Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.
Inilah tema Hari Guru untuk tahun 2015. Saya masih ingin bercerita tentang Hari Guru kerana sambutan hari guru di SMKTHT & SKSU diadakan pada hari ini. Awal-awal lagi dah siapkan hadiah untuk diberikan kepada guru-guru kesayangan.
Hadiah kecil yang tidak setanding dengan usaha murni dan jasa mereka mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada para pelajar. Apa yang penting niat ikhlas sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru.
Guru pertama kita sudah tentulah ibu bapa namun bila tibanya hari guru, ibu bapalah yang paling sibuk mengingatkan anak-anak untuk menyediakan hadiah buat Guru. Ini menunjukkan jasa dan bakti seorang guru tinggi nilainya di mata setiap ibu bapa.
Tahniah buat semua yang bergelar Guru. Jasamu dikenang.
SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU!
Adios.
No comments:
Post a Comment