Wednesday 1 March 2023

IM50 Mosaic of Life - DIY & Donate Program

Teks: As Samsudin
Foto: Intel Volunteer dan koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Intel Volunteer
IM50 Mosaic of Life - DIY & Donate Program

Program amal oleh Intel Volunteer. Aktiviti yang ringkas dan straight forward tetapi sangat mencabar kesabaran dan kreativiti. Ya, program ini sememangnya bertujuan untuk meneroka kreativiti dalaman dan kesenian seseorang dalam mencipta poster berwarna-warni.



Ini adalah sebahagian daripada poster yang akan dicantikkan mengikut kreativiti masing-masing. Nampak mudah namun sebenarnya tak semudah yang disangka.

MoLi kit.

Masa dapat MoLi kit tu, tak sabar nak siapkan. Tapi bila dah mula buat, susah rupanya. Apatah lagi pada bahagian yang kecil dan memerlukan penelitian yang lebih.

Inilah hasil kreativiti saya. Cantik kan?

Tapi alhamdulillah, saya dapat siapkan mengikut masa yang ditetapkan. Aktiviti ini mengajar saya erti kesabaran dan tidak mudah mengalah dengan ujian dan kesukaran. Bila dah siap tu, rasa lega teramat dan dalam masa yang sama rasa puas.



Kraf MoLi ini kami sumbangkan kepada NGO dan sekolah-sekolah terpilih di Pulau Pinang dan Kulim Kedah. Gembira dan terharu melihat mereka menghargai hasil kerja kami.

Harapan kami semoga usaha ini dapat memberikan semangat dan kecerian kepada mereka.

Sumbangan kepada pihak NGO. Kredit foto Intel Volunteer.

Tahniah kepada semua yang terlibat.

#IntelIMY50th #IamIntel #IM50MosaicOfLife #IntelVMP

Jumpa lagi.

2 comments: