Monday, 4 April 2016

Laksa Sedap Kat Kulim

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa kat sini peminat Laksa? Saya rasa ramai yang suka makan laksa kan. Ada yang suka laksa Kedah, laksa Penang, laksa Johor, Laksa Sarawak dan macam-macam laksa lagilah. Ha kali ini saya nak review Laksa yang sedap kat area Sungai Ular Kulim Kedah.


Laksa ini dijual kat warung tepi jalan yang popular dengan menu utamanya iaitu Nasi Ayam Golek Bonda. Warung ini betul-betul terletak di hadapan Taman Bistari Kulim. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dan Jumaat. Start dalam pukul 10am hingga lewat petang. Tapi Laksa kat sini akan dijual sehingga laksa habis. Kalau habis tengah hari, kira habislah. Selalunya memang habis awal. Kalau nak makan laksa kat sini memang kena pi awal. Kalau tak, kempunanlah awak!

Kenapa saya suka laksa kat sini?

Bagi saya, laksa kat sini memang teramatlah sedap. Kuahnya pekat dan pedas tak terkata. Tak letak cabai melaka pun dah pedas. Kalau sapa makan laksa ni letak lagi cabai melaka... hah... memang tak sayang perut. Pedas kottt...... Mesti uolls kata pedas baru sedap. Ha la, sebab tu saya kata laksa kat sini sedap. Sebab pedas pekat semua cukup. Tapi bila saya makan saya tak adalah letak cabai lagi. Pedas kuah dah cukup buat saya.

Okay, kalau ada sesiapa yang sampai area Taman Bistari Sungai Ular boleh cuba laksa kat Nasi Ayam Golek Bonda. Harga RM2.50 satu pinggan. Murah dan sedap. Sekali kena pasti mau lagi.

Jomlah, saya pun nak pi makan laksa ni.

Adios!

2 comments: