Monday 5 December 2022

Apa Itu Jurnal Penulisan?

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


JP2023.

Jurnal Penulisan ialah sebuah buku yang memuatkan kalender 2023, petikan kata-kata motivasi, tip penulisan konsisten dan banyak lagi.

Apa lagi yang istimewa?

Istimewanya lagi ada tulisan nota personal daripada Puan Sri Diah iaitu penulis novel tersohor Malaysia.

Antara novel beliau ialah Selamat Malam Tan Sri, Jangan Ada Dusta, Kuala Lumpur Di Mana Suamiku, Dosa Malam Pengantin, Mahligai Cinta, Doa Buat Suamiku dan banyak lagi.

Eh, teringin nak jumpa beliau?

Jom pratempahan Jurnal Penulisan 2023, ketik pautan di bawah.


Tuliskan impian anda itu nanti, dalam Jurnal Penulisan yang akan dimiliki tidak lama lagi.

Insya-Allah.

Silap haribulan bukan saja dapat tandatangan beliau, malah siap boleh berswafoto sekali.

Alhamdulillah, saya sudah mengalaminya.

Siapa tahu.

Mungkin selepas ini giliran anda pula.



Ini ialah gambar kenangan semasa Majlis Pelancaran Buku Kisah Hidup terbitan Writers Write di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022. 

Teruja melihat mak menurunkan tandatangan dan pesanan azimat di buku Antologi Jodoh Cinta yang turut memuatkan karya terbaru saya.

Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Replies
    1. Sama-sama Syaz. Jangan lupa segera dapatkan jurnal ni ye. Insya-Allah akan menjadi panduan yang sangat berguna. Boleh klin link yang diberi ya.

      Delete
  2. Semoga menjadi seorang penulis tersohor negara.. insyallah

    ReplyDelete