Thursday 10 March 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Air Kelapa Pandan

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah dengar tak Air Kelapa Pandan? Ha, Air Kelapa Pandan ni memang terkenal kat Alor Setar ni dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya. Ada banyak gerai yang jual air kelapa pandan. Tak pasti yang mana sedap. Kebetulan jumpa gerai abang ni kat tepi jalan saja, kita terus singgah la.

Panas-panas ni memang best kalau dapat basahkan tekak dengan air kelapa. Tambahan pula, kiri-kanan adalah kawasan sawah padi. Memang sempoi la lepak kat sini. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, dengan sawah padi yang menghijau, dengan air kelapa pandan yang dingin... Perghh, sendiri mau ingat la....!!


Air Kelapa Pandan ni buah kelapanya bersaiz sederhana sahaja. Sama saja macam air kelapa biasa. Yang membezakannya mungkin rasanya la kot. Ada rasa pandan sikit...wangi sikit la... So, kalau mai Alor Setar uolls kena cuba Air Kelapa Pandan ni. Kat Bandar Alor Setar pun ada gerai yang jual Air Kelapa Pandan ni, tepi-tepi jalan jer...




Alamak, nasi tak makan lagi ni. Takkan nak terus balik Kulim dengan perut kosong kan. Alor Setar ni kira dekat dengan sempadan, kalau makan tomyam mesti sedap kan! Jom kita pi cari kedai tomyam. Dari jauh nampak macam ada restoren D' Sanjung Seafood. Macam best jer... jom kita try.

Adios!

No comments:

Post a Comment