Showing posts with label BKH Anekdot Sesat. Show all posts
Showing posts with label BKH Anekdot Sesat. Show all posts

Monday, 19 June 2023

PBAKL 2023 - Wajib Singgah Reruai SHE

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


PBAKL 2023.

Destinasi pertama tentulah ke reruai SHE di Aras 3. Buku terbaharu saya berjudul Sesat ada dijual di sini.

Masuk sahaja ke reruai SHE, terus ternampak anekdot Sesat. Bersanding di sebelah adik-beradiknya, Jumpa.

Buku terbaharu terbitan Writers Write, Anekdot Sesat dan Jumpa

Kebetulan masa saya sampai, hanya tinggal naskhah terakhir. Cepat je tangan saya capai, peluk tak lepas dah.

Takut nak lepas, takut orang lain ambil.

Alhamdulillah, setiap kali melihat buku sendiri di rak buku sempena PBAKL, terbit rasa bangga yang tak mampu diucap dengan kata-kata.

Apatah lagi jika buku 'sold out' di PBAKL, gembira macam nak lompat bintang.

Nampak tak rak di belakang kami tu? Buku Sesat dah hilang kan. 😅


Ha, buku Sesat 'sold out' tau. Siapa pembeli naskhah terakhir Sesat?

Awak ke?

Tak kisah siapa yang beli, yang penting buku Sesat habis dijual di PBAKL, mengikut jejak adik-beradiknya, Hilang.

Masya-Allah, tabarakallah.

Sebenarnya sayalah pembeli naskhah terakhir Sesat di PBAKL.

Awak cemburu ke tu? 😅


Tabik spring la dekat bos besar Rak Buku SHE, Nurul Syahida Hassan. Manis orangnya.

Bersama bos besar Rak Buku SHE, Nurul Syahida Hassan

Rezeki saya juga dapat jumpa sahabat penulis. Ada Cikgu Yatim, tuan Nizam Wahid, Abang Long Feroz, dan penulis buku Memoir 305, Tata Yusuf.

Bersama Tuan Nizam dan Cikgu Yatim. Bangga dengan mereka yang gigih mempromosikan buku-buku di reruai SHE.

Sempat jumpa Abang Long Feroz. Kerepek kentang pedas memang sedap.

Tengah asyik bergambar muncul pula Puan Sri Diah. Terus peluk cium mak. Sebelum orang lain culik, As tarik mak bergambar sekali.

Wajib pelum cium mak sebelum orang lain culik 😘


Cantik berseri mak berbaju dan tudung sedondon. Teringat pesan mak, orang perempuan ni kena sentiasa jaga penampilan diri.

Bersama Puan Sri Diah yang cantik dan cerdik. Terima kasih mak 💜


Kata mak, berhiaslah untuk kekuatan diri supaya ada rasa yakin. Berhias sebab sayang diri sendiri, bukan untuk pikat sesiapa ya.

Tapi kalau ada yang terpikat tu, bagus juga. Dapat merasa nasi minyak mak. Eh!

Jumpa lagi.

Wednesday, 2 November 2022

Akan Terbit Tiga Judul Buku Anekdot PBAKL 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berita gembira buat semua.

Tidak lama lagi akan terbit tiga judul buku anekdot sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang lalu.

Buku yang ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung PBAKL 2022 dan bakal pengunjung PBAKL 2023.

Tiga judul iaitu Sesat, Hilang dan Jumpa yang memaparkan pelbagai tips dan info sebelum ke pesta buku, semasa berada di pesta buku dan selepas balik dari pesta buku.

Kaver page yang sangat sweet dan lovely gitu. Khabarnya, kaver sebenar lebih istimewa kerana ia bersambung dari buku satu, dua dan tiga. Jika dirapatkan akan terhasil satu imej yang cantik.

Wow, teruja kan!

Cepat tempah ketiga-tiga buku ini dan nantikan karya saya yang turut termuat dalam buku anekdot Sesat.

Jumpa lagi.

Monday, 3 October 2022

Kaver Page Anekdot Sesat

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masya-Allah, tabarakallah.

Khabar gembira bersilih ganti. Mak sudah kongsikan kaver page salah satu buku anekdot sempena PBAKL 2022 yang ditulis oleh pengkarya UnIKH. Masing-masing mula berteka-teki kaver milik siapakah itu?

Dan akhirnya memang sah ia milik tim satu yang diketuai oleh admin Jihan Rashid dan Tuan Nizam Wahid. Alhamdulillah.

Saya perkenalkan inilah kaver page buku terbaru saya yang akan terbit tidak lama lagi. Warna ungu kegemaran saya. Buku Anekdot Sesat menampilkan 40 buah karya hasil nukilan 40 orang penulis.

Karya berkisar tentang suka-duka dan memori di sebalik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang lalu.



Pratempahan sudah dibuka. Boleh lock pesanan anda sekarang, klik pautan di bawah. 


#bkhanekdotsesat

Jumpa lagi.