Monday, 30 July 2018

Santai Petang Di Pantai Pasir Panjang Balik Pulau

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pantai Pasir Panjang yang terletak di Balik Pulau, Penang ini merupakan suatu tempat yang amat sesuai untuk beriadah santai-santai di waktu petang dan berkelah bersama keluarga di hujung minggu.

Tapi dengar cerita, sejak tsunami dulu pantai ni sudah tidak sesuai lagi untuk mandi-manda. Lautnya menjadi dalam akibat hakisan dan ombak pun kuat. Memang bahaya.

Saya ke sana pun sekadar pi training berlari di pantai sambil menikmati keindahan pantai dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Walaupun begitu, pantai ini masih menerima kunjungan penduduk-penduduk setempat. Masa saya pi tu, ramai juga yang ada kat sana.

Tapi kalau tengok lautnya, memang nampak dalam. Sekali air pasang, pantai pun dah tak kelihatan. Memang terasa ada bahaya di situ. So kalau nak pi sini, berhati-hatilah.



Nampak cantik kan pantai ni. Terasa segar sekali kat sini.

Okaylah, lepas ni jom kita cari tempat training lain pula.

Much💗,

15 comments:

  1. alaaa sayangnya cantik tapi bahaya. Bestnya training sambil tengok pemandangan cantik macamtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pegi awal masa air tengah surut tu ok la...
      Memang best training kat sini...tak ramai org...

      Delete
    2. Best...dapat berlari dengan tenang...

      Delete
  2. yeahhh dah lama dia tak menulis

    ReplyDelete
  3. lamanya kami tak balik kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo...knp erk..? Balik lha.... :D

      Delete
  4. maaf, whatsapp saya backup dan semua chat hilang. Boleh contact saya semula di 0132035062

    ReplyDelete
  5. cantik tempat ni :)

    http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-as-samsudin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa... tenang dan sedikit keheningan...

      Delete
  6. eeeh baru ke sini last week.. dulu dok Balik Pulau dari kecik do mandi2 sini sampai kena obor2 serik dah hehe.. sayang da xleh mandi. bahaya skrng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai kat sana mmg byk obor2 kan...kat Batu Feringgi pun ada... as pun pernah kena sekali smapai p klinik cucuk...

      Delete