Tuesday, 6 October 2015

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 2 - Ada Apa Dalam Wallet Anda?

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Inilah Cabaran Instablog Day 2 dengan tajuk yang amat sinonim dengan selebriti kita. Sebab apa saya kata sinonim dengan selebriti...? Sebab selalunya selebriti jer yang kena terjah benda-benda ni. So mari kita sesekali fefeeling selebriti hokeeh. Dan inilah tajuknya...

"Ada Apa Dalam Wallet Anda?"

Okey jom kita selongkar wallet saya... Cam best jer... Haha...sendiri tulis sendiri angau :) Apa-apalah...aiman tak kisah! Haha.. So tara... inilah wallet comel yang saya tengah guna sekarang. Tengok tu brand tak mau kalah... Jimmy Choo awak... tapi yang sebenarnya beli kat Night Market Batu Feringgi jer...eh eh...


Ini pula screenshot bahagian dalam. Ada slot untuk kad, untuk syiling dan juga wang kertas. Nampak macam okey jer tapi sebenarnya saya tak buat housekeeping lagi. Tapi tak pe, saya pun teringin gak nak tau apa yang saya simpan kat dalam ni...


Macam orang len gak... kat dalam mesti la ada kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank kan. Jadi kita tak payah tunjuk yang tu. Kita tunjuk kad lain yang ada dalam wallet saya. Ini dia... kad-kad ni yang selalu saya guna. Sebab tu kena simpan elok-elok dalam wallet.


Ini pula segala benda yang ada yang saya simpan entah dah berapa lama. Patut la berat semacam jer wallet saya...


Yang special nya kat sini... saya memang suka buat koleksi duit kertas negara-negara lain. Duit lama ke duit baru semua saya suka. Saya memang simpan dalam album tapi yang ni kes tak sempat simpan la tu... so memang dok terperap kat dalam wallet la.


Ada lagi... ini pula duit RM100. Duit ni tak boleh guna tau... saya nak simpan buat koleksi jer. Saya ni bukan la sengaja nak simpan duit 100... besar tu...kalau pi shopping banyak benda yang boleh dibeli. Tapi ada sebabnya... Nak tahu apa sebabnya...? Ha cer tengok nombor yang tertera kat duit tu...? Nampak tak...?

Okey, itu jer yang ada dalam wallet saya.

Sila selongkar yer;)

No comments:

Post a Comment