Friday 11 June 2021

Jom Kita Wakaf Buku!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Jom kita wakaf buku!

Dua tiga hari lepas, saya ada ternampak status seorang sahabat penulis di facebook mengajak kita semua turut serta dalam program wakaf buku. Alhamdulillah, satu idea yang amat menarik kan. Wakaf buku ini bagi saya adalah satu peluang yang amat terbaik untuk saham akhirat.

Wakaf buku ini bukan sahaja menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk beramal malah dapat memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menimba ilmu sekaligus dapat memupuk masyarakat berilmu.

Buku bukan sahaja sesuai untuk diwakafkan ke perpustakaan sekolah malah juga sesuai untuk masjid, surau, rumah anak yatim atau lain-lain institusi. InsyaAllah, ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah swt kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Bila kali terakhir saya wakaf buku?

Dua tahun lepas... masa tu saya buat sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah lama saya iaitu SMK Serdang Kedah. Saya ingat lagi waktu itu saya siap ajak ayah saya lagi untuk teman. Maklumlah, saya ni pemalu orangnya. Malu nak jumpa cikgu-cikgu lama saya.

Yang bestnya masih ada staf pejabat yang kenal saya. Terasa kembang la sekejap. Hahaha... Kat sana saya terus berjumpa dengan Guru Penasihat Perpustakaan, Puan Siti Hajar. Saya bukan sahaja wakafkan beberapa buah novel dan buku umum malah saya turut selitkan sebuah buku Antologi pertama saya yang memuatkan karya kecil saya.

Sempat juga la ambil gambar kenangan bersama beliau. Gambar ni pun ayah saya yang tolong snapkan. Memang supportive sungguh ayah saya kan. InsyaAllah, nanti bila buku kedua saya iaitu Antologi Legasi Abah dah terbit bolehlah rancang untuk wakafkan lagi. Buku kali ini cerita tentang ayah saya, siap ada gambar ayah lagi dalam buku ni. Mesti ayah saya teruja!


Berminat nak wakafkan buku Antologi Legasi Abah?

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mewakafkan buku Antologi Legasi Abah ke perpustakaan sekolah bolehlah hubungi saya ya. Buku ini memuatkan karya-karya hebat penulis bersama ayah masing-masing. InsyaAllah, buku yang baik pastnya akan memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Jangan malu dan jangan segan, hubungi saya ya. Semoga niat baik kita ini diberkati Allah swt. Amin.

"Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Jumpa lagi.

6 comments:

  1. Pernah terjumpa kempen derma buku-buku terpakai kat area UTC Seremban tapi Mrs. A memandang sepi je huhuhuuu... Buku-buku Mrs. A time study kebanyakkannya ada kesan conteng-conteng dan highlighter tak sampai hati nak bagi. Ada jugak kawan nak beli tapi tak nak jual tak tahulah penyakit sayang apa ntah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh kat area as Kulim ni tak ada orang buat kempen macam tu. Kalau ada best juga join. Buku masa study memang macam tu kan, tapi kalau ada student baru nak beli boleh jer letgo. Tapi kalau dah sayang simpan saja lah. Kenangan tu. As pun ada juga buku masa study dulu, simpan sampai sekarang...

      Delete
  2. Nak wakaf tp buku dah ada yg rosak huhu tak apa ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting isinya, kalau terkoyak sikit-sikit tu boleh selotape kan jer. Nak wakaf tak semestinya buku baru, buku pre-love pun ok kan. Yang penting niat ikhlas kita... Wallahualam...

      Delete
  3. alhamdulillah.. bagus juga buat macam ni kan daripada buku tu terbiar macam tu baik wakafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kadang-kadang as menang hadiah buku yang sama. Jadi satu simpan untuk koleksi sendiri, satu bagi orang...

      Delete