Friday 14 September 2018

[2018] #7 Fit Malaysia Penang 2018

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Fit Malaysia Penang 2018]

[7 April 2018]
[Politeknik Permatang Pauh]
[5KM - Finisher]

Event Fit Malaysia ni memang sebuah event yang amat popular. Memang biasanya akan dapat sambutan yang amat menggalakkan. Masa event ni pun, memang ramai sangat yang join, berpuluh-puluh ribu orang. Terlalu ramai sehinggakan starting pun terpaksa main lepas saja. Kalau nak berkumpul kat starting line memang tak boleh, tak muat tempat. Jadi bila start ja, siapa yang tunggu kat sepanjang jalan just ikut berlari sahaja mengikut route masing-masing. Apa nak buat kan... 

Bila event fun-fun macam ni, kita pun tak kisah sangat peraturannya. Just fun-fun... memang faham situasi yang ada yang tak akan memungkinkan perlaksanaanya secara sistematik. So tak ada pula yang hentam kata orang tu lari dari simpang jalan tu, orang ni lari dari simpang jalan ni. Masing-masing happy menghabiskan larian bersama-sama. 

Yang bestnya, medal kali ini cantik dari sebelum-sebelumnya. Walaupun kecil saja tapi berwarna nampak serinya. Habis lari kita berzumba dan bergambar dengan kawan-kawan runner. Orang terlalu ramai, so kita pun tak nak lepak lama. 


  




Okaylah, insyaAllah kalau ada rezeki kita join lagi lah tahun depan.


Much💗,

8 comments: