Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
PBAKL 2023.
Destinasi pertama tentulah ke reruai SHE di Aras 3. Buku terbaharu saya berjudul Sesat ada dijual di sini.
Masuk sahaja ke reruai SHE, terus ternampak anekdot Sesat. Bersanding di sebelah adik-beradiknya, Jumpa.
Buku terbaharu terbitan Writers Write, Anekdot Sesat dan Jumpa |
Kebetulan masa saya sampai, hanya tinggal naskhah terakhir. Cepat je tangan saya capai, peluk tak lepas dah.
Takut nak lepas, takut orang lain ambil.
Alhamdulillah, setiap kali melihat buku sendiri di rak buku sempena PBAKL, terbit rasa bangga yang tak mampu diucap dengan kata-kata.
Apatah lagi jika buku 'sold out' di PBAKL, gembira macam nak lompat bintang.
Nampak tak rak di belakang kami tu? Buku Sesat dah hilang kan. 😅 |
Ha, buku Sesat 'sold out' tau. Siapa pembeli naskhah terakhir Sesat?
Awak ke?
Tak kisah siapa yang beli, yang penting buku Sesat habis dijual di PBAKL, mengikut jejak adik-beradiknya, Hilang.
Masya-Allah, tabarakallah.
Sebenarnya sayalah pembeli naskhah terakhir Sesat di PBAKL. Awak cemburu ke tu? 😅 |
Tabik spring la dekat bos besar Rak Buku SHE, Nurul Syahida Hassan. Manis orangnya.
Bersama bos besar Rak Buku SHE, Nurul Syahida Hassan |
Rezeki saya juga dapat jumpa sahabat penulis. Ada Cikgu Yatim, tuan Nizam Wahid, Abang Long Feroz, dan penulis buku Memoir 305, Tata Yusuf.
Bersama Tuan Nizam dan Cikgu Yatim. Bangga dengan mereka yang gigih mempromosikan buku-buku di reruai SHE. |
Sempat jumpa Abang Long Feroz. Kerepek kentang pedas memang sedap. |
Tengah asyik bergambar muncul pula Puan Sri Diah. Terus peluk cium mak. Sebelum orang lain culik, As tarik mak bergambar sekali.
Wajib pelum cium mak sebelum orang lain culik 😘 |
Cantik berseri mak berbaju dan tudung sedondon. Teringat pesan mak, orang perempuan ni kena sentiasa jaga penampilan diri.
Bersama Puan Sri Diah yang cantik dan cerdik. Terima kasih mak 💜 |
Kata mak, berhiaslah untuk kekuatan diri supaya ada rasa yakin. Berhias sebab sayang diri sendiri, bukan untuk pikat sesiapa ya.
Tapi kalau ada yang terpikat tu, bagus juga. Dapat merasa nasi minyak mak. Eh!
Jumpa lagi.
ooo jumpancikgu yatim ya! kalau jumpa lagi nanti kirim salam kat dia ya. sy tak dan nak jelajah semua booth. padat sgt dgn manusia. sy jd pening
ReplyDeleteYa, Cikgu Yatim. Okey insyaAllah nanti saya sampaikan. Saya pun tak ronda semua booth, tak cukup masa :)
Delete