Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
16 Disember - Irdina
17 Disember - Kembar
"Tak mahu sambut hari jadi kami ke?" Irdina menyoal di dalam grup whatsapp.
"Acik berkenan kasut Nike. Ada jual di kedai sukan JD, Sunway Carnival tu."
"Akak nak kasut Vans."
Amboi, bukan main high taste lagi budak-budak sekarang ye. "Adik nak hadiah apa?"
"Tak tahu, ikut la..." Insyirah memang jarang meminta-minta.
Lambat bukan alasan. Yang penting tetap meraikan. Tak ada kek tapi kita belanja makan pizza je.
Pizza pun okey la kan :) |
Love |
Always our favourite. Super Supreme! |
Banana Chocolate cake |
Alhamdulillah. |
Simple celebration :) |
Bulan Disember memang bulan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Dan kebetulan pada tarikh hari jadi mereka, As dan Pakku ada di Langkawi menyertai larian Langkawi International Half Marathon.
Jadi tak dapat nak sambut on the dot lah.
Namun begitu mereka tetap dah sambut macam biasa. Dapat potong kek kegemaran lagi tu. Banana Chocolate memang kegemaran mereka bertiga.
Jadi, kali ni mereka nak claim hadiahlah. Okey kita bagi mereka happy. More to rewards juga sebab tahun ni mereka bertiga sudah mencapai banyak kemajuan peribadi.
Penat tunggu depa shopping |
Happy la dapat shopping kat Adidas |
Posing dulu |
US 💓 |
Modal senyum untuk sebulan. Dah dapat apa yang diidamkan |
Acik nak kasut ni la... |
💖 |
Irdina's favourite shoes |
Aduh, parah. Nafeesa dah dapat apa yang dia nak! |
Insyirah vs Nafeesa vs Mama... parah-parah... :) |
Semoga tahun 2023 membawa lebih banyak perubahan yang baik dan kejayaan yang berlipat kali ganda.
Amin yarabbal alamin.
Jumpa lagi.
Happy birthday buat anak2 solehah semua <3
ReplyDeleteTerima kasih Syazni.
Delete