Tuesday 10 July 2018

Giveaway 'Nak Hadiah, Jawab Dulu' By OmbakBergigi

[Sumber: http://ombakbergigis.blogspot.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Apa yang perlu ada dalam sebuah perhubungan?

Kita selalu dihidangkan dengan istilah 3K dalam perhubungan. Apa itu 3K?

K epercayaan
K ejujuran
K esetiaan

Ya, 3K di atas memang penting dalam sesebuah perhubungan. Tanpa kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan, apalah ertinya sesebuah perhubungan. Ibarat membuang masa kerana bila sampai waktunya semuanya akan musnah juga.

Tapi macam klise pulak kan. So apa kata kita cuba tips di bawah ni pula. 

  1. Kasih Sayang - Sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Kena baja selalu agar semakin hari semakin kuat. Macamana nak baja? Kena selalu ucap "I love you" ke? Eh, tu harus. Ucap kan kata sayang selalu, sambil tenung mata pasangan, tenung sedalam-dalamnya. Dari mata turun ke hati kan... so makin sayang la. 
  2. Pelukan dan Ciuman - peluklah dan ciumlah pasangan anda selalu... setiap hari. Bukan just peluk tapi peluk seerat-eratnya. Bangun tidur, nak pi kerja, balik kerja, sebelum tidur dan bila-bila saja rasa nak peluk dan cium. Baru aura tu sentiasa mewangi.
  3. Terima Seadanya - kena ikhlas terima segala kekurangan pasangan kita. Tak ada manusia yang sempurna namun dengan keikhlasan kita terima segala kekurangan, itulah yang menyempurnakan sesebuah perhubungan.
  4. Komunikasi - berbual setiap hari tentang apa saja. Selalu Call, Wassap, VC... ingat... setiap hari!
  5. Aktiviti Bersama - Nak buat apa? Tahu hobi masing-masing kan. So, buatlah bersama. Pi tengok wayang ke, joging, hiking, pi gym atau apa sajalah. Yang penting buat bersama.
  6. Last but not least, berdoalah. - Berdoa semoga Allah swt pelihara hubungan kita. Yang paling senang suruh ja pasangan kita baca surah Al Insyirah dan hembus kat ubun-ubun kita. Selalu2lah buat macam tu. Hokeeh! :D
P/S : Okay, tips ni utk hb and wifey ajer ya.  

Much💗,

6 comments: