Thursday, 27 July 2023

Cameron Valley Tea House Kuala Terla

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Cameron Valley Tea House, Kuala Terla CH

Sempat singgah ke Cameron Valley Tea House Kuala Terla sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Rata untuk Cameron Ultra.

Jika menyertai larian di luar kawasan, biasanya kami membawa keluarga bersama. Sedaya upaya cuba untuk membahagikan masa antara kehendak sendiri dan momen bersama keluarga tercinta.

Cuma kadang-kadang tak sempat nak upload. Bila terasa nak upload, dah basi pula. Eh.

Mercu tanda Cameron Valley ini adalah cawan gergasi, ada air yang mengalir di kiri kanan cawan. Memang menarik.



Jika nak bergambar kena beraksi pantas. Lambat sedikit pasti basah terkena tempias air.

"Kali ini kita bergambar berlatarbelakangkan cawan tu tau." Kali ketiga singgah ke sini baru terfikir untuk bergambar kenangan di mercu tanda ini.


Ada pelbagai aktiviti di Cameron Adventurous ATV & Safari. 
Ada ATV Riding.
Ada 4WD Safari Combo.
Ada Safari Park.
Ada juga buaian istimewa Air Swing Cameron Adventurous.

Kadar bayaran yang dikenakan boleh tahan juga, sesuai dengan aktiviti dan tempat pelancongan. Dan nampaknya bayaran untuk semua aktiviti ini dah naik hampir 30 peratus. Memang mahallah!



Kami ambil pakej 4WD Safari Combo dengan kadar bayaran RM20 seorang. Naik ke puncak bukit dengan kenderaan pacuan 4 roda melalui lereng-lereng bukit ladang teh di Kuala Terla ini. Pemandangan yang cantik dan penuh kehijauan namun tak rilek ya. Sangat mencabar.

Kagum dengan pemandu 4WD yang rata-ratanya lelaki yang hampir separuh abad. Pengalaman dan skil pemanduan yang mereka miliki mahal harganya.












View di puncak bukit sangat cantik. Ada banyak view untuk bergambar. Tak ada limit masa untuk berada di atas, bergambarlah sampai puas.

Selesai bergambar, naik semula 4WD untuk turun ke bawah. Singgah pula ke tempat Safari Park untuk aktiviti animal feeding. Ronda sekali lalu sahaja. Jika nak beri makan kepada haiwan yang ada, boleh beli makanan di kaunter.







Di sini juga ada dijual produk Bharat Tea. Kafe pun ada untuk menjamu selera. Memang seronok jika dapat menghirup secawan teh panas sambil menikmati keindahan ladang teh yang terbentang luas.

Lebih nikmat lagi jika dapat menikmati aiskrim, kek, puff, sup cendawan dan aneka pencuci mulut yang lain.

Ah, rindu Cameron Highlands!

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment