Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa suka membeli-belah di Ikea?
Mesti ramai peminat dekorasi rumah Ikea kan. As salah seorang daripadanya. Kalau dapat menjamu mata di Ikea, sehari suntuk kat situ pun sanggup.
Kali ini As ke sana dengan misi utama untuk mencari rak buku baru. Rak buku lama semuanya dah rosak. Dahulu, semasa paip air pecah, air masuk sampai ke bilik. Habis terkena rak buku. Bukan sahaja rak rosak malah buku-buku dan majalah di bahagian bawah semua terkena air.
Memang sedih sangat.
Tapi jangan sedih lama-lama. Tak baik tau.
Jom kita merawat hati yang sedih dengan mencari rak buku baru. Kebetulan pula pembinaan perpustakaan mini atau Run & Read Studio telah pun siap. Jadi As sudah tidak sabar untuk menghias ruangan tersebut.
Yang paling penting, jangan lupa bergambar di Ikea. Banyak sudut yang menarik. Kalau tak bergambar memang rugi. Kalau nak tahu, bukan sekali sahaja As berkunjung ke Ikea. Dua tiga kali pergi baru dapat idea dekorasi untuk Run & Read Studio.
Memang sengaja nak cuci mata kan!
Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.
Semoga berjumpa rak idaman hati..
ReplyDeleteSha suka juga tengok koleksi perabot Ikea.. Cantik-cantik..
Terima kasih Sha. Dah jumpa rak yang sesuai dengan keluasan ruang yang ada. Tapi mencabar juga nak deko, jenuh try and error...
Delete