Monday, 19 December 2016

Day 3 Hatyai: Jalan-Jalan Hatyai Town & Kim Yong Market

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Jom kita Jalan-Jalan Hatyai Town dulu. Satgi nak balik dah. Weolls ambil Tut Tut lagi, bagitahu kat driver tu suruh hantar pi kat Kim Yong Market. Kat sini pagi-pagi ada pasar basah yang jual macam-macam la. Buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai jenis makanan. Masa kami sampai tu kira depa dah siap-siap dok kemas dah.

Tapi tak apa, kami bukan nak pi terjah pasar basah tu. Kami nak pi pasar kering. Haha... kat sini ada jual macam-macam la. Pakaian.... baju seluar macam-macam fesyen. Kawasan dia pun besar sangat. Sehari meronda pun tak habis.

Masa pun suntuk jadi kami tengok sat-sat saja la. Terus beli apa yang berkenan. Kalau nak belek satu-satu pakai tidoq kat Hatyai lagi la malam ni. Hahahah~ Tapi memang best shopping kat sini. Macam-macam ada. Kualiti pun okay tapi pandai-pandai la pilih kan.






Paling banyak borong baju kat kedai ni la. Ceq suka sangat!!


Pastu jalan-jalan lagi kat Lee Garden Plaza. Masuk kedai tu masuk kedai ni. Souvenir barang wajib beli, untuk family dan kawan-kawan. Ada la sikit-sikit, yang penting beli yang perlu saja. Jangan membazir.


Jalan-jalan lagi jumpa la makcik jual buah pauh ni. Buah pelam la.... besar-besar buah pelam tu. Tengok saja pun dah telan air liur. Semua tu THB200 ja. Pikir punya pikir mai la dua orang kita... terus suruh bungkus semua. Hahahah.... putih mata.... :D Eh, dak aihhh... tak putih mata pon. Sebab dok fikir kalau beli ingat senang ka nak bawa balik. Berat ya amat tuuu....


Dah penat jalan, tekak terasa haus pula. Weolls pun singgah minum green tea kat Restoren Hamid. Wow, sedapnya green tea kat sini! Lemak berkrim disukai ramai!!


Okaylah, dah tiba masa untuk gerak balik ke Malaysia. Ecewah... macam pi obersea la sangat. Haha... lepas ni mesti tak sabar nak pi Hatyai lagi sebab mesti rindu masakan kat sini. Tapi takpe, kami bukan saja bawa balik macam-macam souvenir tapi juga 1001 kenangan yang terindah.

Okay good bye Hatyai. See you next time.

Adios!

No comments:

Post a Comment