Tuesday, 3 August 2021

Mama Buat Kejutan!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



"Kerinduan itu tidak dapat terhapus dengan banyaknya kata-kata rindu. Tapi sedikit sebanyak dapat terubat dengan hangatnya kasih sayang." ~ quotebyas

2 Ogos, 9:50pm.

Tiba-tiba ada kejutan muncul di depan pintu rumah. Runner Mamasab datang hantar kek. Amboi, pandai mama buat kejutan ya.

Patutlah Aiman kata mama sibuk tanya As dan Aiman balik kerja pukul berapa. Macam ada apa-apa saja. Hahaha... naluri seorang anak kan...

Dalam pada tu sempat juga As dan Aiman berteka-teki. Mama ni hantar kek sempena ulang tahun perkahwinan kami ke, tapi macam dah lama berlalu jer...

At last, video call dengan mama... terjawab sudah.

Kek yang penuh dengan kerinduan!

Alahai, sweetnya mama. Rindu yang teramat sangat terhadap anak menantu. Hampir lima bulan tidak bertemu muka, mama cakap rindu sangat-sangat.

Sebaknya!

Sabar ya mama...

As dan Aiman pun rindu juga. Rindukan mama, mak, abah, tok, adik-adik, dan semua keluarga di sana. InsyaAllah sampai masa kita pasti bertemu juga.

Terima kasih mama untuk kek yang sedap ni. Sweet macam mama juga. 

Tak sabar nak balik Langkawi.

Jumpa lagi.

24 comments:

  1. Saling merindu. Pandai mama buat surprise..
    Semoga cepatlah covid ni berakhir.. Semua nak balik kampung jumpa keluarga seperti selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama dah surprise berpisah tiada!

      Itulah kan, semoga cepat lah kita boleh ke mana-mana saja seperti dulu...

      Delete
  2. semua pun dah rindu kan sanak keluarga...
    ni kalau dapat jumpa, mau berdrama nanti hehehe...
    alhamdulilah, sekukrang2 dapat juga mama lepaskan rindu kat as...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la...nanti kalau jumpa penuh drama air mata... mama lagi senang nangis...

      Delete
  3. Semoga cepat Covid tamat, supaya kita semua dapat jumpa mereka-mereka yang dirindui. Hepi Anniversary As

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita juga terus kuat dan tabah. Amin...

      Terima kasih Salbiah..

      Delete
  4. Sayangnya ibu kepada seorang anaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, seorang mama sanggup berkorban apa saja... Mama mertua as ni...

      Delete
  5. Sedihkan.. Anak2 saya pun dah rindukan maktok diorg... 😢😢😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes makin naik, tak tahu la bila boleh rentas ni... huwaaa....

      Delete
  6. Aduhaiiii sweetnya mama As :) Rindu sangatlah tu, lama tak berjumpa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama mertua as ni... rindu kat anak lelakinya la tu....

      Delete
  7. Sweetnya mama awak. Semoga pandemik ni cpt berakhir dan boleh lah semua jumpa keluarga tersayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama memang sweet. Kalau lama tak jumpa suami as tu, memang rindu menjadi-jadi. Anak sulung kan...

      Delete
  8. Ni bukan kek mamasab dah ni, ni kek rindu😊💕

    ReplyDelete
  9. Awww sweetnya buat suprise. Semoga covid cepat habis and as boleh balik langkawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mama yang sweet & sour...

      Itulah kan, setiap hari hanya mampu berdoa saja. InsyaAllah, amin...

      Delete
  10. Sweetnya mama hantar kek sebab rindu 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sedap pula tu kek mamasab...

      Alhamdulillah...

      Delete
  11. Sweet sangat..
    Rindu seorang mak..

    ReplyDelete