Sunday 1 January 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


I'm ready for ❷⓿❷❸
Selamat Tahun Baharu 2023.

CABARAN MULA KISAH HIDUP l MINGGU 1 l Hari ini

Hari ini, 1 Januari 2023.
Langkah pertama kita dalam melakar warna-warni kehidupan untuk perjalanan 365 muka surat.

Semestinya syukur dan gembira.

Gembira bukan sekadar terpancar di wajah.
Gembira hingga mahu melakar lebih banyak sejarah.
Gembira hingga tak ingat 2022 yang lelah.
Gembira hingga tak kisah dunia makin parah.

2022 telah kita tinggalkan. 

Tinggal bukan bermakna melupakan.
Tinggal bukan memadam semua kenangan.
Tinggal demi menggapai lebih banyak impian.
Tinggal demi kejayaan pada masa hadapan.

Selagi masih bernafas selagi itu kita harus melangkah. Teruskan usaha, kejar cita-cita.

Kita bukan boneka!

Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Happy New Year! Semoga maju jaya untuk 2023!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year to you too. Semoga lebih banyak kejayaan yang akan dikecapi pada tahun ini.

      Delete