Friday, 10 October 2014

Semangat Kejiranan Lorong 28 Taman Seri Mahkota Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama tak ada entri baru. Bukan tak ada cerita tapi tak sempat nak mengadap laptop. Banyak urusan-urusan lain yang perlu diselesaikan. Tapi hari ini curi-curi masa menulis, sebab teruja nak bercerita tentang semangat gotong-royong yang amat kuat di kawasan kejiranan saya.

Alkisahnya, isnin lepas saya sekeluarga mengadakan kenduri aqiqah anak-anak saudara saya. Bodek punya bodek saya pun setujulah untuk buat kenduri itu di rumah saya. Memandangkan hari itu merupakan hari raya haji ke-2 jadi risau juga takut-takut semua orang balik kampung. Tak ada siapa pula nak tolong masak+potong bawang cabai. Tambahan pula bukan kenduri kecil tapi nak tumbang sekor lembu tu...


Tapi alhamdulillah... berkat kemuafakatan memang ramai yang menghulurkan bantuan. Kiranya segala urusan dilakukan secara gotong-royong. Dari urusan pasang khemah, potong bawang cabai, potong daging, memasak, menghidang, melayan tetamu, basuh pinggan mangkuk, sehinggalah urusan meruntuhkan khemah dan mengemas... semuanya dilakukan bersama-sama keluarga dan jiran-jiran.

Memang terbaik sangat-sangatlah dapat jiran-jiran yang sporting dan ringan tulang. Sehinggakan ada yang memuji kata kawasan kejiranan saya ni memang best dan meriah. Kalau ada kenduri-kendara memang tak perlu risau. Pasti ada yang akan menghulurkan bantuan.






Jadi, jutaan terima kasih saya sekeluarga ucapkan kepada semua yang membantu. Hanya Dia sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua. InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih kita buat kenduri lagi tahun hadapan :)

Oh ya, lupa nak cerita. Menu pada hari itu ialah nasi putih + sup daging + ayaq asam parit buntaq + kari ikan + ikan pekasam. Ha.. memang meleleh ayaq liuq. Makan tak hingat... sedap... :)

Salam Sayang ^_^

4 comments:

  1. lama dah tak baca ayat ni - potong cabai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...tak ada lam tatabahasa dewan ke..? Alamak...bahasa pasar la tu kot...;)

      Delete
  2. bahasa pasar - tapi rindu nak dengaq. tok wan dah pindah jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... kalau kat rumah habis semua bahasa pasar keluaq. Nampaknya akak pun kena dok slalu cakap bahasa pasar la... baru terubat rindu kat tok wan ;)

      Delete