Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
"Assalamualaikum. Puan As ada di rumah ke? Saya ada delivery untuk puan."
Minda pantas sahaja mencerakin mesej yang diterima.
Hari ni kan birthday aku, ada la tu yang nak buat kejutan.
"Maaflah saya outstation. Ahad petang baru ada di rumah."
Hati sudah mula berbunga-bunga. Delivery? Ha ni mesti bouquet, kalau bukan bunga mesti coklat!
Siapalah yang hantar agaknya.
Berdebar juga menunggu, dari hari Ahad lajak ke Senayan.
Eh, jadi ke tak orang nak hantar hadiah ni?
"Saya hantar lepas maghrib ye."
Senyuman sudah terukir di bibir saya. Suami sibuk meneka gerangan si pengirim.
Saya pula tenang dalam debaran. Kalau bukan dia tu, mesti dia ni!
"Wow, besarnya bunga. Orkid kesukaan saya!" mata saya terpaku pada orkid yang telah digubah indah.
Ada belon yang tertera perkataan 'Happy Birthday'.
Besarnya bunga ni, orkid pula tu. Eksklusif dan mewah!
"Tu ada kad, boleh tengok ye."
'Happy Birthday As Samsudin. Daripada Mak Sri Diah.'
Allahuakbar. Ini memang kejutan yang sangat luar biasa. Tidak pernah terfikir saya akan menerima hadiah yang amat istimewa ini daripada seseorang yang sangat istimewa.
Mak Sri Diah dan kejutan berpisah tiada.
Masya-Allah tabarakallah. Terima kasih mak yang sangat As kasihi. Cantiknya hadiah tu. As suka gila.
Terima kasih juga atas segala doa yang telah mak panjatkan untuk kebahagiaan As sekeluarga.
Banyak betul doa mak buat As. Pertemuan kita sejak tahun 2010 sehingga sekarang sangat dekat di hati As.
As sangat menghargainya. Namun jauh di sudut hati terasa bersalah pula. As dah susahkan mak. Maafkan As ye...
As doakan mak sentiasa berada di bawah perlindungan dan rahmat Allah. Sayang mak dunia akhirat.
As kongsikan gambar kenangan kita. Ada banyak gambar lama tapi malu nak kongsi di sini sebab mak maintain jelita sedangkan As berubah-ubah rupa. :D
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment