Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Tuesday, 28 August 2018

Hiking Di Tokkun Hill Bukit Mertajam

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak berhiking. Terasa rindu pula. Dulu seminggu sekali mesti nak selit training di Tokkun Hill. Kadang-kadang guna route jalan tar dan kadang-kadang guna trek bukit. Kedua-duanya mencabar tapi kalau nak lebih kepuasan kita guna trek bukit lah.

Training bukit ni bagus untuk kuatkan kaki dan paha. Lebih-lebih lagi untuk runner-runner macam saya ni. Kalau dapat buat seminggu sekali pun dah cukup sebenarnya. Tapi sekarang ni masa memang tak cukup nak pi naik Tokkun, cuma sempat training bukit Hi-Tech saja. Haha... acah2 bukit juga tu. Tapi memang padu lah naik Hi-tech pun. Pantang curi tulang berenti sat jaa pon...coach dah tempikk! Haha... ya ampun...

Hike kat Tokkun ni kalau pi ramai-ramai memang best. Tapi kalau ada geng dua tiga orang pun dah okay sebenarnya. Nanti kat sana masa nak naik tu mesti terserempak dengan geng-geng lain. Kalau kita slow, follow saja belakang depa. Kalau kita laju sikit, depa lak follow belakang kita. Dah jadi macam satu geng pula.

Sebab tu lah adanya caption;
Runner... Hiker...
Kita Semua Bersaudara. 

Sama-sama hike...sama-sama sampai ke puncak. Betul kan.... :D




So, bila ada ja peluang berhiking memang Tokkun Hill yang menjadi pilihan. Dekat pun dekat... Tapi kalau ada peluang yang lain, mesti nak juga rasa berhiking kat tempat lain pula. Nantilah... tunggu masa yang sesuai untuk pi yang jauh-jauh. Sekarang ni cukup apa yang ada.

Yang penting ada aktiviti. Kan...

So uolls semua kalau ada masa tu, pergilah hiking kat mana-mana yang sesuai. Dekat atau jauh tak kisah, yang penting pengalaman yang kita dapat tu cukup berharga sebenarnya.

Selamat Berhiking.

Much💗,

Monday, 30 July 2018

Santai Petang Di Pantai Pasir Panjang Balik Pulau

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pantai Pasir Panjang yang terletak di Balik Pulau, Penang ini merupakan suatu tempat yang amat sesuai untuk beriadah santai-santai di waktu petang dan berkelah bersama keluarga di hujung minggu.

Tapi dengar cerita, sejak tsunami dulu pantai ni sudah tidak sesuai lagi untuk mandi-manda. Lautnya menjadi dalam akibat hakisan dan ombak pun kuat. Memang bahaya.

Saya ke sana pun sekadar pi training berlari di pantai sambil menikmati keindahan pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Walaupun begitu, pantai ini masih menerima kunjungan penduduk-penduduk setempat. Masa saya pi tu, ramai juga yang ada kat sana.

Tapi kalau tengok lautnya, memang nampak dalam. Sekali air pasang, pantai pun dah tak kelihatan. Memang terasa ada bahaya di situ. So kalau nak pi sini, berhati-hatilah.



Nampak cantik kan pantai ni. Terasa segar sekali kat sini.

Okaylah, lepas ni jom kita cari tempat training lain pula.

Much💗,

Thursday, 12 July 2018

Penang Street Art - Lebuh Chulia

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Penang Street Art - Lebuh Chulia.

Kali ini kita nak review tentang Street Art Collection kat Lebuh Chulia Penang iaitu berhampiran dengan Grand Swiss Hotel. Mural kat sini terletak di wall lorong masuk ke hotel berkenaan. Ada beberapa mural yang dilukis oleh Yakuzat Creation. Antaranya menampilkan Beethoven with a piano.

Abaikan model yang tak jadi tu :)
Selain itu, ada juga mural yang menampilkan Dr Sun Yat Sen yang dok kat beca. Ha jom mai pakat-pakat tolong bawa beca tu ya. Hehe...

Berat... tak terangkat... XD
Mr Bean with bicycle pun ada juga. Lekaih jom...


Yang paling sempoi mural Marilyn Monroe on the bench. Sape nak acah-acah dating ngan Marilyn boleh la mai sini. Hahah~

Mamat poyo ni tak minat dating ngan Marilyn, sebab tu aksi dia macam tu kot. Hahaha...

So, kepada peminat-peminat tegar Street Art, jangan lepaskan peluang ini untuk explore Lebuh Chulia dan bergambar kat sana. Pelbagai aksi dan gaya boleh kita cuba. Memang best!

Jumpa lagi di Street Art yang lain nanti. Sambil tu boleh juga view Street Art Alor Setar.

Enjoy ya!

Much💗,

Wednesday, 11 July 2018

Syurga Buku Terpakai Bazar Chowrasta Penang.

Teks: As Samsudin
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syurga Buku Terpakai.

Siapa pernah berkunjung ke Kedai Buku Second Hand di Bazar Chowrasta Penang? Syurga buku terpakai kan? Kedai ini terletak di Tingkat 2 Bazar Chowrasta. Naik ja tangga ke tingkat atas, anda akan nampak beribu-ribu buah buku terpakai bersusun-susun bertingkat-tingkat sehingga memenuhi ruang laluan di depan kedai.

Punya la banyak sampai tak tahu nak pilih macamana!



Tapi kalau anda pencinta buku, setakat lepak dua tiga jam di sini untuk membelek buku-buku yang ada  bukan satu masalah kan. Walaupun panas sehingga memercik peluh namun terasa sejuk di dalam. Cewahhh.... nak habaq betapa ralitnya kalau dapat belek buku-buku kat sini.

Yelah, bukan sahaja novel dan buku-buku popular malah buku-buku yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran pun kadang kala ada kat sini. Sebab tu memang kena ambil masa untuk belek satu-persatu.

So, kepada sesiapa yang nak cari buku-buku terpakai yang 'rare' bolehlah berkunjung ke sini. Bukan sahaja boleh dapatkan dengan harga yang murah malah kalau kena gaya dapat buku free lagi. Kena pandai bodek tuan punya kedai lah kan. Janji borong dulu, baru boleh minta buku free. Hokeeh ^_^

Selamat berkunjung ke sini ya.

Much💗,

Monday, 14 March 2016

Penang Chowrasta Market

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kami masih berada di Penang. Kalau mai Penang tempat wajib singgah adalah Chowrasta Market kat Penang Road tu. Tak kisah berapa kali mai Penang, mesti nak singgah sini. Apa yang best sangat kat sini eh? Nak cari apa??


Ha, jangan tak tau. Kat sinilah tempat favourite saya kalau nak beli buah berangan. Saya suka makan buah berangan. Kalau mai Chowrasta Market mesti singgah beli buah berangan kat Uncle ni. Sedap tau buah berangan... lemak-lemak manis. Sekali beli kena beli lebih sebab satu bungkus makan dalam kereta, satu bungkus makan kat rumah, satu bungkus lagi makan esok hari pulak. Hahah~


Inilah Uncle yang saya selalu beli buah berangan tu. Uncle ni memang dah lama jual buah berangan kat sini. Gerai lain pun ada juga, dua-tiga gerai lagi. Tapi kat gerai Uncle ni buah berangan dia masak elok. Tak mentah. Panas-panas makan memang ummpphhh!!!


Lepas tu jangan lupa beli jeruk buah. Kat bahagian bawah Chowrasta Market tu ada banyak gerai yang menjual pelbagai jenis jeruk. Pilih saja yang mana suka. Jeruk Madu Pak Ali pun ada... kat kedai bahagian luar tu. Dekat dengan uncle buah berangan ni. Saya kalau beli jeruk buah mesti beli kat kedai Nasir Jeruk Chowrasta. Kedainya sebelah Jeruk Madu Pak Ali. Siap borong berbungkus-bungkus lagi, macam-macam jenis.


Kalau nak shopping kain-baju boleh juga. Ada banyak pilihan kain pasang, kain batik, baju, t-shirt dan telekung. Baju kurung dan kebaya siap pun ada. Pilih saja yang mana suka. T-shirt Penang jangan dilupa. Belilah selai dua untuk kenangan.



Saya suka shopping kat kedai cenderahati Beads Zone. Kedai dia kat area belakang sebaris dengan Restoren Hameediyah. Kat area parking kereta tu. Ada macam-macam barang kat situ termasuklah gelang, cincin, rantai yang ukirannya unik sekali. T-shirt dia pun cantik-cantik dan pelik-pelik sikit. Itu saya suka! Rare!!


Sebelum balik, jom kita pi pekena Rojak Pasembur, Laksa Penang dan ABC kat Padang Kota Lama. Menu wajib ni :)

Adios!

Sunday, 13 March 2016

Bukit Genting Hill Penang

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini BFF Travel... dari Selatan ke Utara. Johor, Melaka, Kedah dan tetiba bersatu kat Penang. Sahabat sehati-sejiwa... jumpa pun setahun sekali. Ah, yolah tu!! Kali ni kita nak meneroka ke satu tempat baru dan terpencil sikit.

[BUKIT GENTING HILL PENANG]

Siapa pernah pergi Bukit Genting Hill Penang? Tak pernah? Tak tahu pun tempat ni? Ya, mungkin itu antara jawapan anda. Saya pun masa kawan ajak mai sini, tanya balik kat dia, "kat mana tu?" Hehe... memang tak pernah tau pun tempat ni... dan tak pernah dengar sebelum ni.


Bukit Genting Hill ni merupakan sebuah bukit kecil yang terletak di Teluk Kumbar dan menghubungkannya dengan Balik Pulau. Bagi mereka yang pertama kali hendak ke sini saya cadangkan anda guna Waze saja. Memang sampai ke atas bukit. Tapi ingin diingatkan di sini, dah nama pun bukit kan so memang naik bukit ke atas. Tinggi dan scary sikit la. Sapa yang tak biasa drive naik bukit tu better hati-hati.

Saya tak pasti sama ada kalau guna kereta auto boleh sampai ke atas atau tak. Sebab ada part yang memang tinggi sangat dan mencabar. Saya hari tu guna kereta manual, gear dua gear satu ja. Kalau tak memang tak lepas naik. Sepanjang perjalanan tu masing-masing muka pucat dan duduk diam saja. Berdoa moga-moga selamat sampai. Kadang-kadang tu terkeluar juga ayat, "Betul ke jalan ni?" tapi memang betullah! Memang jalan dia macam tu... masuk hutan skit. Hahah~


Sepanjang perjalanan memang tak terserempak langsung dengan kereta lain. Itu yang menambahkan rasa sangsi tu. Tapi tawakal sajalah. Sebaik sahaja sampai kat atas, tu dia.... ada banyak kereta park kat situ. So memang betul lah tempat ni. Rasa macam dah selamat dah. Hehe...

Suasana kat sini amatlah tenang dan damai. Landskap dia cantik sangat. Memang tempat ni dah jadi salah satu tempat menarik kat Penang. Sesuai untuk bersantai-santai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Esa.




View kat sini memang cantik ya amat. Subhanallah! Saya memang suka sangat. Kira kita ni berdiri di tempat yang paling tinggi la kat Balik Pulau tu, nampak kawasan Balik Pulau secara keseluruhannya. Kalau mai time matahari terbenam lagi cantik kot!










Ha, cantik kan! So lepas ni kalau uolls mai Penang boleh la singgah ke Bukit Genting Hill. Kat sini juga ada sebuah restoren yang konsepnya terapung kat atas. Namanya Bukit Genting Hill Leisure Park & Restaurant. Restoren Chinese... so kita mai lepak cuci-cuci mata dah la yea...


 



Okay, tiba masa nak turun bawah. Oh, patutlah tak terserempak dengan kereta lain masa naik tadi rupanya masa turun kita ikut jalan lain. Memang dibuat one-way... tapi baguslah sebab keselamatan diutamakan. Sampai separuh jalan baru masuk yang two-way. Masa turun tu rasa sat saja dah sampai jalan besar. Hehe...

Sekian dahulu BFF Travel kami. Uolls kalau sampai Penang singgah la tempat ni okay. Kita jumpa lagi nanti.

Adios!