Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Izinkan Aku Mengutuskan Kata - As Samsudin
Biar siapa pun aku
Biar siapa pun dia
Aku sudah terlanjur menyinta
Aku sudah terlanjur merindu.
Andai dapat kuputarkan waktu
Aku tak mahu menyemai kasih
Aku tak mahu menyemai sayang
Kerna aku tahu
Ada hati yang pasti terluka.
Izinkan aku berjalan sendiri
Mengikut isyarat hati
Kan kucuba melupakanmu
Namun kau tahu
Ku tak mampu.
Lantas
Apa yang harus aku lakukan lagi
Kiri kanan penuh onak berduri
Ditinggal sayang dibelai resah menanti
Melangkah salah berundur jauh sekali
Aku tersepit
Antara sayang dan realiti yang menanti
Atau aku harus kuatkan hati
Semua ini hanya ilusi mainan hati
Sampai masa semuanya akan berlalu pergi.
Tika itu
Tinggallah aku sendiri
Bersama hati yang terluka
Pedih
Perit
Sakit.
Derita.
As Samsudin
July 13th 2016
Jam 0925
sabarlah wahai hati segalanya akan kembali pulih...
ReplyDeletehanya mampu bersabar... dan berserah...
Deletepnglmn mngajr jd matang
ReplyDeleteYa...pengalaman guru yang terbaik :)
Deletesabar..sabar...sabar dan sabar ... Allah maha mengetahui segalanya...Die adalah sebaik2 perancang...
ReplyDeletehanya mampu bersabar... dan berserah...
DeleteDeep and touching. Keep strong sis. T_T
ReplyDeleteEhem ehem...tgh amik mood ni nak tulis novel cinta:p
DeleteSelamat Hari Raya..! Singgah dan follow blog sis.. Jemput singgah blog Reen.. :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Reen... thanks singgah...
Delete