Wednesday, 15 April 2015

PBAKL 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku PWTC kembali lagi!!

Jangan lupa datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang akan bermula pada 24 April 2015 hingga 03 Mei 2015 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur. Datang beramai-ramai memeriahkannya kerana terdapat beratus-ratus booth dari pelbagai penerbit dalam dan luar negara serta terdapat pelbagai aktiviti yang amat menarik disediakan oleh pihak penganjur untuk semua pengunjung.

Sekiranya anda tersesat atau tidak dapat mencari booth, bolehlah rujuk kepada pelan yang biasanya dipaparkan pada setiap level. Anda boleh juga bertanya kepada Duta Buku yang telah dilantik oleh pihak penganjur untuk membantu memberi tunjuk arah ke lokasi booth yang ingin ditujui. Yang penting, jangan malu bertanya kerana yang pastinya anda akan dilayan dengan senyuman mesra.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya juga tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke PBAKL kali ini. Tapi saya nak meluahkan perasaan sikit kat sini. Entah kenapa saya berasa PBAKL kali ini kurang serinya, bahangnya tidak terasa, dinding-dinding facebook dan instagram juga terasa sunyi bagaikan dilanggar garuda. Adakah kerana GST? Tak mungkin! Sebab banyak penerbit buku yang dah umumkan bahawa buku tidak akan dikenakan GST. Lalu sebab apa yer?


Susah benar nak cari info tentang PBAKL kali ini. Tak macam tahun-tahun sebelumnya. Semua orang macam tak excited saja. Benarkah? Atau perasaan saya sahaja. Alamak... harap tidak ada yang marah yer.... kalau rasa tak berseri jom kita ramai-ramai serikan. Nanti saya cuba kumpul info tentang PBAKL 2015 dan postkan di sini.

Okey, nantikan update seterusnya ya :)

Adios!

No comments:

Post a Comment