Thursday 21 October 2021

Antologi Lelaki Anugerah Terindah Sudah Terbit

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



SUDAH TERBIT!

ANTOLOGI LEGASI ABAH (8)

Tajuk: Lelaki Anugerah Terindah
Penerbit: Writers Write Services
Cetakan Pertama: Oktober 2021
Jumlah Mukasurat: 220
Harga: RM30 (tidak termasuk pos)

Saya kongsikan kata-kata daripada Puan Sri Diah, Editor pengurusan Antologi Legasi Abah.

"Tipulah kalau saya tak tersentuh hati dengan kisah lelaki anugerah Allah ini. 
Dialah imam, dialah arjuna hati. 
Abah yang hidupnya memikirkan kerja kerja kerja, berpanas, berhujan demi keluarga. 
Abah yang pertahankan anak-anak, lencun bajunya mengayuh basikal mahu semua zuriatnya berjaya dunia akhirat. 
Ada abah yang pergi dulu ketika anak-anak masih kecil. 
Ada abah yang tak sempat dibalas jasanya. 
Paling terharu ada abah yang dijemput pergi ketika naskhah ini sedang disiapkan, saya membaca tulisan itu dengan rasa sebak. 

Tahniah kepada semua 400++ karyawan #UniKH yang bijak, mengambil langkah segera, mendokumenkan kisah abah ini untuk tatapan legasi akan datang."

~ Sumber: Facebook Sri Diah Shaharuddin

"Setiap titisan keringatnya tidak pernah kenal erti lelah dan putus asa. 
Segala keperitan dan kepayahan ditelan dengan penuh kesabaran dan tawakal.
Doa yang berterusan demi melihat kejayaan seorang anak.
Sebuah buku yang sangat bermanfaat dan mampu membentuk jati diri seorang lelaki."

~ As Samsudin

Boleh dapatkan buku ini melalui pautan di bawah.

Jumpa lagi.

2 comments:

  1. Baca sikit.. Terharu. Teringat arwah ayah kita yg dah "pergi" 22 tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah untuk arwah ayah Ammi. Kenangan bersama ayah boleh dibukukan untuk tatapan anak cucu. Walaupun tak berpeluang bertemu muka namun sedikit sebanyak dapat mengenali mereka melalui kisah yang dilakarkan.

      Delete