Sunday 23 October 2022

Pratempahan Buku Antologi Legasi Nenda 3 Dibuka

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Ayie paling suka nasi goreng yang Mak Tok masak. Ringkas tapi sedap. Kalau makan dengan ikan temenung goreng yang tak habis semalam, lagi sedap!"

Bukan Ayie saja yang suka makan nasi goreng dengan ikan temenung semalam, saya pun suka.

Nasi goreng tu, tak perlu letak banyak bahan. Tumis bawang putih dan bawang merah bersama cili kering. Pecahkan sebiji telur, masukkan nasi. Kacau rata, siap.

Pesan Mak Tok, nasi tu kena gaul dengan garam siap-siap. Guna tangan tau.

Ikan goreng yang tak habis dimakan semalam, panaskan balik. Makan dengan nasi goreng tu. Fuh, memang boleh habis dua pinggan!

Nak tahu cerita Ayie bersama neneknya? Jom tempah buku Legasi Nenda 3 sekarang.

Sila imbas kod QR yang tertera di poster.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment