Friday 29 April 2016

Promosi Hebat PBAKL 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.

Hari ni mesti dah ramai yang berpesta buku kan! Syoknya.... tak sabar betul saya nak pi. Tapi tak pe, sebelum kita ke pesta buku apa kata kita tengok dulu promosi-promosi menarik yang ditawarkan untuk anda sepanjang pesta buku ini berlangsung. Ada banyak buku-buku dan novel terbaru yang bakal menemui anda di PBAKL MAEPS ini. Ada banyak promosi yang best-best tau. Semua booth pun ada diskaun dan pakej yang berbaloi-baloi.

Inilah promosi yang ditawarkan di booth Grup Buku Karangkraf; Alaf21, Buku Prima dan Karya Bestari. Diskaun istimewa sehingga 80% tu....


  

 






Ini pula pakej promosi dan buku terbaru daripada Karya Seni dan Penulisan2u. Banyak novel best-best ni. Beli jangan tak beli !!






Novel-novel dari Idea Kreatif pun nampak menarik ni. Nak beli tak? Hehe...






Penerbitan Fajar Fakeer pun ada banyak pomosi menarik. Kalau beli kat pesta buku kita boleh jimat banyak ni.... Bijak... bijak...!




Ini pula pakej promosi daripada pelbagai penerbit buku. Suhan Publication pun ada. Kalau nak jumpa Dato Rosyam Noor, jom lah kita ke MAEPS. Penerbitan Love Novel pun bagi diskaun menarik ni. Kalau tak beli memang rugi.



 





 


 
Okay, dah cukup banyak ni. Walau bagaimanapun, ini cuma sebahagian sahaja, ada banyak lagi pakej-pakej menarik daripada penerbit-penerbit lain. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, jangan lupa singgah di Facebook mereka untuk mendapatkan info-info terkini.

So apa tunggu lagi. Meh la kita berpesta.

Selamat Berpesta Buku!

Adios!

2 comments:

  1. Replies
    1. Best la... pesta buku masih berlangsung, jangan lupa berkunjung ke sana yea...:)

      Delete