) Semua orang dok bersorak sakan!!


Okay, permainan diteruskan. Ya, GOLLLLLLLLL!!! Gol penyamaan di minit 46 separuh masa kedua hasil jaringan Khairul Helmi Johari memang menyuntik semangat kami semua. Masing-masing mula bersorak. Punya harap Pulun Kedah Pulun untuk menambah jaringan tapi hampa. Permainan diteruskan ke 30 minit masa tambahan yang akhirnya menyaksikan Kedah seri 1-1.

 

Ok, tak pa. Kita tunggu penentuan sepakan penalti. Yes! Yes! Kedah akhirnya menang 5-4 sepakan penalti bila mana pemain Kelantan gagal menyempurnakan sepakan penalti yang terakhir.





Sorakan penonton bersatu dengan kegembiraan pemain-pemain Kedah!


Tahniah skuad Hijau Kuning! Tahniah Lang Merah! Kedah berjaya menempatkan diri ke Suku Akhir. You all memang terbaik!!

Kita jumpa lagi nanti.

Adios!

Saturday, 12 December 2015

Final TM Piala Malaysia 2015 - Selangor vs Kedah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

FINAL TM PIALA MALAYSIA 2015
Selangor vs Kedah
12.12.15 Sabtu 9:00PM
Stadium Ahah Alam


Tahniah buat skuad Hijau Kuning sebab berjaya ke Final Piala Malaysia 2015!

Bak kata Ramon Marcote:

Kedah adalah pasukan bukan pilihan tetapi skuad hijaukuning dalam momentum terbaik untuk memburu kemenangan di FINAL.
Dengan pemain bebas dari kecederaan, Sabtu ini Kedah akan terus memberi aksi terbaik dari awal hinggalah ke wisel penamat.

Okay, tak mo cakap banyak dah. Jok kita saksikan!!

PULUN KEDAH PULUN!

Adios!

Friday, 11 December 2015

OLA BOLA Akan Datang 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

OLA BOLA
AKAN DATANG 2016


Sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh jutaan peminat bola sepak. Bila tengok trailer dia macam best jer... opss... memang best pun. Saya pun baru jer tahu pasal movie ni... thanks a lot to my dear fren sebab kasi tau saya... u know me well lah ><

Jom layan trailer ni dulu.


 Adios!

Wednesday, 2 December 2015

Separuh Akhir 1 TM Piala Malaysia 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam ni bola weyy!!


Okay, JDT telah tewas. Fokus seterusnya semestinyalah pada skuad Hijau Kuning. Perlawanan malam ini amat penting untuk Lang Merah. Kalau diimbas kembali aksi Suku Akhir, para pemain telah mempamerkan mutu permainan yang amat menarik dan kemas. Jadi harapan agar momentum ini akan berterusan untuk aksi pada malam ini.

Sedihnya, kelibat Baddrol Bakhtiar tidak akan kelihatan di atas padang pada malam ini kerana beliau telah digantung satu perlawanan gara-gara mendapat 2 kad kuning di peringkat kalah mati. Namun, semangatnya pasti telah dibawa oleh pemain-pemain lain ke atas padang. 

Jangan lupa, pemain paling berpengalaman Felda United, Indra Putra Mahyuddin juga turut digantung kerana 2 kad kuning. Christie Jayaseelan pula tidak dapat beraksi kerana kecederaan. So kita mengharapkan agar skuad Hijau Kuning dapat menggunakan peluang keemasan ini. 

Tumpuan sudah semestinyalah kepada calon Pemain Terbaik Bulan November, Mohd Syazwan Zainon. Harap-harap beliau mampu mempamerkan aksi-aksi cemerlang malam ini. Oh ya, jangan lupa kepada Chidi Edeh. Kontraknya telah pun dilanjutkan selama sebulan. Maksudnya, beliau akan terus mengamok pada malam ini dan juga Ahad nanti! Nantikan aksi-aksi menarik dan kejutan daripada beliau.

GO GO Skuad Hijau Kuning. Pastikan ada GOL di tempat lawan sebagai bekalan Separuh Akhir 2 di Stadium Darul Aman Ahad nanti.

Jangan lupa saksikan pertembungan menarik ini di TV9!

Adios!

Saturday, 28 November 2015

Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2015]

Siapakah yang bakal mengisi 4 slot ke separuh akhir Piala Malaysia malam ini?

Harimau Selatan atau The Fighters?
Tok Gajah atau Singa Selatan?
Lang Merah atau The Red Ants?
The Red Giants atau Bujang Senang?

Jom kita saksikan!

All the best guys!!!

Majulah bola sepak negara!!!

Adios!

Tuesday, 24 November 2015

Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Suku Akhir 1 Piala Malaysia 2015.

Okay, debaran yang cukup kuat. Malam ni saya pilih Kedah & JDT. Tv ini malam ceq yang punya. Remote harus sentiasa di tangan.

Tahniah buat Kedah sebab berjaya ke Suku Akhir PM musim ini. Walaupun saya peminat tegar Harimau Selatan namun saya tetap memberi sokongan yang padu buat skuad Helang Merah!

Semua team punya misi yang tersendiri. JDT sudah pasti memburu piala ke-4 mereka untuk musim ini.

Apa-apa pun debaran malam ini lebih kepada Tok Gajah. Saya mengharapkan skuad Tok Gajah mampu membenam kemaraan Lions XII. Mereka harus mempertahankan Piala Malaysia di bumi Malaysia!!

All the best guys!!!

Majulah bola sepak negara!!!

Adios!

Tuesday, 3 November 2015

JDT Champion AFC Cup 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hip hip hooray!!

Yeah... JDT muncul juara Piala AFC 2015!

Pasukan JDT mencipta sejarah dengan kemenangan mereka menjuarai Piala AFC 2015 dan menumpaskan FC Istiklol 1-0 pada malam final AFC Cup di Stadium Central Republikan Sabtu lalu. Tahniah buat pemain-pemain JDT! Tahniah Mario Gomez! Tahniah TMJ! Tahniah Malaysia dan semua penyokong bola sepak tanahair sebab kita semua bersatu-padu memberi semangat buat team Harimau Selatan.

Klub Malaysia Catat Sejarah Juara Piala AFC Netizen Indonesia Miris Sepak Bola Nasional

Yeah...jutaan tahniah juga buat Kapten JDT, Safiq Rahim kerana terpilih sebagai Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015.


Majulah Bola Sepak Untuk Negara!

Adios!

Saturday, 31 October 2015

Piala AFC 2015 - Good Luck JDT

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[AFC Cup 2015]




Bola Weyy Bola!

Okay, malam ni game final Piala AFC 2015. FC Istiklol akan bertemu dengan JDT di Stadium Central Republican. JDT pasukan terbaik Malaysia... pasukan yang amat saya suka... tapi saya sokong juga team Kedah yea... hehe...

By the way, untuk malam ni saya pasti satu pertarungan hebat dan sengit akan berlaku. Ayuh semua rakyat Malaysia, sama-sama kita saksikan game ni dan sama-sama beri sokongan yang padu buat Safiq Rahim and the gang.

Ayuh JDT! Ayuh Harimau Selatan! Ayuh mara Johor Darul Takzim! Luaskan kuasamu! Harumkan nama Malaysia!

Kami semua tetap di belakangmu!

Good Luck Southern Tigers!

Adios!