Saturday 31 December 2022

Pendaftaran BKH Pulau Pinang Ditutup

Teks: As Samsudin
Foto: BKH Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


SUDAH DITUTUP!

Pendaftaran peserta untuk Bengkel Tulis Buku Solo Kisah Hidup yang akan diadakan pada 28 Januari 2023 di Pulau Pinang sudah ditutup.

Alhamdulillah, semuanya tidak mahu melepaskan peluang keemasan yang julung-julung kali datang untuk menimba ilmu penulisan.

Tak kurang juga yang sudah tidak sabar untuk bertemu dengan idola penulisan kita iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin 

Tahniah kepada tim Bengkel Kisah Hidup Utara, Marwani Ridzuan, Norhafhizah Suliman, Kak Mumtazah Sanusi, Syedzanina Amin dan Nurul'ain Mokri.

Semoga segala perancangan yang telah kita atur berjalan dengan lancar.

Tak sabar nak berbengkel.
Tak sabar juga nak bawa mak jalan-jalan cari makan.

Jangan lupa sediakan ruang yang cukup dalam telefon tau. Nanti nak bergambar dengan mak banyak-banyak.

#bkhpulaupinang

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment