Monday, 21 April 2014

Jemputan Khas Daripada Novelis Siti Rosmizah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekadar berkongsi keterujaan. Inilah dia kad jemputan khas daripada novelis popular Siti Rosmizah untuk saya menghadiri Majlis Pelancaran Novel Siti Rosmizah yang akan diadakan pada 26 April 2014 di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis ini bertemakan Otai Terus Berbisa.

Pada majlis itu nanti, beliau akan melancarkan novel terbarunya yang berjudul Cukup Derita Itu. Novel ke-7 ini turut membawa tema cinta yang sememangnya menjadi trademark untuk hasil karyanya. Saya pun dah tak sabar nak baca novel ni. Dari tajuknya sahaja kita dah tahu terdapat konflik yang pasti mengundang air mata.

Jadi, sama-sama kita tunggu novel Cukup Derita Itu yang akan dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 di PWTC.

Jumpa di sana. InsyaAllah :)

4 comments:

  1. Replies
    1. Hehe...jangan jeles....^__^
      So u join tak PBAKL? Promote novel ke...?

      Delete
    2. Tak dapat turun la sis. Selalu turun ke? Teringin juga nak pergi. Mungkin lain masa. :)

      Delete
    3. So far tiap2 tahun join. Sethn sekali jer, pesta buku lain As jarang join. Lps tu klu ada nak beli buku apa2 As just pi kedai buku jer. Tapi mmg best la sb boleh join aktiviti sama. Kalau just mai beli buku mcm xbest la...ni dh join aktiviti rsa mmg lain sgt la. Takpelah, thn dpn ada lagi. Dia every year bln April....

      Delete