Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
#akubackpacker
Dah puas berehat kat Greenview Hotel Hatyai, jom kita pi ronda-ronda cuci mata sambil jalan-jalan cari makan. Kalau mai Hatyai tak pi ke Pasar Terapung tu memang saja sangat kan. Ok, jom kita pi tengok apa yang ada kat sana.
Floating Market / Pasar Terapung
Klong Hae Floating Market ni merupakan Pasar Terapung pertama di Selatan Thailand. Ia terletak di Klong Hae Songkla, hanya kira-kira 5.3km dari Greenview Hotel Hatyai. Amik Tut Tut dalam THB30. Kalau ramai-ramai boleh dapat THB20 jer. Tempat ni memang merupakan tempat yang wajib dikunjungi jika berada di Hatyai.
Ia merupakan sebuah pasar terapung yang berkonsepkan jualan di atas sampan yang terapung di air sungai. Ia dibuka pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, dari pukul 3pm hingga 9pm. Kat sini dijual pelbagai jenis makanan dan minuman tempatan, penjual pun memang orang-orang tempatan. Macam-macam makanan ada. Harga pun berpatutan, just bayar saja tak perlu tawar-menawar. Ngeh ngeh la kalau nak tawar lagi kan!
Haha!
Masa saya sampai tu hujan panas renyai-renyai... memang tak best sikit la nak jalan dalam hujan kan. Tapi dah nama pun hujan panas, kejap saja dia kering. Hihihi... Orang punya ramai la tak tau nak habaq. Tempat nak duduk pun penuh. Kalau buat terlebih malu pakai tak dapat tempat duduk la.
Saya sempat la try minuman dalam buluh, beli air kelapa dan air oren. Rasa tu ok la juga... biasa-biasa saja. Pastu beli coconut ice cream dalam pasu... ha yang ni memang sedapppp..... lemak-lemak berkrim gitu! Pasu tu lepas makan jangan dibuang. Boleh bawa balik buat kenangan.
Tengah lepak-lepak tu dok usyar tengok ramai yang makan Mee Celup... kira macam Bihun Sup Thailand la. So we all pun try la. Sebab pernah makan Mee Celup kat Golok... memang sedap giler. Ingatkan sama... rupanya kat sini rasa dia lain skit. Kalau letak cili banyak-banyak baru sedap. Kalau nak tahu rasa dia macam mana, uolls kena pi try sendiri la.
Dah puas jalan-jalan cari makan kat Pasar Terapung tu, we all naik kat bahagian atas pula. Kat atas tu banyak gerai-gerai yang turut menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Yang lainnya kat sini ada dijual pelbagai barangan cenderahati dan juga pakaian. Ha kat sini uolls boleh la kalau nak tawar-menawar sebab harga dia boleh tahan mahal juga la. Kalau nak beli t-shirt Hatyai tu rasa baik pi beli kat Hatyai Town area Lee Garden tu.
Kat sini saya beli Buah Berangan la. Dengar kata buah berangan sini sedap macam kat Penang nun. So beli la sebungkus nak try kan.... Sedap memang sedap tapi sedap lagi kat Chowrasta Penang. Ahaks! Bukan apa, dah pi tempat orang kena la try apa yang famous kat sini. Ye tak?!
Dah habis meronda, kaki pun dah capek. Jom balik bilik dulu. Malam ni nak keluar lagi pi dinner. Kali ni plan nak dinner kat baik punya restoren, Kai Tod Daycha Hatyai. Pernah dengar tak? Ha... nanti kita cerita.
Adios!
No comments:
Post a Comment