Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Menarik kan tajuk entri kali ini? Macam nak belanja pembaca semua makan angin pula. Kan...? Hehe... Yelah, sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini apa kata kita semua merancang percutian kita di dalam Malaysia. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawati. Nak pergi pulau... snorkeling... naik bot... nak makan sedap-sedap... semua ada di Malaysia.
Bercuti ni bukan bermakna kita kena pergi ke tempat yang jauh atau tidur di hotel, memadailah sekiranya kita dapat meluangkan masa bersama keluarga pergi ke tempat-tempat yang menarik. Tak kiralah dekat atau jauh. Percutian sehari pun dikira bercuti juga kan. Apa yang penting adalah masa yang berkualiti bersama keluarga dan sahabat handai.
Tapi kalau ada budget lebih tu, bolehlah bercuti jauh sedikit. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Betul tak..?
Sebenarnya, bercuti ni bagus untuk mengeratkan kasih sayang sesama kita. Bagi sesiapa yang selalu stress tu (macam saya kot) inilah masanya untuk kita merehatkan diri dan minda. Ambil udara segar sebelum kembali bekerja. Masa bercuti tu, jangan pula kita bawa laptop segala. Kalau boleh handphone pun kena off. Tapi susah juga kan...kalau off handphone masalah juga. Bukan apa, takut ada emergency pula nanti. Hehe...
Okeylah, apa-apa pun sebelum bercuti, rancang percutian anda dengan sebaik-baiknya. Sediakan iltinerary sesuai dengan keperluan dan masa yang diperuntukkan. Semoga percutian anda memberi seribu satu kenangan terindah.
Selamat Bercuti.
Learning Is Fun T__T
No comments:
Post a Comment